Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, December 26, 2012

Menjelang Januari 2013.. Risaunya hati..

Assalamualaikum..

Lagi beberapa hari nak masuk tahun 2013. Ada sesuatu yang aku tengah risaukan sekarang ni.....

Hani Qalesya pun lagi beberapa hari genap 8 bulan. Di usia 7 bulan lebih sekarang ni, Hani dalam fasa nak berdiri. Hani cuma pernah meniarap dalam 3 kali macamtu je, lepas tu dia duduk. Sampai lah sekarang, Hani tak meniarap. Kalau meniarap pun sekarang dia akan bising panggil orang suruh angkat. Sakit dada kot. Hehe.

Itulah Hani Qalesya. Tak meniarap pun, terus duduk. Sekarang daripada duduk dia sibuk mengesot, dan sibuk nak berdiri, paut-paut kat sofa, meja, macam nak berjalan tu. Kalau duduk atas katil, dia akan gerak ke tepi, jenguk ke bawah macam nak terjun katil. Berderau jantung aku. Tak takut tinggi rupanya Hani oiii.. Phewwww~~ Tak tahulah Hani nanti akan merangkak ke tak.. 

Gigi pun belum ada. Cuma ada nampak putih pada gusi bawah dia, sebelah kanan, macam nak keluar gigi. Hani jugak suka sangat masukkan dalam mulut hampir semua benda. Bila cakap 'no, no, no', dia tak jadi masukkan, dia sengih. Tapi itu cuma untuk beberapa saat. So terpaksa la ibu monitor barang-barang sekeliling Hani yang akan masuk ke mulut tu. Yang peliknya, teether Hani tak suka, benda lain suka..

Ok sekarang ni yang aku risaukan, mulai bulan depan, kami terpaksa hantar Hani ke taska.. ;( Berat sangat hati aku sebenarnya nak hantar dia pada orang lain. Sebab sebelum ni kan sejak dia umur 2 bulan, mak aku yang jaga. Tapi Nekma Hani tu nak pergi umrah, insyaAllah awal Februari nanti.. So terpaksa la carikan taska untuk Hani. Dah ada pilihan kami, taska tu aku yakin sebab ada 2 orang office mate hantar baby diorang ke sana, ok. Kalau cerita pasal kes-kes baby kat taska ni banyak sangat dengar yang buruk-buruk kan, so aku takut sangat. Taska ni insyaAllah, aku dah pergi dengan darling husband, satu hala nak ke pejabat aku, tempat pun baru lagi, baby pun dia ambik tak ramai..

Walaupun aku yakin, aku tetap risau. Hani sekarang dah kenal ahli keluarga terdekat dia, dengan orang yang dia tak biasa memang dia tak nak, memang dia nangis mula-mula. Lagi pulak kalau orang tu cakap kuat sikit depan dia, contohnya macam ''E eh comelnyee headband dia.. Alaaa comel comel meh sini, meh kat auntie.... ''.. Haa memang nagis la Hani. Hani ni dia cuma nak kalau orang tu senyum, cakap lembut-lembut je dengan dia.. Kalau lelaki, kebanyakannya memang dia reject terus. Lagi-lagi kalau lelaki tu badan besar, berjambang, kulit gelap, nangis kuat la Hani jawabnya. Haha. Teringat masa aku pergi supermarket, depan pintu supermarket, aku dukung Hani, baru je masuk ada staf lelaki tu senyum kat Hani, dia tak cakap apa pun, senyum je sambil aku lalu tu, tapi Hani nangis sampai merah muka. Dah la dia kalau nangis merah habis kening hidung muka semua. Hihi si manja aku tu...

So harapnya kat taska nanti dia tak la nangis sangat-sangat. =( hari-hari aku berdoa dipermudahkan semuanya, semoga Hani dapat biasakan diri kat tempat baru dia nanti. Lama tu nak tinggal setiap hari 8 am sampai 6 pm. Sob sob :'(


"Hani sayang.. Nanti jangan nangis ye sayang.. Ibu tinggal Hani kejap kat school, Hani main dengan kawan-kawan ye.. Hani good girl kan...Balik kerja ibu cepat-cepat pergi ambik Hani ye.. Hani tunggu ibu tau'.."

