skip to main |
skip to sidebar
Tuesday, November 20, 2012
Tuesday, November 6, 2012
Examo, Susu Biolac.. Siapa pernah cuba??
Assalamualaikum...
Ada tak sesiapa pernah try kedua-dua produk Dr Azizan ni? Aku macam teringin nak cuba, tapi nak tahu juga pengalaman orang-orang yang pernah mengamalkan. Examo tu ingat nak try juga bagi pada adik aku yang susah nak belajar tu. Susu biolac sesuai ke untuk baby yang kembung?
Kalau sesiapa ada pengalaman, mohon share.. Thank you in advance! =)
Thursday, November 1, 2012
Aidiladha 2012 :: Beraya bersama Hani & my family! =)
Assalamualaikum..
Masa raya Aidilfitri tahun ni aku sedih, tak dapat raya dengan family di Kuantan sebab turn beraya dengan family sebelah mertua. Tak nak tipu, memang tak boleh banding keseronokan beraya dengan mak ayah sendiri berbanding dengan mak ayah mertua. =)
So kali ni aku happy dapat beraya dengan ma abah kat Kuantan, biarpun petang tu kami dah bergerak ke Macap Johor pula.. Kalau ikutkan turn, tahun ni Aidiladha disambut di Kuantan je, tapi darling husband bersama adik-adik dan keluarga belah sana masuk korban, tumbang seekor lembu dan buat akikah anak saudara 2 ekor kambing. Maka wajiblah balik sebab ada kenduri..
Kali ni Hani Qalesya dah kenal orang sekeliling, so sangat cranky dia masa kat kampung. Dengan mak abah sebelum ni (masa raya puasa) Hani ok je, tapi kali ni nangis! Asyiklah ibu dia ni dukung je, nak berkepit je anak dara aku tu sepanjang kat kampung. Kalau dengan ibu ayah dia ni agah boleh je gelak terkekek-kekek, tapi kat sana nak senyum pun susah. Mungkin Hani rasa 'terancam' dengan orang sekeliling yang dia tak kenal tu.. Hani mewarisi ibu dengan ayah dia jugak masa kecik dulu. Takut kat orang! Hehe.
Anak dara kesayangan, sibuk nak duduk je dia sekarang. Mulut comot ibu umpan susu masa nak bergambar. Baju raya dulu pakai besar, sekarang dah ok. Kasut ibu pakaikan jugak, tapi Hani kalau pakai kasut mesti tertanggal.. =)
Bagi ma dengan abah aku, kali ni raya semua anak menantu dan cucu ada berkumpul. Seronok. Aku pun happy tengok ma dengan abah happy. Tak menang tangan layan cucu. Baru tiga orang. Anak abang aku setahun 4 bulan, anak aku 5 bulan setengah, anak adik aku baru 10 hari masa tu. Lagi seorang cucu incoming, anak kakak aku, dalam perut baru 5 bulan.. =)
My family. Masa ni gaya bebas. Hani terpinga-pinga kenapa ibu angkat dia, ibu yang over excited. Padahal Hani suka sangat kalau orang julang dia. Tu baby 10 hari terteleng, kesian.. Budak setahun lebih baju hijau tu pun kena umpan bola, baru nak duduk diam.. =)
Kesayangan keluarga, Shay Akill & Hani Qalesya.. Ada iras kan?? =)
Susu tu Hani taknak minum pun. Lagi-lagi ada ibu di sisi, memang Hani reject la susu tu..
Klik Klik..
About Me
- Mrs Azhar
- Kuantan, Pahang, Malaysia
- Isteri kepada Mohd Azhar, ibu kepada Hani Qalesya, seorang perempuan biasa-biasa, anak orang biasa-biasa, kehidupan biasa-biasa, banyak kekurangan diri, tidak banyak cakap, tapi cuba menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan suami tersayang.
Doaku PadaMu..
------------------------------------------------------------
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan Kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua-dua ibu dan bapakuserta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. "
[Surah Ibrahim:40-41]
Amin...
------------------------------------------------------------
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan Kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua-dua ibu dan bapakuserta bagi orang-orang yang beriman pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. "
[Surah Ibrahim:40-41]
Amin...


Insan Terpilih..
Popular Posts
-
Salam.. Kali ni aku terasa nak story tentang oreo cheesecake. Aku ni suka sangat collect resipi. Tapi try buat resipi tu jarang sikit. Te...
