Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Sunday, May 29, 2011

Al-Fatihah untuk Sharifah Maisarah..

Al-Fatihah..

Sharifah Maisarah, kawan sepejabat, tetapi berlainan jabatan, telah kembali ke rahmatullah pukul 12 tengah hari tadi. Awal pagi Jumaat lepas, Allahyarham terlibat dengan kemalangan bersama 3 orang pelajar di Maran. Keadaan kereta Allahyarham remuk teruk, sehinggakan bomba terpaksa potong sebahagian kereta untuk mengeluarkan mangsa.

3 orang pelajar tersebut selamat, namun Allah lebih sayangkan Mai. Dia pergi setelah terlantar koma dan tidak sedarkan diri di ICU Hospital Temerloh. Aku sedikit ralat sebab tak sempat melawat Allahyarham. Semalam aku bagitahu suami, ajak melawat dia hari ini. Tapi dia pergi dulu.. =(

 Allahyarham, dan keadaan keretanya semasa kemalangan. Kereta dipandu oleh pelajar, Allahyarham di sebelah pemandu..

Aku percaya, Allahyarham menanggung sakit yang amat sangat sebelum dia pergi. Hatinya pecah dan mengalami pendarahan dalam kepala. Kemalangan berlaku jam 3 pagi, tapi setelah 2 jam baru lah ada orang yang datang hulurkan bantuan. Tiada yang sanggup berhenti di tengah-tengah lebuh raya pada pukul 3 pagi. Kesiannya Mai.. =(

"Maisarah, walaupun aku tak rapat dengan kau, aku tetap terasa kehilangan kau. Sebab kau biasanya happy-go-lucky, ceria je di pejabat. Kau hadir sebagai tetamu masa dinner anjuran kelab pelajar aku baru-baru ni. Kau audit jabatan kami baru beberapa hari lepas. Kau bagi ucapan masa opening dan closing audit tu. Kami sebut-sebut nama kau masa kursus Auditor 5S di Hotel Seri Malaysia Khamis lepas, sebab meja kau je yang ada pantri dalam pejabat tu. Aku selalu nampak Myvi hitam kau park kat luar pagar pejabat tu.. Semua tu dah jadi kenangan. Aku tahu ramai sangat pelajar-pelajar kolej tu menangisi pemergian kau. Sebab kau rapat sangat-sangat dengan pelajar. Detik terakhir hidup kau pun dengan pelajar kan... Semoga kau tenang di sana, Mai.. "

Sedih sangat bila dengar cerita, malam sebelum kejadian tu, Allahyarham ke kampungnya di Jerantut dengan 3 orang pelajar tu. Dari Kuantan, ke Jerantut dan cuma tengok rumah parents dia dari luar je. Tak masuk pun. Then terus pulang ke Kuantan. Dalam perjalanan tu la kemalangan berlaku. Apa pun, semuanya ketentuan..

Baru beberapa bulan terima khabar pemergian bekas pelajar aku. Hari ni ada lagi kematian. Sesungguhnya berita-berita ni menginsafkan aku.. Ajal tak kenal usia..

Mintak sama-sama sedekahkan Surah Al-Fatihah / Surah Yassin kepada mereka....

Wednesday, May 18, 2011

[Belated] Birthday Surprise!!!

Assalamualaikum..

Curi sekejap masa untuk update ni. Nak mencatatkan kejadian menggembirakan semalam. =)

Birthday aku adalah sama dengan Hari Guru, 16 Mei. So memang double celebration la kiranya, walaupun tak disambut pun Hari Guru (dah ada cadangan nak wujudkan Hari Pensyarah kan. Aku sokong!).

Tepat 12 am 16 Mei tu darling husband lah orang pertama yang wish. Harus lah kan dah ada sekali malam tu. Lainlah kalau masih berjauhan, mungkin ucapan lambat sampai. Esoknya bertimbun-timbun notification  dalam email aku. Banyak sangat wishes di Facebook. Alhamdulillah, terima kasih pada yang mendoakan dan mengingati..

Yang lain, seperti biasa.. Aku ok je walaupun dalam hati ada terdetik 'darling husband ni tak ada bagi hadiah ke'.. Heheh. 

Tapi esoknya (cuti Hari Wesak), tu pun dah malam, baru je nak makan nasi, dia keluarkan kek dari dalam kereta. Siang tu sehari suntuk dia pergi bengkel. Agak terkejut juga aku. Then aku pergi dapur kejap, dia keluar lagi buka bonet kereta, dan hulurkan hadiah. Yeayyy!!! Thanks sayang! =D

Tahun lepas dapat hadiah best, tahun ni pun best. Tahun depan apa pula ye? =D

Thanks so much, darling! 

I love you to the max!

=D

Saturday, May 14, 2011

Demam lagi..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah blogger dah ok. Semalam banyak kali juga cuba tapi tak berjaya. 

Dalam masa 2 bulan ni, dua kali aku demam. Bulan lepas demam teruk 3 hari. 12 April. Bulan ni, 12 Mei, demam lagi. Genap sebulan. Pandai pulak virus ni serang aku ye.

