Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, May 31, 2010

100 DAYS!!

ALHAMDULILLAH

- Married for 100 days -

Aku bersyukur dikurniakan si dia sebagai suami..

Aku bersyukur atas segala nikmat Mu Ya Allah..


 

Hantaran


Salam..

Its Monday.. Adakah aku sedang mengalami Monday blues?? Hmmm no, no.. Please blues.. You are not invited right now..

Sebenarnya tengah berusaha mengumpul kekuatan untuk menyediakan modul for short course. Haha mengumpul kekuatan tu. Nampak sangat aku takde mood untuk prepare the modul. Tapi takpe, slowly, take it easy, just do it, Wani..

Tengok tajuk 'Hantaran', tapi sempat membebel kejap. Ok, ok. Memang nak buat entry tentang hantaran. Lama dah sebenarnya. Tapi biasalah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Hah alasan.

Macam biasa, aku kalau buat entry seboleh-bolehnya mesti nak letak gambar walaupun sekeping. Tapi kali ni bukan lah sekeping..


Menjunjung adat, sirih junjung mengetuai hantaran-hantaran lain.. =) Cantik tak sirih junjung ni? Terima kasih kepada penyumbang tenaga yang bertungkus lumus menyiapkan gubahan sirih ni. Hehe. Kakak, adik-adik, sepupu sepapat, saudara mara.. Uhhh banyak betul tangan. Dan terima kasih adik dan kakakku yang membeli bunga-bunga tersebut di pasar sebab pengantin dikuarantin.

Cincin istimewa untuk suami.. Letak atas bantal kecik biasa je.. Beli dekat SSF.

Fossil watch.. Pilihan aku untuk beliau..

CK Perfume set.. Gubahan simple, masa beli memang siap  dibalut.. So aku just letak je atas dulang, hias bunga & butterfly tu..

Haha ni lagi pemalas gayanya. Lipat, letak atas dulang. Levi's jeans for him. His all-time favourite jeans.

Levi's jacket. Sama jugak, lipat, letak atas dulang. Dan ada tambahan riben di kolar, tangan gatal sikit masa gubah tu.

Guess what are these? Ok lah yang bawah tu memang jelas bahan-bahan bacaan. Buku-buku tentang rumahtangga, suami isteri.. Yang dalam kotak merah tu adalah kain pelikat 'Gajah Duduk'.. Boleh suami buat pakai masa berjemaah bersama.. =)

Yummmyyy!!! My all-time favourite pulak ni! Hehe. Ferrero rocher collections..

Dan ini, pilihan suami sendiri.. =) Gambar tak nampak gubahan keseluruhan, sebab photographer suka nak zoom in..
Sekian sahaja pameran gubahan hantaran dari isteri kepada suami.. Untuk hantaran dari suami kepada isteri, nantikan sahaja entry selepas ini. Macam la ada orang nak tunggu pun. Perasan.


 


Thursday, May 27, 2010

Potluck Anak Dara + Mak Dara

Salam...

Fuhh.. Lama jugak tak update blog. Seminggu dah. Tiga hari berturut-turut kena attend training. Dua hari untuk Code of Practice for Program Accreditation (COPPA) di Hotel Seri Malaysia, Kuantan. Then the next day kena attend pulak Academic Advisory Training dan Professional Ethics di kolej. 3 training in 3 days! Tapi takpe lah, sebab food provided. Hihih. Alhamdulillah..

Before pergi attend training tu, me & my friends ada buat potluck. Saje2 je. Tujuan asal to celebrate birthday May babies among us. Hehe. Birthday aku kan bulan May.. (owh baru teringat free ticket GSC belum guna lagi!).

So untuk memeriahkan lagi sambutan birthday tu, masing-masing diminta bawa makanan / minuman / buah.. Pakaian mesti berwarna merah / pink. And.. Ada pula sesi pertukaran hadiah. Dah kata birthday celebration kan.. Harus la ada hadiah. Syarat yang ditetapkan: Hadiah mesti berharga at least RM30. Sehari je plan mana la sempat aku nak pergi menggagau cari hadiah berharga at least RM30 tu kan..

Nak tahu hadiah apa aku  bagi? Hehe.. Tengok gambar dulu lah..

