Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, August 30, 2010

Apabila esok cuti Merdeka...

Salam.. 
Salam Ramadhan dan Salam Merdeka... 
Huhu

Aku sedang bekerja. Itu sepatutnya. Tapi?
Aku takde mood!! Hari ni 59 orang staf bercuti mengikut rekod dalam sistem. Macam rekod masa musim raya je. Tapi ni belum raya lagi.

Students pun sama. Boleh pulak one of my students texted me last thursday, nak mintak postpone test. Alasan: Kelas lain semua dah cancelled, semua nak balik kampung (Jumaat cuti nuzul Quran, Selasa cuti merdeka, so mereka-mereka bercuti lama..).Hmmmm ikutkan hati tak nak la postpone, lagipun aku dah inform nak buat test dari 1st week of lecture lagi dah. Tapi bila fikir-fikir balik, if aku buat kelas jugak, buat test jugak, yang datang kelas tu ada la 2 ketul students. Mula la aku nak menjadi seperti king kong! So terpaksa la membenarkan.. Test postponed.. After raya pulak tu! Radha jelah..

Rupanya lecturers lain pun ramai bercuti.. Jadinya mood orang-orang yang tak bercuti ni sedikit terganggu. Agegegegege. Aku ni dari pagi tadi taip teaching plan tak sudah-sudah lagi. Dah la tension tak jumpa cari 'cop gajah'. Silibus aku tak bercop lagi ni wehh.. Lepas raya nak menyambut kedatangan sirim pulak. Siapa yang pandai ambik tak pandai simpan ni!!!! Grrrrr!!!


Maaf. Aku pada hari ini adalah sebegini. 30 Ogos 2010. Sehari sebelum Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 53.


p/s: Biskut raya snow almond aku (refer sini ye) sedap! Betul, tak tipu! Hehe. Nak buat lagi biskut raya lepas ni..

Sunday, August 29, 2010

Aktiviti Menjelang Raya

Salam..

Haishh sibuk sangat ke aku ni sampai dah seminggu tak update blog.

Biasa lah, nak raya kan. Hehe. Padahal persiapan raya tak la hebat mana pun. Tahun ni, kami suami isteri beraya bersederhana.. Baju raya pun tak la beli berpasang-pasang. Bagus sebenarnya bersederhana ni. Kena ingat jugak pada orang-orang yang kurang berkemampuan kat luar sana kan. Bulan baik ni, sangat la dituntut untuk bersedekah..

Ermmm semalam aku keluar sorang-sorang dengan tujuan nak beli keperluan. Bukan baju raya. Baju raya dah ada, kebaya Indonesia aku beli online dulu tak pakai pun lagi. So darling husband 'dipaksa' untuk beli baju melayu warna yang sama dengan kebaya Indonesia aku tu. Kekekeke.

Semalam kat bandar Kuantan teramat la ramai manusia.. Jadi rimas pulak. Manusia ambik kesempatan kan, Jumaat cuti nuzul Quran, Selasa cuti merdeka. So ramai yang cuti lama & ambik peluang shopping keperluan raya. Termasuk lah aku. Tapi ok jugak shopping sorang-sorang. Senang nak bawak diri.. (Sob sob sian si dia pun kena shopping sorang-sorang kat sana)

Pagi tadi pulak, lepas sahur & solat subuh, aku buat satu lagi biskut raya. Hihi teringin sangat sebab dah lama stop. Bahan banyak lagi. So tanpa berlengah pukul 6.30am aku dah mula. Ni kiranya biskut raya ke 6 kot aku buat tahun ni. Makmur, cornflakes, arab, almond london, choc chips, green princess. Eh ke 7 la. Kali ni aku buat SNOW ALMOND!

Taraa...!!


Rasanya ni biskut kedua paling 'mewah' lepas almond london. Dan agak leceh sebeb kena salut coklat & breadcrumb. Tapi aku nak jugak buat sebab ntah. Nak belajar. =D Dapat la 90 biji pagi tadi. 2x bakar. Pukul 9.30 am baru settle kemas dapur semua. Pastu baru aku tidur. Haha!


Ni cornflakes hari tu. Geng biskut arab ni, sebab senang yang amat nak buat. Adik-adik pun suka. A ah ek baru perasan. Adik-adik aku ni suka biskut raya yang seenang nak dibuat. Bagus betul!

Lepas ni nak buat lagi biskut raya. Biskut apa pulak ntah... Beria betul aku. Haha!

Sunday, August 22, 2010

20 OGOS 2010 :: 6TH MONTHIVERSARY

Salam..

Sebenarnya sangat sakit hati sebab dah berapa kali pos entry on 20 Ogos tapi asyik failed je. Kenapa ntah malas nak layan. So kali ni buat entry baru dengan tajuk yang sama. Untuk mencatatkan kenangan manis tarikh istimewa kami.. *wink*

Syukur Alhamdulillah genap 6 bulan kami sebagai suami isteri pada 20hb Ogos 2010.. Ecewahh.. Happy sangat2 sebab darling husband balik on that special day! Jadinya, harus lah ada special celebration kan!  Tambah-tambah, belum lagi merasa berbuka bersama sebagai suami isteri.. Eheheh suka la sangat. Takpe la bagi chance kan setelah 3 minggu tak jumpa, kali ni baru nak berbuka puasa & bersahur bersama. Walaupun cuma sehari dua. Owhh pasrah je lah.. Itu rezeki kami setakat ni. Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami selepas ni. Amin...

Sempena special day itu, i've made a special card for him. =) Simple je. Selepas berbuka (location: sri affa steamboat restaurant) i gave him the card. His reaction.....

*
*
*
*
*
*
*

=)
That's my handmade card specially for him. 
And the words inside the card... *wink wink*
(nagligivaget!)

Esoknya, i made a special moist choc cake! Yeayy my first try, and menjadi!! =D


Dah tak cantik baru nak snap..

That's all.. Semoga kenangan indah 10 Ramadhan 1431H menjadi ingatan selamanya..

--- Lepas ni, dah dekat nak raya baru dapat jumpa lagi... I will surely miss him damn much!

Tuesday, August 17, 2010

Corat-coret 7 Ramadhan 1431H

Salam..

Hari ni genap seminggu kita berpuasa. Maksudnya 3 minggu lagi nak raya! Yeayyy!!. 

Syukur, masih diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan bersama keluarga. Kelas di bulan Ramadhan agak meletihkan. Kering tekak ber'pot pet' di depan students yang pelbagai ragam. Alternatifnya, aku bagi kuiz / assignments / presentation sebagai usaha mengurangkan 'kemengantukan' mereka dalam kelas. Masa jawab kuiz semalam, ada sorang student sampai terlentok ke belakang kepala dia. Mengantuk sangat lah tu agaknya. Hehe

Hmmm.. Berpuasa dah masuk 7 hari, kuih /  biskut raya penghasilan aku ada la 4 jenis. Kuikui. Not bad jugak la kan, walaupun ada antaranya aku dah start buat (testing je sebenarnya) sebelum puasa lagi. Makcik aku siap request lagi nak rasa biskut raya aku. Rasa? Tahun lepas diorang bungkus bawak balik rumah diorang rasanya.. Hmmm.. Takpe. Rezeki. Setakat ni, kuih / biskut yang berjaya dicuba dan menjadi adalah:

1) Biskut almond london (yang ni serius rasa happy sebab dah pandai buat ;p)



2) Biskut arab (paling senang, dah 2x buat, adik-adik suka sangat-sangat!)

 (Adik aku si arissa, mintak tolong masukkan dalam bekas, dia masukkan dalam mulut dia sekali. Pasrah je kakak dia tengok biskut tak penuh-penuh)

3) Biskut makmur (kegemaran suami, nak tunggu suami balik Jumaat ni untuk rasa dan bagi markah ;D)
  - lupa nak snap gambar daaa
3) Crispy choc chips (yang ni aku buat sampai pukul 1am kat dapur sorang-sorang, alhamdulillah sedap, rangup & dapat banyak!)



Owh lupa! Sebenarnya ada lagi satu, biskut green princess. Tapi macam tak siap lagi sebab tbelum letak white choc atas dia. Lepas ni, nak buat lagi biskut raya sebab bahan-bahan semua aku dah beli, siap ada satu kotak khas berlabel 'Bahan projek biskut raya 2010'. Heh tipu je! Kotak tak berlabel sebenarnya.

Jadi, tolong doakan aku supaya berjaya menghasilkan biskut raya yang sedap banyak-banyak. Nak suruh mak mertua pulak rasa kali ni. ;-D

Ok nak solat subuh. Salam.

Sunday, August 15, 2010

Juadah Berbuka

Salam..

Hmmmmhh hari ke 5 puasa baru sempat nak update tentang juadah berbuka. Alhamdulillah syukur pada Allah.. Rezeki murah dengan makanan-makanan yang sentiasa ada.. Penuh meja makan..

Hari ke 5 ni aku masih belum berkesempatan berbuka bersama suami tersayang. InsyaAllah minggu ni kami akan berbuka dan bersahur bersama. Walaupun sehari / dua hari..

Ok back to the topic..

Hari ni 15 Ogos 2010, aku masak sebahagian daripada lauk berbuka.. Hehe. Apa yang aku masak eh? Kenapa aku sorang yang masak?? Sebabnya my mum keluar pergi shopping barang keperluan, kakak pun keluar ada hal, adik pun sama. So tinggallah aku di rumah, bermula 3.30 pm lagi aku dah mula ke dapur.. Tak jadi aku nak taip teaching plan depan tv..

Daging goreng kunyit, ikan celup tepung, pisang goreng, ayam goreng.. Itu yang aku masak. Lauk lain sambal belacan dengan sayur kubis masak lemak, my mum yang masak. Ma balik pukul 6 pm aku surrender. Penat ooo bersilat sorang-sorang kat dapur, masak sambil basuh baju (mesin la yang basuh), jemur baju, kemas dapur, basuh pinggan. Terhangus sikit daging masa lembutkan dalam kuali. Tapi orang tak perasan pun. Selamat. =D

Inilah juadah berbuka kami..


Oh ye. Yang hijau dalam mangkuk putih itu adalah kek lapis pandan, percubaan pertama aku untuk membuatnya semalam. Ada lebihan dalam peti, dan dah pun dihabiskan malam ni. Percubaan pertama pandan layer cake aku adalah tidak berapa memuaskan, walaupun rasa ok (abah cakap sedap! =p) tapi sedikit keras. InsyaAllah percubaan kedua nanti akan jadi lembut kek itu. Hehe


Close up sikit.. Hmmm.. Ni masa dihidangkan semalam. Aku namakan kek ni 'kek alien'. Hehe. Sebab warna hijau dia agak 'menusuk kalbu'! Tapi takpe, sebab aku tahu kenapa jadi macamtu. 

Siapa ada tips macamana nak cantikkan tekstur layer kat atas tu??


Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan..

Salam..

Esok, 11 Ogos 2010, hari pertama puasa untuk tahun ni..

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua.. 

Kali ni 1st time aku berpuasa sebagai seorang isteri.. Tapi tak dapat bersahur dan berbuka bersama suami.. Masih berdoa dan berharap agar kami dapat tinggal bersama secepat mungkin.. Amin..

Maafkan segala salah silapku.. Semoga amal ibadat kita diterima Allah swt.. Semoga Ramadhan kali ini juga membawa seribu keberkatan buat kita semua.. Amin..

Saturday, August 7, 2010

Sama-sama lah Kita Membantu Insan Ini..

Salam.. 

Nak share kisah menyayat hati seorang blogger ni.. Terjumpa kisah ni masa blogwalking.. Dan terasa bertanggungjawab untuk share dalam blog.. Lagi-lagi dekat nak puasa dan raya ni kan. Sebak sangat mengenangkan ada insan-insan bernasib macam ni..

Beliau yang dimaksudkan adalah Haryani Mat Hussin. Ibu tunggal beranak tiga yang hanya menumpang kasih dengan ibu beliau yang juga sudah uzur. Diduga Allah dengan penyakit kronik, diceraikan suami dengan talak tiga. Ya Allah.. Berat sangat ujian yang ditempuh..

Kisah beliau pernah didedahkan dalam Harian Metro 12/05/2010.. "Suami Enggan Kongsi Derita"-oleh Siti Zarinah Sahib.


Sama-sama lah kita bantu insan yang sangat memerlukan ni.. Siapa-siapa yang berkesempatan, boleh lah war-warkan info tentang beliau ni. Kalau bukan wang ringgit pun, doa dan usaha memanjangkan kisah beliau juga salah satu bentuk bantuan yang boleh kita sumbangkan. InsyaAllah..

Ni nombor akaun beliau:

MAYBANK

164034266923 (Haryani Binti Mat Hussin)

Blog beliau:


Sunday, August 1, 2010

Kek Kahwin Kami

Salam.. Entry yang sangat lama tertangguh. Dah 5 bulan lebih kawin, baru nak story. Takpe lah, blog sendiri kan, jadi buat la sesuka hati. ;p

Kali ni nak bercerita sedikit tentang kek kahwin kami. Dari awal lagi aku memang merancang tidak mahu terlalu membazir. Buat kek kahwin bertingkat-tingkat-tingkat (banyak tingkat sangat lah maksudnya tu), deco sarat berbagai-bagai lah. No no. That's not me.

So, aku decided untuk menempah kek yang simple sahaja. Aku tempah 2 biji kek, deco yang simple. Yang lain aku hias sendiri, using fresh flowers, based on idea aku dapat dari internet. Lupa dari website mana, sebab masa tu guna lappy lama, so semua dalam lappy lama.

Begini rupanya kek kahwin kami yang simple:



Bagi aku, kek hanya simbolik. Bukan perkara utama dalam sesebuah majlis, yang memerlukan aku untuk membelanjakan hampir ribuan ringgit semata-mata untuk kek. Baik aku gunakan duit tu, jamu keluarga / saudara mara makan besar lepas majlis.

Tapi apa pun, terpulang pada empunya badan. Kalau rasa mampu, apa salahnya nak habiskan duit pada kek. Terpulang.. Jangan samai berhutang sebab nak kahwin, sudah lah. Itu sangat lah tidak patut.