Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, January 31, 2012

Jatuh semasa mengandung. Takut.. =(

Assalamualaikum..

Pagi tadi, di usia baby 24 minggu 2 hari, ibu baby ni jatuh. =( Jatuh dari katil.

Masa nak bangun dari katil, nak solat subuh, kaki kanan tersangkut di hujung 'baju kelawar' yang aku pakai. Aku jatuh ke bawah, tapi sempat tongkat dengan tangan kanan. So jatuh terduduk tapi tak terhentak kuat . Masa tu terus terjerit panggil darling husband, tapi si dia boleh pulak tak dengar. Masa tu darling husband di bilik sebelah, bersiap-siap nak solat. Dua kali aku panggil tapi si dia tak dengar jugak. Last-last aku diam je, duduk je kat lantai tu sambil gosok-gosok lengan. '__'

Darling husband masuk bilik, terkejut tengok aku duduk bawah, sebelah katil. Buat muka sedih je la aku.. Nak menangis jugak sebenarnya, bukan sebab sakit, tapi sedih sebab si dia nak pergi out-station lama hari ni. Kami sangat risau sebenarnya, takut terhentak. Nasib baik tak sakit dah lepas tu, perut pun tak sakit. Kalau sakit ke bleeding ke, memang aku terus pergi klinik dah. Tapi memandangkan hari ni kelas full sampai petang, aku just berjaga-jaga je lah.

Pagi tadi risau sangat-sangat sampai dah rasa nak pergi jumpa doktor mintak scan baby. Sebab rasa macam baby kurang gerak. Sebenarnya gerakan ada, cuma pagi tadi kelas amali, aku berdiri, so kurang sikit rasa gerakan. Masa drive pergi kerja pagi tadi banyak kali pesan kat baby supaya gerak banyak-banyak hari ni, Macam semalam baby aktif dari tengah hari sampai malam!

Alhamdulillah petang ni baby dah aktif sangat. Sambil taip ni pun baby gerak-gerak. Hopefully tak ada apa-apa yang membimbangkan lah lepas ni. Amin...

Nota untuk baby: Baby, ibu mintak maaf kalau baby terkejut masa ibu jatuh pagi tadi. Ibu akan lebih hati-hati lagi lepas ni ye. Baby jangan buat ibu risau tau. Baby kena aktif selalu, tendang lah banyak-banyak. =) Ayah out-station seminggu kali ni, nanti baby jangan lupa pulak suara ayah bila ayah balik nanti.. =) Ayah pun dah rindu nak borak dengan baby tu..

Monday, January 16, 2012

22 Weeks Pregnant

Assalamualaikum..

Dulu awal pregnancy, rasa lambat masa berlalu. Lama rasa nak melepasi first trimester, walaupun masa tahu diri mengandung, baby dah nak masuk 6 minggu. Sekarang, pejam celik dah masuk 22 minggu. Lagi 2 minggu masuk 24 minggu = 6 bulan. Gulp! Aku dah mula rasa berdebar.

Dalam usia kandungan 5 bulan lebih ni, aku masih lagi mengalami muntah-muntah, tapi tak sekerap first trimester dulu. Selera makan aku rasanya baru nak ok kot, masa 21 minggu aku masih lagi kurang berselera. Tak suka nasi (lepas tu mula la asyik lapar), loya tengok lauk-lauk berkuah, bersantan, berkari, bersambal semua tu. Perut sentiasa lapar, tapi tak tahu makanan apa nak ditelan. Biskut dan roti memang selalu ada dalam beg, bawa ke mana-mana.. Tapi dalam tak selera tak selera tu, berat naik jugak. Huhu. Nasib baik naik 1 kg dalam masa 2 minggu. Untuk 5 bulan dan ke atas, memang sepatutnya kenaikan berat badan 2 kg sebulan. Harap-harap jangan sampai kena minum air gula. Takut.. 

Sekarang ni aku semakin menikmati masa-masa berharga sepanjang membawa baby dalam perut. Penat, mengah, tak cukup nafas memang dah biasa. Tapi sejujurnya, saat paling membahagiakan aku sekarang ni adalah masa 'bermain-main' dengan baby. Dulu awal-awal mengandung, rasa bahagia sangat kalau cakap-cakap dengan baby :') Sekarang ni, main-main dengan baby pulak. Baby semakin aktif. Semakin pandai respond pada ibu dan ayah dia. Orang cucuk dia, dia tendang balik. Alahaiiii baby ibu ni.. Geram! Masa first time aku dan darling husband perdengarkan azan pada baby (melalui headphone), berombak perut. =) Sekarang juga, aku semakin faham masa bila baby aktif, masa bila baby rehat / tidur. =)

Menurut kajian, baby pada 22 minggu sebesar buah betik. Hihi. Patut la aktif!
Baby sayang, membesar dengan sihat tau! Ibu and ayah love you so much!

Sekarang ni ibu dah terfikir, macamana la agaknya rupa baby ni ye? Ikut muka ayah ke ikut muka ibu?  Hmmm... =)

Monday, January 9, 2012

Bakal Ibu dan Ayah

Ibu & ayah baby yang sihat. Jadi, baby pun sihat. =)

Sunday, January 8, 2012

Indahnya perasaan itu..

Assalamualaikum..

Syukur, baby dah masuk 21 minggu hari ni. Aku tak mahu ketinggalan mencatatkan kenangan manis yang satu ini. Malam semalam, buat pertama kalinya aku merasakan tendangan (lebih tepat lagi tumbukan, daripada apa yang aku rasa). Sedang berbaring bersiap nak tidur, usap2 perut sambil communicate dengan baby seperti biasa. Dalam seminit lepas tu, ada gerakan seperti ditumbuk dari dalam! Terasa di tapak tangan aku. =D 

Selepas tu, excited panggil darling husband. Dia pulak letakkan tangan di perut. Tapi hampa. Haha. Baby lagi suka ibu! =) Selang berapa minit lepas tu, aku pujuk lagi baby, suruh gerak lagi sebab ayah nak rasa.. Kali ni ayah baby tekap telinga terus kat perut ibu. Cakap-cakap, then baby respon. Baby tumbuk telinga ayah pulak! Subhanallah.. Kami tergelak-gelak. Maklumlah, first time experience kan..

Memang kalau nak diikutkan pergerakan baby boleh dirasa seawal 16 minggu. Tapi bak kata nurse, perut aku tebal. '__' Sebelum ni, dalam minggu ke 18 aku dah rasa 'libasan' baby bila bercakap dengan dia. Tapi masuk minggu ke 21 ni baru rasa 'tumbukan' dia pulak. Hari ni pun ada lagi rasa, terutamanya bila baring.. 

Alhamdulillah, indahnya perasaan itu.. 

Sebelum ni ada jugak terdetik, ok ke baby kat dalam tu sebab lambat rasa pergerakan dia. Tapi bila scan, dia aktif, Alhamdulillah.. So kami bersabar. Lagipun bila dah mula rasa baby gerak, aku akan rasa sampai dia nak lahir nanti kan. So sabar jelah.

Tuhan, aku betul-betul mahu menikmati saat-saat indah sepanjang kehamilan ni. Curahkanlah rahmat dan hidayahMu kepada aku dan kandunganku, serta keluargaku. Amin Ya Rabbal Alamin...