 Secret Recipe cheese cake , tertulis nama kami peserta-peserta potluck. Hehe. Daripada 7 orang tu, 2 adalah mak orang, 2 isteri orang tanpa anak, selebihnya anak dara..

Inilah sebahagian daripada kami.. Preparation.. Masa ni lebih kurang pukul 11 rasanya..

Acara makan-makan bermula.. Meja penuh dengan makanan.. Makan-makan + chit chat + gelak-gelak

Di sebelah kiri ni adalah hadiah-hadiah yang dibawa.. Alaa tak nampak pulak hadiah aku yang cantik beriben bagai tu. Hehe masuk bakul angkat sendiri (dah tu siapa lagi nak angkat..)

Haa ini lah rezeki-rezeki kami.. Ada sandwich, mi goreng, makaroni bakar, keropok, puding, mister potato.. Alhamdulillah..

Lepas makan, sesi bertukar hadiah.. Undi dicabut, dan hasilnya... Yeayy masing-masing bergambar dengan hadiah. Sebelum sesi membuka hadiah pula.. Owh anyway kek di depan belum tersentuh.. Dah tak sabar nak tengok hadiah la katakan..

Aksi-aksi para pensyarah yang tidak sabar membuka hadiah ketika pelajar-pelajar mereka sedang cuti semester.. Chaiyok-chaiyok! Yang baju kurung merah kat tengah-tengah tu paling susah nak buka hadiah. (Haha hadiah dari aku la tu. Sengaja balut berlapis-lapis bagi tebal..)

And here we go.. Masing-masing bangga menunjukkan hadiah yang didapati.. =D Aku dapat hadiah tudung dari Kak Putri.. 

Dari kiri: Nisa (dapat choc gift set), Ainz (dapat tumbler), aku (dah bagitahu dapat apa), Suhana (dapat tempat letak sudu garfu), Afzan (yeayyy Afzan dapat one drop perfume dari aku!), Gee (dapat kain pasang - boleh buat baju raya), Anum (dapat bedroom slipper ELLE), and Kak Putri (dapat lilin wangi)..

Kami sangat enjoy potluck kali ni. InsyaAllah ada rezeki akan diteruskan lagi.. Maklum la, masa semester tengah berjalan, masing-masing sibuk dengan kelas..

Thursday, May 20, 2010

3 Months Anniversary

Salam..

Alhamdulillah syukur.. Tiga bulan usia perkahwinan kami..


Aku sangat bersyukur dan bahagia dengan apa yang aku lalui bersama suami sekarang.. Walaupun bersama hampir 10 tahun sebelum berkahwin, tapi masih banyak yang perlu kami tahu tentang diri masing-masing..

Untuk suami tersayang:
"Abang lelaki terbaik Allah kurniakan untuk i..
I bersyukur, walaupun Allah duga kita dengan perkahwinan jarak jauh ni.. 
Allah duga kita dengan perasaan rindu yang maha hebat ni..
I akan cuba untuk jadi lebih kuat..
I akan cuba sedaya upaya untuk bahagiakan abang..
Terima kasih sebab bagi segala-galanya pada i..
Abang kekasih i dunia akhirat.."

~ Sujud syukur padaMu.. Atas segala cinta....~

A.W.A.R.D

Salam..

Huhu cik izyan bg award kat i la u! Br sebulan jd blogger, ni 1st award. Hehe. Anyway thanks dear..

Tp award yang diberi ni datang dengan pakej.. Kena jawab soalan. Hehe nasib baik sikit je soalan.. Ok. Here we go...

1. Apa yang bermain dalam fikiran kamu sekarang?
   > Nak ajak darling husband pergi shopping next week. And pergi melancong next month. Haha!

2. Nama samaran kamu ?
    > Waniaza. Wani + Azhar sebenarnya. Tapi dah terbiasa jadi waniaza. 

 3. Berikan tiga orang yang kamu sayang
    > Diri sendiri, keluarga, darling husband

4. Panggilan untuk si dia
    > Abang / sayang / dear / mucuk / sweetheart / (biarlah rahsia...) =p

5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
     > Ermmm.. Apa ek.. Hmmmm susah nak jawab ni. Tak terfikir pun nak hadiah hebat-hebat. Tapi rasanya kalau si dia dapat pindah stay kat kuantan, kitorang dapat hidup bersama, tu la hadiah paling bermakna yang diimpikan.. =)

6. Blog mana korang suka follow?
   > Blog mana-mana je, yang best untuk dibaca, tak boring and ada gambar-gambar. Kalau tulisan je semua, boring nak baca.. Dan jugak blog yang tak terlalu serabut..

