Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, September 2, 2013

Duhai Anak.. Hatiku Menangis Lagi..

Assalamualaikum..

Hari ni hantar Hani Qalesya pada pengasuh, aku menangis lagi.. Entah kali ke berapa dah.. Aku sedih sangat bila tengok pandangan mata Hani pada aku, sampai la aku hilang dari pandangan dia... 

Isnin biasanya Hani macam ada Monday blues. Setelah 2 hari berkepit dengan ibu dia ni, jalan-jalan dengan ayah.. Bila nak pass pada pengasuh, dia akan merengek. Tapi pagi ni Hani tak pulak macam tu. Dia redha je masa bertukar dukungan tu. Tak nangis tak memberontak. Suruh salam cium aku pun, dia buat je..Cuma pandangan mata dia tu.. :'(

Ibu dia pulak nampaknya ada Monday blues! :'( Aku rasa macam tak nak bagi Hani pada Kak Emi tu. Aku rasa macam nak peluk Hani bawak balik. Cium dia tanpa pernah puas. Main-main dengan dia. Gelak-gelak dengan dia. Suapkan dia makan. Susukan dia sampai puas. Tapi.... :'(

Setiap hari, masa kereta mula bergerak keluar dari rumah Kak Emi, aku sebak. Setiap hari hati aku berazam, satu hari nanti, aku akan duduk rumah dengan Hani. Aku akan kerja dari rumah. Aku sangat tak sanggup hantar Hani dijaga orang lain. Sejujurnya, memang aku tak sanggup. Aku rasa bersalah sangat-sangat tinggalkan Hani 10 jam setiap hari. Bayangkan, pagi-pagi dia buka mata dah dihantar ke rumah pengasuh. Petang tengah tidur, kena bangun sebab pengasuh nak mandikan dia, kejap lagi ibu dah balik. Malam pulak kalau dia mengantuk, paling awal dia tidur dalam pukul 9pm. So berapa jam je sehari aku bersama dengan Hani? Berbanding masa Hani bersama pengasuh?? 

Sebab tu lah, setiap pagi, aku sanggup luangkan masa untuk masak makanan Hani. Aku sanggup kalau thumb print lebih pukul 8am, asalkan aku susukan Hani dulu sebelum pergi kerja. Aku tak akan pergi kerja tanpa tinggalkan masakan aku untuk Hani makan, aku tak akan pergi kerja tanpa susukan Hani pagi tu lepas dia bangun tidur. Aku rasa seolah-olah hak Hani dikhanati. Dah lah Hani tak fully breastfeed.. 


Maafkan ibu, Hani sayang.. Ibu nak Hani tahu, ibu tak rela pun hantar Hani pada orang lain.. Maafkan ibu.. Ibu sayang sangat pada Hani.. Cuma ibu terpaksa.... :'(

Aku berdoa semoga ada rezeki aku untuk jaga Hani di rumah.. Amin...







7 comments:

Unknown said...

sabar yer ibu...semoga ada rezeki ibu untuk jaga hani sendiri di rumah..amin =)

Syima Syaz said...

perasaan yang sama tp beza.. anak i tido lambat skit, kol 11 gitu...so malam i gilir2 masak.untuk anak memang i masak... nak jugak kan dia rasa 'touch' seorng ibu...tp anak i nenek dia sendiri yang jaga.. tak risau sgt la tp still kesian dia kena tinggal

Hasnah said...

Jgn bersedih kak. InsyaAllah hani dh besar nanti diafaham kenapa akak tinggalkan dia kat pengasuh. Hani budak bijak :)

Mrs Azhar said...

tq mama ila, insyaAllah.. amin..

syima, dulu mak i jaga hani, mmg kurang la sikit risau. tp still rindu yg sama huhu

asna, tq so much! insyaAllah..

Puan Ida said...

Salam
ai saya ida newbies blogger
jemput ye follow blog sya
umielman.blogspot.com

p/s:memang sedih tinggalkan anak kat orang tetiap pagkan

Nora Karim said...

betul... mmg masa anak2 lebih banyak bersama pengasuh berbanding dengan kita kalau kita bekerja... syukur alhamdulillah akak dah jaga sendiri... seronoknya tgk anak2 membesar depan mata... sabar la wani... moga segala urusan dipermudahkan Allah... Amin...

eMMe said...

Salam Wani, itu la pengorbanan seorang ibu yg harus lakukan demi anak... mmg la, stiap ibu akan rasa begitu, apabila menghantar anak kecil kepada pengasuhnya.. Me pun cam tu dear.. nangis dalam hati, mata anak akan tertumpu pada ibunya.. sampaila kelibat ibunya hilang dipandangan... tapi demi sesuap nasi, rezeki buat mu anak....

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D