Thursday, December 6, 2012

Update terkini Hani Qalesya

Assalamualaikum..

Haihhh banyak sangat perkara-perkara tentang perkembangan Hani Qalesya yang tak tercoret di sini. =( 

Ada hari memang macam tak cukup 24 jam, ada hari tu macam malas, tak ada mood nak update, ada hari jugak aku sibuk uruskan perkara baru dalam hidup aku.. Banyak lah benda-benda yang menyebabkan tertangguhnya entry baru dalam blog ni.. 

Sekarang Hani dah lebih 6 bulan. Lagi 3 hari je nak masuk 7 bulan. Aku selalu cakap dengan darling husband, tak nak Hani membesar cepat sangat. Nak Hani jadi baby selalu. Aku pun rindu Hani masa dalam perut. Memang rindu. Setiap saat bersama Hani pun aku rindu. Masih juga terkenang hari keempat Hani di dunia, sampai umur dia dalam 3 bulan macamtu (tak ingat exact date), betapa teruk keadaan kami suami isteri nak adapt dengan situasi baru. Hani masa bawah 3 bulan sangat sangat cranky. Masalah kembung, masalah menangis siang malam, masalah susu tak serasi.. Ohhh aku bersyukur Allah uji kami sebegitu. Dalam pantang biasanya aku tidur lebih kurang 2 jam sehari. Sahaja! Bila habis maternity leave, geram sangat sebab semua pakaian longgar, gelang, cincin semua kena bukak sebab kurus sangat. '__' Tapi kini aku dah gain semula my fat. Haha. Berat terkini 47kg, Hani Qalesya 6 bulan++ 7.060kg.

Kalau dulu Hani cranky, sekarang Hani cheeky! =)

Kalau kat rumah, Hani jarang sangat menangis. Kadang-kadang tak buat apa pun, senyum je kat dia, dia akan ketawa mengekek-ngekek. Aku memang selalu main, agah-agah Hani. Aku tak akan biarkan Hani boring sorang-sorang. Hani bunyi ek-ek sikit pun aku tak biar. Ma cakap kami manjakan sangat Hani. Sebab tu kalau kat rumah Ma, masa kami suami isteri kerja, Hani kadang-kadang moody. Dia tak biasa tak ada orang layan dia. Ye aku mengaku, kami jadi macam sekarang ni sebab FOBIA. Kami fobia keadaan dulu akan berulang. Kami fobia anak menangis non-stop dari lepas maghrib sampai subuh. Sebab tu seboleh-bolehnya kami elakkan dia dari menangis.. (Tapi kadang-kadang geram jugak dengan darling husband sebab biarkan anak menangis. Katanya nak ajar supaya Hani tak manja sangat. Tapi aku tak boleh tengok. Bagi aku cukup-cukup lah dia menangis, aku pun menangis masa dulu. Huhu.) Walaupun selalu jugak masa badan penat, tapi tetap layan Hani bergembira. Aku percaya komunikasi dengan anak akan bagi kesan baik pada perkembangan dia nanti. Dari dalam kandungan lagi aku dah amalkan. 

Hani sekarang ni ada Monday blues. Setiap Isnin, bila dia dengan Nekma dia, mula la moody. Serba tak kena bak kata Ma. Sebab dah dua hari, Sabtu Ahad tu Hani bersama kami ibu dan ayah dia, lagi pulak kalau bawak dia jalan-jalan (biasanya akan keluar kalau darling husband tak kerja). Mula la dia manja lebih hari Isnin tu. Susu tak berapa nak minum. Makan bubur pun tak habis.. Hai lah anak manja kesayangan.. =) Tapi by Selasa tu Hani dah ok. Lagi pulak adik-adik aku ada kat rumah cuti sekolah ni..