7. Bagi award ni kat 15 blogger lain dengan penuh penghormatan:
> Ouhh ramainya 15 orang nak tag. Hmmm.. 
1- Asna
5- Ryna
9- Nisa
10- Reha
12- Sha
13- Eira
14- Deena
15- Fafa

Wednesday, May 19, 2010

Slow Drivers: Lelaki ke Perempuan???



Salam 1 Malaysia.. Eheh patriotik jap.

Entry ni lebih kurang nak lepaskan geram la jugak.. Sebenarnya it is all about slow drivers. Urgghhhh.. Hakikatnya..

I HATE SLOW DRIVERS!!


Bukan la nak bagitahu yang aku ni gelojoh, kurang sabar kat jalan raya or else kan.. Tapi aku rasa memandu dengan berhemah tu bukan la bermaksud memandu dengan perlahan-seperti-siput-di-jalan-raya, tambahan pula masa orang sibuk on their way to the office!

At least fikir logik la kan, kalau rasa nak slow makan angin ke apa ke, drive la ke tepi sebelah kiri, bukan ke sebelah kanan lane jalan tu! Bagi la chance orang lain nak memotong.

Alkisahnya pagi tadi nak gi kerja, agak dah macam terlambat sikit.. Dah nasib agaknya, banyak pulak slow drivers atas jalanraya pagi tadi. Huhu. Kalau boleh nak je suruh semua kereta tu stop, bagi aku lalu dulu. Ehehe banyak cantekkk aku..!

Dan. Untuk pengetahuan, kesemua slow drivers tu adalah golongan lelaki! Biasa kan kita dengar lelaki merungut kata perempuan ni bawak kereta macam siput lah, apa lah.. Kan? Tp kejadian pagi tadi menimbulkan satu pertanyaan dalam diri aku: "Siapa sebenarnya yang siput???"

Hehe no heart feeling ye. Aku bukan nak salahkan lelaki. Just geram sangat dengan slow drivers yang drive slow tak kena tempat. Tak kira la lelaki ke perempuan ke..

Dan tak ku sangka ada jugak facebook "We Hate Slow Drivers!". Haha nak join boleh??

http://www.facebook.com/pages/We-Hate-Slow-Drivers/183971325532


p/s: Harap-harap balik kerja hari ni tak jumpa dengan slow drivers.. Amin..


Kalau slow driver tu drive kereta yang macam ni, aku tak la geram sangat kot. Ntah-ntah aku pun slow nak tengok kereta dia. Muahahahaha...

Tuesday, May 18, 2010

Album Kawin Kami

Salam...

Dah dapat custom album kawin.. Lama dah sebenarnye.. Tak sempat nak update. 3x dah nak buat entry pasal tu, tapi asyik masuk draft je. Lupa compress gambar. Hehe.

Overall.. Alhamdulillah.. Suka suka! Boleh la bagi family & saudara mara sepupu sepapat tengok pasni. & bulan depan nak bawak balik kampung husband bg family husband tgk jugak..

Sangat seronok tengok gambar kawin sendiri di custom album. Tak puas2. Hehe. Bawak pegi ofis pun dpt pujian. Hehe. Haruslah pengantin dipuji kn.. Ada ke org nk kutuk2 ckp pengantin tak lawa? Ada la kot.. Kat belakang mn la kita tau kn. Hurmmm...

Ok ni aku nak bg tengok sikit custom album kawin kitorang.




Sekian.. Terima kasih kerana sudi menonton.. =D

Nanti2 kita tengok gambar lg.. Weeehuuu..

Sunday, May 16, 2010

16 MEI 2010 :: MY 26TH BIRTHDAY

16 MEI 2010

HAPPY BIRTHDAY TO ME!



ALHAMDULILLAH DAH 26 THN AKU HIDUP..

