Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, September 28, 2011

Monday, September 26, 2011

I'm a Mommy-to-be! Syukur...

Assalamualaikum..

Syukur, syukur, syukur Alhamdulillah.. 

I'M PREGNANT! 

Setelah setahun 7 bulan kami berkahwin. Akhirnya Allah makbulkan doa kami.. Terima kasih juga untuk yang pernah mendoakan..

 Nota aku untuk darling husband masa dia balik dari out-station. 2 hari sebelum confirm mengandung. Dan lukisan orang lidi di bawah tu, berdasarkan instinct. =)

Tanggal 22 September 2011 (pada CD ke 40 - sebelum ni pernah mencapai CD40), aku dan darling husband buat pregnancy test, dan hasilnya positive line naik dengan sangat cepat. Masa tu dah pukul 7pm. Hehe.

Esoknya, pagi Jumaat yang penuh berkat, aku buat UPT sekali lagi. Alhamdulillah.. Pergi kerja dengan hati yang berbunga-bunga, dan penuh kesyukuran..

Malam, kami ke klinik. Doktor sahkan aku mengandung 5 minggu lebih. =) Alhamdulillah.. Balik dari klinik, kami khabarkan kepada kedua-dua keluarga.

 UPT yang putih tu adalah daripada klinik, doktor bagi bawak balik. Hehe. Lebih terang daripada yang dua tu.

Dan kini, I'm nearly 6 weeks pregnant. Masih baru, dan aku sangat mengharapkan segala-galanya ok selepas ni. Setakat hari ni belum ada gejala morning sickness. 

Dear readers, tolong doakan semuanya selamat, ok? Thanks..

Sunday, September 25, 2011

Alhamdulillah...!!!!!

Alhamdulillah.. 

Syukur ke hadrat Mu Ya Allah..

Syukur atas segala kasih dan sayang Mu Ya Allah..

Syukur atas segala kurniaan Mu Ya Allah..

.......................................

Friday, September 23, 2011

=)


=D

Thursday, September 22, 2011

Selalu Berdebar-debar..

Assalamualaikum..

Sejak beberapa hari ni, aku selalu berdebar-debar. Tak tahu sebab apa, tiba-tiba je rasa jantung berdegup laju. Tapi sekejap-sekejap je. Masa tengah tengok tv, tiba-tiba berdebar. Masa tengah driving nak pergi kerja pagi tadi pun berdebar-debar. Ni masa tengah menaip ni pun berdebar juga. Kenapa ni..

Berdebar tak tentu pasal. Adakah tanda penyakit??

Minta dijauhkan.. Amin..

Wednesday, September 21, 2011

Tuesday, September 20, 2011

Al-Fatihah..

Assalamualaikum..

Pagi tadi baru masuk pejabat, belum pun sempat duduk, aku terima perkhabaran sedih.. Anak salah seorang teman sepejabat, Kak Rosna meninggal dunia. Innalillah.. 

Kak Rosna baru 13 hari melahirkan. Aku pun belum pergi melawat dia. Selama usia anaknya, hanya di NICU. Masa lahir air ketuban kering, dan bayi tertelan najis. Tak sangka, dia survived hanya untuk 13 hari.

Selepas kelas pagi tadi, aku dan kawan-kawan lain pergi melawat Kak Rosna. Dia nampak tenang, tersenyum walaupun kelat. Gagahkan diri menyambut kami di muka pintu. Aku sebak melihatkan dia, dan aku cuba letakkan diri aku pada tempat dia. Ya Allah, Kau kuatkan lah Kak Rosna untuk menghadapi dugaanMu..

Semoga anaknya tenang di sana.. InsyaAllah, dia menunggu ibunya di sana.. Takziah untuk Kak Rosna..

Sunday, September 18, 2011

Kenduri Kahwin19 Syawal

Assalamualaikum..

Untuk 17 September 2011 shaja, aku dapat 5 jemputan perkahwinan. 2 jemputan dari kawan sepejabat, 3 jemputan dari kawan sekolah. Tapi yang aku sempat hadir adalah 2 sahaja..

Yang pertama, di Beserah, Maziani sahabatku sejak sekolah rendah. Ada ikatan saudara mara juga dengan dia. Teringat dulu masa darjah 6 SK Galing, aku dengan dia bertugas menyusun buku di sudut bacaan sekolah. Dulu aku tinggi daripada dia, tapi sekarang ni dia tinggi sungguh! Aku shaja yang tak tinggi-tinggi selepas darjah 6. Huhu.

Antara hadiah yang nak dibawa. Satu lagi tu adalah untuk baby yang belum sempat kulawati. Hmmm..


Alamak puan pengantin terpejam mata pula

Borak sakan. Pengantin siap tunjuk-tunjuk batang hidung sendiri. Sebab aku tanya "siapa yang akan pindah?"

Ni wedding kedua, di Cenderawasih. Puan APD school aku mengajar, Alhamdulillah dah selamat kau, Nadhila. Berseri-seri si pengantin. =) Bergambar bersama-sama teman pensyarah.

Nampaknya aku menepati tema kedua-dua majlis, purple! Sebenarnya kebetulan, aku memang pilih baju tu sebab tak panas.

Untuk kedua-duanya, Maziani dan Nadhila, aku doakan mereka bahagia bersama suami, dapat melayari kehidupan berumah tangga dengan penuh kesabaran, dan semoga mereka kekal bahagia sehingga ke syurga, serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. Amin...

Saturday, September 17, 2011

Oreo Cheesecake, again! Yummy!

Assalamualaikum..