Solid food Hani sekarang ni favourite dia adalah bubur nasi campur kurma. Kadang-kadang campur sikit susu badan. Suka manis budak ni. Setiap dua hari aku akan masak bubur kosong, letak kurma yang aku simpan siap-siap. Kurma tu aku rebus, buang kulit, lenyek dan tapis. Bila bubur dah masak dan larut dengan kurma tu, aku tapis lagi sekali untuk dapatkan tekstur yang halus. Hani baru 6 bulan kan, aku tak nak dia sembelit. Buah pun kalau aku blend aku akan tapis dulu. Air masak pun Hani suka minum. Kalau kat rumah, aku biasanya suap dia makan dengan air zam-zam. Guna sudu je sekarang. Tapi ada niat nak beli sippy cup once dia dah pandai pegang nanti.. Untuk bagi makan Hani, aku akan pasang vcd belajar alif ba ta dia, sambil nyanyi-nyanyi masa suap dia. Kalau bagi mainan je, nanti Hani asyik tengok bawah je, susah nak suap. Pasang vcd dia tengok ke atas, senang sikit. =) Dia pun duduk diam la jugak (kadang-kadang je sibuk nak pusing, nak bangun dalam Bebepod Seat dia tu.

Uihh dah berapa banyak perenggan ni cerita pasal Hani. Letak gambar-gambar Hani la pulak..

Dari atas: Car seat tu kami dah let go pada kawan. Hani guna sampai 6 bulan. Tapi tak pernah guna as a carseat. Cuma attach pada stroller sahaja. Masa 6 bulan pun Hani dah tak berapa selesa kot, dia protes duduk dalam tu. Gambar atas, kanan: cara dia protes nak turun. Duduk ntah apa-apa, supaya ibu angkat dia. Akhirnya dia berjaya, ibu dukung Hani sambil tolak stroller kosong. '__'

Gambar tengah, kanan: Keseronokan nak mandi. Hani ni bila buka baju, dia dah tahu dia nak mandi. Seronok tak terkata la, tersengih-sengih.. Gambar bawah, kiri: Hani bersama sepupu beza 5 bulan. Iman Isabella yang selalu kaki dia jadi mangsa cubitan Hani. Haha. Hani geram tengok Iman pakai sarung kaki dia dulu kot. '__'

Last sekali, my favourite picture, my favourite moment, dua insan kesayangan hati aku:

Walaupun tak pasang vcd, Hani tetap behave makan disuap ayah. That's my girl. 
Ayah Hani pulak, walaupun Hani tak pakai bip, pakai sapu tangan je kt dada tu, 'kecomotan' dia adalah minimum. Pandai jugak ayah Hani suapkan sampai licin bubur. That's my man. =)





Tuesday, November 20, 2012

Hani yang suka mandi :-)


posted from Bloggeroid

Tuesday, November 6, 2012

Examo, Susu Biolac.. Siapa pernah cuba??

Assalamualaikum...

Ada tak sesiapa pernah try kedua-dua produk Dr Azizan ni? Aku macam teringin nak cuba, tapi nak tahu juga pengalaman orang-orang yang pernah mengamalkan. Examo tu ingat nak try juga bagi pada adik aku yang susah nak belajar tu. Susu biolac sesuai ke untuk baby yang kembung? 

Kalau sesiapa ada pengalaman, mohon share.. Thank you in advance! =)


Thursday, November 1, 2012

Aidiladha 2012 :: Beraya bersama Hani & my family! =)

Assalamualaikum..

Masa raya Aidilfitri tahun ni aku sedih, tak dapat raya dengan family di Kuantan sebab turn beraya dengan family sebelah mertua. Tak nak tipu, memang tak boleh banding keseronokan beraya dengan mak ayah sendiri berbanding dengan mak ayah mertua. =)

So kali ni aku happy dapat beraya dengan ma abah kat Kuantan, biarpun petang tu kami dah bergerak ke Macap Johor pula.. Kalau ikutkan turn, tahun ni Aidiladha disambut di Kuantan je, tapi darling husband bersama adik-adik dan keluarga belah sana masuk korban, tumbang seekor lembu dan buat akikah anak saudara 2 ekor kambing. Maka wajiblah balik sebab ada kenduri.. 