Alhamdulillah.. Birthday ke 26 thn ni aku sambut sebagai seorang isteri.. =)

Alhamdulillah.. Dapat birthday present(s) yg sgt2 bermakna dr husband.. ;-)

Doaku sempena 16 Mei 2010 ni:

"Semoga aku dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang hidupku, dipelihara kebahagiaan rumahtanggaku, diberi kesejahteraan hidup oleh Yang Maha Esa, dan diberkati selalu.. "

Amin..

p/s: Birthday aku juga sama dgn Hari Guru.. Dan aku juga telah bergelar seorang pendidik.. Alhamdulillah.. Tuah 16 mei agaknye.. =)

Saturday, May 15, 2010

Hadiah Harijadi Dari Suami =)

Hmmm...

I'm very happy! =D

My birthday: 16th May , tp yg tak bestnye beloved hubby xdpt nak celebrate birthday aku thn ni.. Tp xpelah.. Aku tau dia xkn lupa.. =) And aku tak sedih pun. Sebab ada benda yg sangat menyeronokkan. Ngeeeee

Jeng jeng jeng..


Aku happy sgt sbb beloved hubby bg birthday present ni. Hehe. Alhamdulillah.. (p/s: Abang, i lap u lah! =D). Memandangkan lappy aku dah nazak (lappy lama tu dulu beli dgn bekas pakwe - skrg dh jd beloved hubby). Hadiah birthday paling awal aku terima (awal sehari). Excited lah kan..

 Mood: Sangat happy. Beloved hubby membuatkan aku sgt happy hari ni. Alhamdulillah.. =)

Thursday, May 13, 2010

Urrgggghhhh!!!

Salam..

Dah berapa hari nak update blog ni, tp wireless & broadband aku buat hal pulak. Kena tunggu abang balik. Masalhnye abang aku tu balik time orang dah tido.

Ni pun kat ofis curi2 masa update sket. Ofis ni pun satu hal jugak, air cond slow. Pendek kata macam takde aircond langsung lah. Mujur jugak aku dah bawak kipas isnin hari tu. Macam tau2 je aircond ofis ni buat hal. Dah la ada keje nak kena buat. Urghhhh...!!!


Hurmmm.. Tp beloved hubby cakap think positive. So aku tak boleh nak selalu sgt think negative. Ok ok. Ape ek yang boleh buatkan aku fikir positif.. Hmmmmmmm.. Hmmmmm... Yess! Yess!!

Beloved hubby akan pulang pagi esok. Hooyeahh! So, smileeeeeeeeeee.......

Owhh babies.. Kamu2 sangat comel!

Sunday, May 9, 2010

9 MEI 2010 :: RAIKAN IBU

9 MEI 2010 : SELAMAT HARI IBU, MA & MAK..

Ma, panggilan aku utk ibu yang kandungkan aku, lahirkan aku, didik aku dan doakan aku selama ni.. ASMAH BINTI MAMAT.

Mak, panggilan aku utk ibu mertua aku, yang kandungkan suami aku, lahirkan suami aku, didik suami aku, terima aku sebagai menantu, dan yang sentiasa doakan aku dan suami.. BADARIAH BINTI BISTANI.

Kalau nak cerita tentang pengorbanan sorang ibu, memang boleh menitis air mata. Takde sape boleh ketepikan pengorbanan ibu. Rasulullah pun suruh kita utamakan ibu daripada ayah. Kat situ dah nampak betapa tingginye darjat seorang ibu..

Aku pun sayang ma sepenuh hati. Dia ratu hati aku sampai bila2. Dia segala2nya bagi aku. (ohh no, air mata dah mula bgenang). Ma istimewa, sangat istimewa di mata aku dan adik beradik aku. Bagi aku, ma sangat positif. Bila aku diduga Allah, ma sentiasa bagi semangat, ma yakinkan aku yg setiap perkara Allah timpakan tu, ada hikmahnya, ada ubatnya..

Mak pulak, aku nampak betapa kuatnya dia, besarnya pengorbanan dia pada keluarga. Dengan mak aku belum berkesempatan kenal dengan lebih dekat, lebih rapat. Tp ada la suami aku bercerita pengorbanan2 mak.. InsyaAllah, aku dah anggap mak macam ibu aku sendiri. Aku nak sayang mak mcm aku sayang ma. Sbb skrg aku dah ada 2 ibu. =)

Ucapan buat ma & mak...