Petang Khamis tu masa solat, aku rasa menyengat di belakang pinggang. Lepas tu terus rasa sejuk semacam. Pakai blazer, selimut dengan shawl pun masih rasa sejuk semacam. Rasa nak masuk bawah meja je. Tapi aku bertahan, sebab tinggal beberapa jam je nak balik. Lagipun ada Ujian 3 untuk students aku petang tu.

Dalam kelas, aku tengok students buat ujian sambil tahan sakit. Rasa lenguh satu badan, pening kepala.  Dan ada sekali rasa kejang bahagian pinggang. Akhirnya berjaya juga habiskan ujian tu dan kuatkan diri drive balik rumah. Badan semakin panas.

Malam tu darling husband balik dari out-station (syukur Alhamdulillah) terus bawak aku pergi klinik. Jumaat MC. Tapi Jumaat pagi aku dah segar bugar. Alih-alih malam tu badan panas balik. Pelik-pelik je lah..

Hari ni Sabtu aku masih lagi ada pening-pening sikit. Nak keluar tak jadi sebab tiba-tiba darling husband ada kerja. Terperap lagi aku di rumah.. Bagus juga bagi badan berehat..

Harap-harap lepas ni tak demam dah. Tak suka.. =( Rasa kepala beratttt sangattt.. Dan kena betul-betul jaga kesihatan, tanbah-tambah musim tak menentu sekarang ni..

Monday, May 9, 2011

Masquerade Nite!! #2

Assalamualaikum.. Lagi gambar-gambar Masquerade Nite kami sabtu lepas:

Backdrop terlalu simple pemberian pihak hotel | Puan Penasihat dan suami
Mr James the Pirate dan isteri | Puan Wani dan Puan Afzan mummy-to-be


 
Personalized doorgift booked by me =) | My mask
Aku bersama doorgift dan tentatif | Hidangan di meja VIP


Irfan and the gang | Mr James and the girls
Mr Pirate and his guitar | Pyka, Nadia dan Hidayah the seniors


Mentang-mentang penasihat, asyik aku je naik pentas. =D
AJK yang aturkan semua. Aku tak tahu pun. 
Dalam 50 cabutan, nasib baik aku dapat satu. Nombor bertuah 144. 
Tapi hadiah kecil, bukan hamper yang aku pegang tu. '__'
(p/s: Thanks to Majid dan Hafizi sebab sponsor hamper)


Para pensyarah nak cari calon King & Queen | Pemenang King & Queen of the night, Qawiem dan Yatt
Aku buat aksi kebudak-budakan di kalangan pelajar | Candid by darling husband


Gambar beramai-ramai. Gambar gembira mereka-mereka yang hadir. Gambar gembira dan puas hati AJK yang berpenat lelah menjayakan majlis.

Kesimpulannya, aku SANGAT BERPUAS HATI. Alhamdulillah. Penat lelah sebelum ni telah berbayar. Syukur, aku dapat banyak pujian dari darling husband, rakan pensyarah dan pelajar. Teringat keserabutan aku selama sebulan lebih merancang segala-galanya, meeting dengan AJK setiap minggu, keluar masuk HEP bersama Izzat presiden kelab, HEP rejected proposal dan budget yang diminta, hantar proposal pukul 6pm di pejabat HEP (nasib baik En Yuzri tu terima walaupun merungut), balik lambat hampir setiap hari. 

Sungguh, aku puas hati dan bersyukur. Yang penting, niat aku tercapai nak didik pelajar menguruskan aktiviti kelab. Sebab sebelum-sebelum ni students cuma attend sahaja, pensyarah yang uruskan segalanya.

Tapi sampai sekarang aku masih lagi terasa kepenatan..

Sunday, May 8, 2011

Masquerade Nite!!

Assalamualaikum..

Malam yang sangat-sangat happening, best, enjoy, and i had a lot of fun!

Berakhir penat lelah mengendalikan Masquerade Nite selama lebih sebulan. Itulah salah satu penyumbang terbesar kesibukan aku sebelum-sebelum ni.

Kelab Kejuruteraan Awam buat julung kalinya menganjurkan Majlis Makan Malam "Masquerade Nite" di Hotel Vistana Kuantan. Aku cuma bertindak sebagai penasihat kelab, pelajar-pelajar aku yang berbakat yang menguruskan segalanya. Alhamdulillah bersyukur sangat dapat AJK yang komited.

Sampai sekarang masih lagi menatap gambar-gambar kenangan. Baik pelajar, pensyarah, suami-suami pensyarah, pensyarah dan tetamu jemputan, semua bagi sokongan. Semua sporting, walaupun tiba-tiba disuruh buat aksi romantik atas pentas, disuruh catwalk, haishhhh macam-macam lagi. Sangat enjoy.

Antara gambar-gambar sekitar "Masquerade Nite":

DDA Club Advisor. =)

Me & darling husband. 

Aksi spontan dipertontonkan depan pelajar.

Ma, I love you

Assalamualaikum....
 
Untuk ma tersayang, Asmah bt Mamat


SELAMAT HARI IBU. 
 
Sayang ma! 

You are the QUEEN of my heart!

Wednesday, May 4, 2011