Kali ni Hani Qalesya dah kenal orang sekeliling, so sangat cranky dia masa kat kampung. Dengan mak abah sebelum ni (masa raya puasa) Hani ok je, tapi kali ni nangis! Asyiklah ibu dia ni dukung je, nak berkepit je anak dara aku tu sepanjang kat kampung. Kalau dengan ibu ayah dia ni agah boleh je gelak terkekek-kekek, tapi kat sana nak senyum pun susah. Mungkin Hani rasa 'terancam' dengan orang sekeliling yang dia tak kenal tu.. Hani mewarisi ibu dengan ayah dia jugak masa kecik dulu. Takut kat orang! Hehe.

Anak dara kesayangan, sibuk nak duduk je dia sekarang. Mulut comot ibu umpan susu masa nak bergambar. Baju raya dulu pakai besar, sekarang dah ok. Kasut ibu pakaikan jugak, tapi Hani kalau pakai kasut mesti tertanggal.. =)


Bagi ma dengan abah aku, kali ni raya semua anak menantu dan cucu ada berkumpul. Seronok. Aku pun happy tengok ma dengan abah happy. Tak menang tangan layan cucu. Baru tiga orang. Anak abang aku setahun 4 bulan, anak aku 5 bulan setengah, anak adik aku baru 10 hari masa tu. Lagi seorang cucu incoming, anak kakak aku, dalam perut baru 5 bulan.. =)

My family. Masa ni gaya bebas. Hani terpinga-pinga kenapa ibu angkat dia, ibu yang over excited. Padahal Hani suka sangat kalau orang julang dia. Tu baby 10 hari terteleng, kesian.. Budak setahun lebih baju hijau tu pun kena umpan bola, baru nak duduk diam.. =)


Kesayangan keluarga, Shay Akill & Hani Qalesya.. Ada iras kan?? =) 
Susu tu Hani taknak minum pun. Lagi-lagi ada ibu di sisi, memang Hani reject la susu tu..

Thursday, October 11, 2012

Hani Qalesya Dah 5 Bulan..

Assalamualaikum...

Cepat sangat masa berlalu kan. Rasa macam baru je lagi pos entry pengalaman saat membawa Hani ke dunia. Sekarang dah pandai macam-macam dah anak dara aku tu.. How time flies....

Alhamdulillah, syukur sangat Hani membesar depan mata. Syukur sangat-sangat tinggal dekat dengan keluarga, mak sendiri yang tolong jaga Hani sepanjang kami bekerja mencari rezeki. Aku juga perasan, kasih sayang pada keluarga, pada Ma terutamanya, semakin mendalam semenjak adanya Hani.


5 bulan, Hani semakin nakal. Yes. Hani juga sangat la tak duduk diam. Aktif. Tak sangka, dulu Hani sangat cranky, dalam pantang Hani jenis yang menangis malam sampai ibu kurus '__'. Orang lain dulu takut nak pegang Hani, takut dia menangis. Nekma cakap Hani sangat manja. Pantang suara kuat sikit, menangis.

Tapi sekarang ramai dah puji, Hani tak macam dulu. Hani sekarang suka sengih kat orang. Hani suka jalan-jalan. Tangan dan kaki sangat aktif. Tapi satu aku geram, Hani tak nak dah meniarap. Masa 3 bulan, Hani mula meniarap. Ada la beberapa kali je. Sekarang Hani dah tak nak. Kalau letak telentang, Hani akan angkat kepala dan kaki dia, bebel-bebel nak bangun. Hani lagi suka duduk, walaupun masih lagi assisted.