WANI SAYANG MA & MAK DUNIA AKHIRAT.. WALAU SEBAIK MANA PUN ORANG LAIN, XDE SIAPA PUN YG BOLEH GANTI TEMPAT MA & MAK DI HATI KAMI SEMUA.. LOVE U BOTH!

Ma (baju purple) dan mak (baju biru)

p/s: Hopely tahun depan aku pun blh sambut hari ibu.. =)

Wednesday, May 5, 2010

D.I.A.M

Salam..

D.I.A.M itu P.I.N.T.A.R ?

Pada aku, diam tak lah semestinya pintar. Tp kadangkala diam itu lebih baik dari berkata2. Aku pun memang 
sorg yg lebih suka diamkan diri (dlm kebanyakan keadaan lah).

Diam tidak semestinya membisu

Diam bererti memikirkan sesuatu

Tapi, kadangkala bila kita asyikdiam je, orang akan lebih tindas. Kena jugak bertindak. Manusia kan, bukan
senang nak cari yang sangat sabar. Memang lah sabar tu separuh sebahagian daripada iman.. Tapi kita cuma
manusia biasa..

Pengalaman aku sendiri.. Aku pernah difitnah. Oleh kawan sendiri.. Tapi takpelah. Aku yakin dengan Allah. Biarlah orang nak buat mcmana pun. Aku cuma DIAM, berdoa.. InsyaAllah..

Sama la kalau aku dicaci (yang aku tau la, yang aku tak tau mungkin lagi banyak).. Itu pun, aku DIAM jelah.. Walaupun hati pedih.. Lebih2 lagi orang yg mengata adalah orang yg terdekat.. Memang betul, lidah manusia lebih tajam dari mata pedang..

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,

yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.



Biarlah.. Sesungguhnya, DIAM adalah ibadah tanpa bersusah payah..



Monday, May 3, 2010

Kisah Kawin Kami #3 - Outdoor

Yeay! Ni part yg plg aku suka. Bgambar outdoor dgn sgt riang gembira, bsama suami (dah tentula) dan encik photographer merangkap abg aku. So nk posing tu xde la segan. Hekhek

Outdoor session ni ada 2 parts: 1 part pakai gaun pengantin ala2 fairy tale (kah kah perasan!). Part 2 pakai sempoi jek.. Casual.. Mak andam juga mak andam yg sama makeupkan aku masa nikah n masa sanding. Bulu mata palsu rozita cik wan tu mak andam pakaikan jugak masa nak pegi photoshoot ni. Tp rasa kelakar jek, aku cabut. Sambil terpikir : Rozita cik wan tu tak serabut ke dgn bulu mata panjang berjela gitu??? Isk3..

Orait bebeh. Here we go... Presenting...... (anggap la konon2 ada drum drum rolls.......)
=)

 Tenungan tajammu menusuk jantungku, jelingan manjamu menawan kalbuku. Auwww!!! (Gatal!)

Owhh this pic i like! So much! I'm lovin it! And i'm loving him! ;-)

Aku dah nak tenggelam dlm bulu2 tu. Mujur ada seorang putera kacak di sebelah dtg selamatkan! Hehe

Kami gembira bersama walaupun kakiku sakit pakai heels..Agegege

Owhh owhh this pic. I like it too! Too much!! Hebat lah encik photographer! Hebat lah couple dlm pic ni. Hihi. Sape setuju??? 

Kitorang memang betul2 gelak ni. Jgn cuba anggap kitorang gelak main2 tau. Sebab mmg gelak btl2. Tgk la gelakan (ada ke word ni??) kitorang tu. Ada nampak palsu??? Ngeeeee =D

Yg ni kitorang berposing sopan di tepi tasik.. Berlatar belakangkn jambatan gantung.. 

Ok ni last utk tatapan di sini. Ikutkan byk sgt2 gambar tp limited utk tontonan umum. Hehe mcm kedekut jek aku ni. 

Ok lah nnt sambung lg dgn pic outdoor lagi satu. Ngantuk sudah.. Lagipun xboleh nak update letak pic byk2 sgt. Sbb rindu makin membara pd encik husband. :'-(

Daaaa......