Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Friday, May 16, 2014

Mei 2014.. Hani dah 2 tahun..

Assalamualaikum..

Hari ni 16 Mei 2014, genap sudah 30 tahun aku hidup di bumi Allah s.w.t. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki, walaupun hakikatnya banyak lagi impian yang belum atau mungkin tidak akan tercapai.. 

9 Mei 2014, seminggu lepas, genap 2 tahun kelahiran princess kesayangan kami. Hani Qalesya bt Mohd Azhar. Dah besar anak ibu. Dah pandai macam-macam sekarang ni. Hani di usia 2 tahun sudah sangat petah. Masuk umur 2 tahun ni juga baru Hani menunjukkan minat untuk mengikut ibu dan ayah bersolat dengan bertelekung. Sebelum ni susah juga kami nak bersolat bersama, tapi dah masuk 2 tahun ni Hani lebih faham, walaupun ada jugak ibu kena kacau (tarik telekung, jerit-jerit, sepak kepala) masa tengah solat bila ketiadaan ayah sebab out station..

Tidak seperti tahun lepas, hari lahir Hani kami buat sambutan bersama ahli keluarga dan orang-orang masjid. Kami adakan doa selamat untuk Hani. Tahun ni, tiada sebarang majlis lagi yang dibuat. Perancangan ada, tapi mungkin kerana darling husband sangat sibuk, plan hanya tinggal plan. Tak tahu sama ada plan akan berjalan seperti dirancang atau tidak. Aku banyak plan sebenarnya, salah satunya melibatkan penghuni rumah tahfiz. Aku tak nak buat sambutan birthday anak dengan potong kek dan makan-makan semata, aku nak lebih dari tu. Aku teringin sangat minta orang-orang soleh doakan Hani Qalesya. Itu lebih bermakna bagi aku. Sebab tu tahun lepas jemput orang masjid, tahun ni aku plan pelajar tahfiz pulak. Tapi tulah. Aku seorang sahaja yang nampak beria.. Hmmm...

Tak apalah, yang penting doa ibu untuk Hani Qalesya tak pernah putus. Hadiah? Tahun ni aku belikan Hani basikal dan aku cadangkan darling husband belikan Hani emas. Hahaha. So hadiah Hani tahun ni adalah basikal dan cincin emas di jari kecilnya ;)

 

Sekarang Hani selalu buatkan kami gelak / geleng kepala dengan words / sentence yang keluar dari mulut dia. Antaranya:

- Aku tanya "Hani ada batuk tak kat rumah ma (pengasuh) hari ni?" Hani jawab "Tak kot.."

- Bila Hani nampak ibu ayam dengan ayam jantan kat halaman rumah, aku selalu bagitahu Hani "Tu ibu ayam, tu ayah ayam.. " Then Hani terus tanya "Hani dia mana??" [dalam pemahaman Hani, satu family mesti ada ibu, ayah dan Hani. Hani = anak. Hahahaha

- Kalau Hani nak 'ngecek' makanan apa-apa dari aku / darling husband, dia dah pandai cakap "Nak ciketttt" dengan suara comel dia. Lagi lawak, bila dia mintak susu (aku masih menyusukan Hani sebab dia tak nak botol susu kalau dengan aku) pun dia akan cakap "Nak ciketttt ibu.." Kadang tu sambil tengok tv ke, dia masukkan tangan dia dalam baju aku, sambil sengih-sengih dia cakap "Korek ape tuuuu..." Hahahaha

- Orang cakap memori budak kecik ni sangat kuat kan, ibarat span, semuanya diserap. Memang betul. Kami pernah bawak Hani ke beberapa aktiviti selawat / Karnival Cinta Rasul kalau ada yang berdekatan. Sebelum ni Hani suka tengok Ya Hanana kat tv dan aku selalu pasang qasidah / selawat nabi dalam kereta. Satu hari, aku pakai palazzo yang sama masa bawak dia tengok karnival tu di masjid Indera Mahkota dulu. Terus Hani tanya, "Jom Ya Hanana nak? Hani nak Ya Hanana kat masjid". Alolololoooo ingat pulak dia outfit yang aku pakai. Aku pun tak ingat kalau Hani tak cakap.

- Kalau weekend, nak bawak Hani keluar, contohnya malam minggu, selalu darling husband akan cakap "ayah dengan ibu kena solat dulu, lepas tu kita gi jalan ye". Sejak tu, bila Hani tahu kami nak bawak dia jalan-jalan, dia sendiri yang akan cakap "Hani nak solat dulu. Ibu solat, ayah solat. Pastu kita gi jalannn!". Terpaksa la ibu bagitahu Hani, dah masuk waktu baru boleh solat ye sayang. Sebab time tu waktu solat lambat lagi. Hehehehe

- Kalau nak makan, memang Hani diajar untuk tadah tangan baca doa dulu. So bila di rumah Nekma, makan dengan Tok Ayah ataupun Asyu, Hani pun arahkan orang lain tadah tangan sama-sama dengan dia, walaupun orang tu dah makan dulu sebelum dia. "Tok Ayah, bismillah!!" Sambil tunjuk tadah tangan kat Tok Ayah. Kadang tu ibu / ayah lupa, dah suap sikit kat Hani, Hani sendiri yang stopkan kami, terus tadah tangan. Tersentak, malu aku '__'

- Aku juga ajar Hani untuk minta maaf kalau buat salah. Hani ni ganas sikit, biasa la kan budak kadang-kadang dia throw tantrum, aku marah la jugak kalau dia nak baling semua barang especially bila darling husband out station lama. Now dia dah faham, bila dia tahu aku marah, aku akan cair bila Hani cakap "Ibu, nak mintak maaf " (dia sebut maah).. Pernah sekali tu Hani lupa agaknya word MAAF tu, dia cakap "Hani nak mintak emmm ermmm.. nak mintak ape ibu??" =D

Sesungguhnya aku nak sangat menikmati moments indah ni. Aku tahu saat ni takkan berulang.

Princess (pintes, bak kata Hani) tengah baca bku sambil pakai crown terbalik.

Budak suka buli ibu.

Ayah out station, ibu bawak Hani main kat pantai.