-
Assalamualaikum.. Kali ni nak share apa yang aku dapat dari video ceramah yang aku tengok di Youtube. Amalan ni sangat baik untuk diamalka...
-
Salam.. Ni kisah guestbook masa majlis perkahwinan kami. Majlis belah perempuan. Sebenarnya idea nak ada guestbook tu wujud pun disebabkan...
-
Assalamualaikum.. Baru berkesempatan nak buat new entry. Banyak sangat cerita tentang Hani, perkembangan Hani, tapi semuanya tak sempat na...
-
Salam.. Ok dah jumpa gambar meja tempat aku letak guestbook masa majlis sanding tu. (refer sini ). Aku tempatkan meja tu di luar dewan, ...
-
Assalamualaikum. Awal bulan hari tu aku baru je diserang batuk dan selsema yang teruk. Sekarang berulang balik, tapi bezanya yang dulu le...
-
Assalamualaikum.. Sumber: Babycenter Diam tak diam, dah hampir 9 bulan usia kandungan aku. Setakat check up minggu ke 34, baby is doing...
-
Assalamualaikum.. Sebelum ni Hani pernah demam masa umur 4 bulan. Tapi demam sekejap je, setengah hari. Lepas tu ada la lagi badan dia ma...
-
Assalamualaikum.. Baru-baru ni buatkan kek ni untuk abang & kakak ipar, dah lama abang aku seorang tu request. So aku beli bahan doubl...
-
Assalamualaikum.. Pagi tadi, di usia baby 24 minggu 2 hari, ibu baby ni jatuh. =( Jatuh dari katil. Masa nak bangun dari katil, nak solat...
Labels
- Aidiladha (3)
- Aku (23)
- Aku dan Kekasih ;-) (32)
- Al-Fatihah.. (7)
- Anniversary (17)
- Award (2)
- Babies (3)
- Birthday (6)
- Earth Hour (1)
- Family (25)
- Hani is 1 (2)
- Hani Qalesya (21)
- Hantaran (1)
- Hari Asyura (1)
- Home Sweet Home (2)
- Honeymoon (13)
- Ibu (2)
- Income Tax (1)
- Info (2)
- Isu semasa (6)
- Jalan-jalan (2)
- Kawan-kawan (3)
- Kawen (10)
- Kerja (5)
- Krabi (9)
- Main masak-masak (4)
- Makan (2)
- Masquerade (1)
- Minta pendapat (2)
- Movie (4)
- My Baby (11)
- Office (3)
- Pregnancy Moments (29)
- Prihatin (3)
- Ramadhan (4)
- Raya 2010. Ramadhan (4)
- Raya 2011 (3)
- Raya 2012 (1)
- Review (1)
- Solid food Hani Qalesya (1)
- Students (3)
- suka2 (29)
- Taska (1)
- Tenang Hati (2)
- Tips (6)
- Wordless wednesday (9)
Followers
Friends..
- http://bnsyg-stories.blogspot.com/
- http://amira-aihara.blogspot.com/
- http://nordaleela.blogspot.com/
- http://dialoguda.blogspot.com/
- http://farahanna7.blogspot.com/
- http://cikbuku.blogspot.com/
- http://jihapimpom.blogspot.com/
- http://nurul-fathiyah.blogspot.com/
- http://zatulnani.blogspot.com/
- http://afzannizan.blogspot.com/
- http://sophiealyahya.blogspot.com/
- http://www.sweetcaramelinicecream.blogspot.com/
- http://misiaiemmalya.blogspot.com/
- http://www.nasyrahnaim.blogspot.com/
- http://nadeeyayoe-journey.blogspot.com/
- http://hanyakisahkita.blogspot.com/
- http://hotmummytobe.blogspot.com/
- http://arniyusnitaahmad.blogspot.com/
- http://nuratika-firdaus.blogspot.com/
- http://impianfikaryna79.blogspot.com/
- http://waniematzin.blogspot.com/
- http://atiqahadnan.blogspot.com/
- http://asnacute.blogspot.com/
- http://malreha.blogspot.com/
- http://nadiadania.blogspot.com/
- http://rdna-sfl.blogspot.com/
- http://sygjomkawen.blogspot.com/
Together Forever..
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat..