Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Thursday, January 27, 2011

Oreo Cheesecake.. Yummeyhh!!

Salam..

Kali ni aku terasa nak story tentang oreo cheesecake. Aku ni suka sangat collect resipi. Tapi try buat resipi tu jarang sikit. Tengok masa yang available. Eh macam tipu je. Sebenarnya tengok kerajinan yang ada. =)

Oreo cheesecake ni kali kedua aku buat. Sebelum ni tak sempat snap gambar. Ni pun setelah adik-adik dengan darling husband request. Aku sebenarnya tak ada talent pun bab-bab buat kek ni. Biasa aku buat kek batik (ye ye tahu, kek ni semua orang pandai buat), kek pandan layer, kek coklat kukus yang sangat moist. Tu je kot.Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi. Tapi yang aku list kan ni semua yang jadi lah. Yang tak jadi tu aku tak nak ingat dah. '__'

So nak selamat, pilih resipi yang sangat simple. Oreo cheesecake yang tak perlu bakar, tak perlu kukus, tak perlu banyak steps, tak perlu guna telur. Masuk dalam fridge je.


 Ok. The steps are:

(1) Antara bahan-bahan penting. Cream cheese 250g, whipping cream sekotak kecil, oreo 2 paket, fresh milk 80ml. Bahan lain adalah gula castor 80g, butter sikit dan agar-agar cair / gelatin halal (untuk kentalkan kek).

(2) Cream oreo yang dah selamat dikeluarkan. Arissa adik bongsu aku suka sangat ratah cream ni, so aku keluarkan lah. Kalau tak ada orang yang nak ratah, aku campur je dalam bahan-bahan cheesecake ni.

(3) Biskut oreo yang dah dibuang cream. Ada yang aku kisar halus, ada yang tak kisar. Yang kisar untuk buat base cheesecake. Yang tak kisar untuk hiasan atas dan tengah-tengah kek.

(4) Oreo kisar digaul dengan butter yang dah dicairkan. Mampat-mampatkan sepenuh hati, then masukkan dalam fridge. Boleh move to the next steps.


Sebelum nombor (5) tu, pukul cream cheese dan gula castor sampai jadi ringan, then masukkan pula fresh milk dengan whipping cream. Masukkan agar-agar cair sambil pukul lagi adunan.

(5) Tuang separuh dari adunan ke atas base yang dah disejukkan tadi.

(6) Susun beberapa keping oreo ke atas lapisan pertama.

(7) Aku tabur jugak sikit oreo kisar. Oh lupa nak cakap. Adunan tu pun aku letak sikit oreo kisar. Kalau tak nak pun takpe, so adunan jadi putih melepak. =)

(8) Tuang baki adunan untuk jadikan lapisan kedua..


(9) Susunan oreo aku tak cantik sebab tak perasan ada lagi biskut yang tinggal. Ingatkan dah habis, so susun je ikut suka hati. 

(10) dan (11) Hasil oreo cheesecake aku. Ini je yang sempat aku snap. Tu pun terpaksa sorok takut adik-adik aku Arissa and Ariff kerjakan. 

Alamak. Lapar...

17 comments:

mummychacha said...

sedapnyer..nak sikit....

dah lama akak tak buat kek cheese...org order ada byk,tp akak dah tak buat sebab mood baking takde lg hehehe..

PuaN su SU said...

laparrrr la tgk kek nie..pos sini,,,he he he

asna cute said...

kak! asna nk try sgt2 tp xfaham part agar-agar cair tue. macam mane buat agar-agar cair tue? plz kak.. asna dah terliur dah nie hehe nak buat jugak =))

Mrs Azhar said...

k.izan, alamak segan laaa otai kek baca resipi yg amat simple ni. presentation kek pun failed. hehe

pn su su, pos? hehe xsmpt nk pos dh abis dh pun. =)

asna, agar2 cair tu, akak just cairkan agar2 tali tu.. means masak agar2 la.. tp sebenarnya guna gelatin pun boleh.. akak xjumpa gelatin halal. so guna agar2 je.. agar2 tu dlm 200ml. gula 80g, fresh milk 80ml.

eMMe said...

salam wani~ lame tak lepak sini, senyap2 rupenye dia buat kek cis! la yea....hehehe...kalo cis, mmg mE tak tolak, sukeeee....sedap tu nampak nye...

Mrs Azhar said...

emme, hahaha senyap2 bukan sbb bz buat ciskek. tp buat2 bz. ngeee... sedap eh? mmg pun. haha angkat bakul

asna cute said...

dah siap semua tue kena masukkan dalam frigde balik x kak utk bekukan cream td?

Fiza Z. Abidin said...

wah...nampak sedap, nanti fiza nak cuba lah :) bahan2 dia ada kt dlm peti ais tu..tp tulah sb mkn berdua je mcm kene buat adunan kecik sikit lah tu tkut nnt tak habis lak..

Mrs Azhar said...

asna, a ah lupa nk tulis. masukkan dlm fridge balik dlm 4,5 jam. br la sedap sesangat masa mkn tu. heaven! cpt asna, cpt p beli bhn & buat. pasni ltk dlm blog ek. hehe

Mrs Azhar said...

fiza, wife kucai kan? smlm ada bcerita dgn husband pasal u all. =) buat lah.. mkn bdua pun xpe, sbb blh smpn dlm fridge kan. tp percayalah, jap je dh licin.. =D

.:Mrs. Engineer:. said...

sedap nye... :)

Mrs Azhar said...

mrs engineer, a ah sdp. tq. =)

asna cute said...

hehe asna nak buat kek bufday utk hubby.. so, rahsia2 dulu hehe ;D hope nanti 1st time buat jadi la keke =)

Bufday dia next month. xlama dah hehe

Mrs Azhar said...

asna, ooowhh i c.. insyaAllah mesti jadi punye.. senang je tu. =) nnt jgn lupa buat entry tu tau. =)

Anonymous said...

Hi..leh x tlg postkn kandungan utk bahan2 ug nak guna? Tq..

Mrs Azhar said...

anonymous, xpaham la. nk mintak post kan entry pasal bahan2 buat oreo cheesecake ni ke? insyaALLAH nnt sy buat ye

AsmaAqilah said...

nak wat la..please follow me back ye :)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D