Baru-baru ni buatkan kek ni untuk abang & kakak ipar, dah lama abang aku seorang tu request. So aku beli bahan double, sebab adik-adik aku juga 'hantu' oreo cheesecake ni. Sebelum ni ada yang pernah email aku (sorry, lupa nama) tanya bahan-bahan lengkap untuk buat kek paling senang dan paling sedap (heheh) ni. So sekarang pun aku dah hafal bahan-bahan dia, boleh lah sesiapa nak mencuba. =)

 Oreo cheesecake aku yang terkini. Hehe. Bahagian tengah tu aku letak satu lapisan biskut oreo, sama macam lapisan paling atas tu. Ni aku buat satu adunan, dapat satu bekas.

Ok bahan-bahan lengkap (boleh refer entry aku yang dulu di sini):

- Biskut oreo 2 paket - kisar & tinggal sedikit untuk hiasan
- Butter sikit - untuk gaul dengan oreo kisar - untuk jadikan base
- Cream cheese 250g (biasanya jenama Philadelphia)
- Whipping cream 1 kotak kecil
- Gula castor 80g
- Susu segar 80ml
- Gelatin halal 1 sudu besar (aku guna jenama 'Nur') - ni untuk bagi kek lebih kental, tak lembik
   ----gelatin ni bancuh dengan air panas

Untuk cara-cara buat kek ni, lengkap bergambar step by step, boleh rujuk sini. =)

Selamat mencuba!

Thursday, September 15, 2011

Happy [belated] Birthday, Darling Husband!

Assalamualaikum..

Kalau masa birthday aku tahun ni aku dapat surprise, untuk birthday si jantung hati ni juga, aku nak buat surprise. 6 September 2011. Ada 2 surprise. 1 untuk hadiah (pagi) dan 1 lagi untuk kek (malam). Surprise 1 aku menjadi, tapi surprise 2 kantoi. Haha.

Red velvet cupcake yang cantik. Aku request ada design love love banyak-banyak, tapi macam ni pun ok dah. Cuma yang macam biskut as the topping tu aku tak tahu apa. 

Kek ni aku tempah sebelum raya, then hari kejadian tu balik kerja pergi ambil. Kebetulan si birthday boy man balik kerja awal pula hari tu, sebab tu lah terkantoi. Aku pusing jalan lain masa ambil kek ni sebab tak nak si dia pelik kenapa aku balik kerja ikut jalan lain. Sekali, kat jalan lain tu juga lah terserempak dengan si dia! Rupanya si dia lapar dan beli pisang goreng kat situ. Balik tu menggagau juga jawab pergi mana, dah terpaksa aku tipu sunat. Tapi rupanya si dia dah dapat agak, sebab dia tahu rumah kawan aku @ pembuat kek tu kat situ!

Hadiah dalam kotak biru tu. Alhamdulillah, si dia suka sangat. Sebab memang masa tu perfume dia semuanya dah nak habis. Dan, masa beli hadiah tu pun aku terpaksa tipu sunat. Haha. Bulan puasa, pergi mall tanpa teman. Minta izin si dia masa tu untuk pergi cari baju dan kasut raya, tapi sebenarnya beli hadiah tu. =) Masa dapat tu si dia sibuk tanya bila aku beli.

Rasa seronok sangat bila dapat buat si dia gembira..

Aidilfitri 2011

Assalamualaikum..

Yeayy dah boleh upload gambar! =D

Kalau diikutkan, tahun ni giliran kami beraya di Kuantan tanah tumpah darahku. Hehe. Tapi raya ketiga kami suami isteri balik juga ke kampung darling husband di Macap, Johor.. Tak apa lah, aku tak kisah, yang penting raya pertama di Kuantan. Yang tu aku kisah. =)

Raya pertama, kami beraya di beberapa buah rumah. Selepas solat raya, berkumpul rumah parents aku, makan-makan dan bermaaf-maafan. Lepas tu berkonvoi ke rumah Acik di Beserah. Semua berkumpul di sana sebab nenek stay dengan Acik.

 Rendang daging in-the-making di malam raya.

 Kuih raya aku tahun ni 10 jenis. Yang di atas ni, aku buat adalah sarang semut, biskut makmur, cornflakes madu. Ada lagi satu, biskut arab. Tak letak sebab kedekut darling husband dengan adik aku je tukang habiskan. Owh btw yang tengah-tengah tu adalah potpouri, ada juga budak-budak datang beraya ingatkan itu adalah kerepek berwarna pink. '__'

Ceria di pagi raya sambil main recorder.

Sesi bermaaf-maafan. Tahun ni family aku complete. Ma + abah + 7 anak + 2 menantu + 1 cucu. 
Best lah tu cucu tunggal dapat duit raya banyak-banyak. 
 Haishh Akill.. Akill.. Makin bam bam.

Bersama satu-satunya nenek kesayangan..
Raya ketiga, aku dan darling husband bertolak ke Johor.. Meriah jugak raya kat sana kali ni berbanding pengalaman aku tahun lepas. Sebab ikut family jalan-jalan rumah saudara-mara. 
Kami berkonvoi di hari raya.

Melihat keletah anak-anak di desa. 

Sebenarnya ada lagi gambar cantik nak masukkan, tapi gambar tu belum dapat lagi dari abang aku. Sibuk sangat Mr Photographer tu..





Kenapa? Kenapa?

Kenapa aku tak boleh nak upload gambar? Sebab tu lah jugak dah lama tak menaip. Cerita Aidilfitri aku asyik kat dalam draft je, Syawal pun dah tinggal kurang 2 minggu je lagi. 

Hishhh...