Berat Hani tak naik banyak sangat. Masa 3 bulan tu Hani bermasalah dengan susu. Sekarang pun tak la banyak sangat consume susu setiap hari. Kalau siang dengan Nekma, sekali minum kadang-kadang 2 oz, kadang 3 oz. Kadang 1 oz je dia nak. Pastu bila ibu balik pukul 6pm, direct feed dengan ibu macam balas dendam. Sampai tengah malam tak nak lepas. Hani, Hani... =) Masa menyusu sekarang ni tangan sibuk raba muka ibu, korek mata ibu, mulut ibu. Kadang-kadang pandang muka ibu, sengih-sengih, mulut start nak bebel, tapi susu tak nak lepas. Mula la nak main tarik-tarik. Ouchhh! Haishhh gigirl ibu ni..

 Ni masa Hani genap 5 bulan. Rutin Hani, bangun dekat-dekat 6am, main-main dengan ibu dan ayah macam tak nak bagi ibu ayah pergi kerja. =)


Thursday, October 4, 2012

2 Okt 2012 : Aku Kehilangan Mok..

Assalamualaikum...

Tanggal 2 Oktober 2012, pagi Selasa yang tenang, satu-satunya nenek aku yang tinggal, telah pun menghembuskan nafas terakhir. Masa bersiap nak pergi kerja, ma datang sambil menangis, ma cakap nak pergi tengok Mok, malam sebelum tu ma dah pergi sebab mok sakit. Aku berderau bila ma cakap 'tak tahu Mok ada lagi ke tak'.. Bila sampai rumah acik (tempat Mok tinggal), aku nampak ambulans, ingatkan nak bawak Mok pergi hospital. Tapi sepupu aku cakap 'Mok dah takde, dik...' Innalillahiwainnailaihirajiun.. Aku peluk sepupuku Kak An, berkali-kali aku tanya, 'betul ke ni Kak An?'.. Mok pergi selepas beberapa tahun menderita penyakit kencing manis. Sebelah kaki Mok dah buruk, dah kena potong sikit. Mok pun dah tak boleh berjalan.

Aku ingat lagi, masa kami baru kahwin (kiranya 2 tahun lebih dah), masa tu Mok di rumah ma, ambulans datang rumah pukul 3 pagi bawak Mok ke hospital. Mok tak sedarkan diri. Mok hypo. Kami dah bacakan Yassin keliling Mok masa tu. Saudara mara pun dah berkumpul kat rumah ma. Tapi Alhamdulillah, umur Mok masih panjang masa tu. Dalam masa beberapa tahun ni, ada la beberapa kali Mok keluar masuk wad.

Kali terakhir aku jumpa Mok adalah pada 16 Ogos, 3 hari sebelum raya. Memandangkan raya tahun ni aku balik kampung suami, aku pergi jumpa Mok sebelum balik kampung. Masa tu sedih jugak sebab tak dapat beraya kat sini, berkumpul pagi raya dengan anak cucu cicit Mok. Sempat juga aku hulurkan duit raya untuk Mok. Masa tu Mok nampak biasa je, borak-borak, tapi Mok tak mampu puasa dah..

Tak sangka, itu kali terakhir aku jumpa Mok. Aku ralat sangat sebab tak pergi tengok Mok lepas raya dulu, sampailah Mok pergi tinggalkan kami semua. Padahal bukan jauh pun.. :'( Angpau raya untuk Mok pun masih ada lagi aku simpan, tak kesampaian nak bagi..

Yang lagi sedih, sehari sebelum pemergiannya, 1 Okt tu hari lahir Mok yang ke 70 tahun.. Aku dah plan nak keluar belikan tudung sebagai hadiah hari lahir untuk Mok. Sehari sebelum tu jugak aku berbincang dengan ma nak buat makan-makan untuk raikan Mok. Rupanya tak sempat. Mok yang bagi 'hadiah' pada kami semua..

Mok disemadikan selepas zohor, betul-betul di sebelah pusara arwah suaminya, yang kami panggil Ayoh.. Semoga arwah datuk-datuk dan nenek-nenek aku tenang di sana, dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah.. Al-Fatihah..


Sunday, September 16, 2012

Wednesday, September 12, 2012

Wordless Wednesday #10


posted from Bloggeroid

Saturday, September 8, 2012

Kisah Susu Hani

Assalamualaikum..

Baru berkesempatan nak buat new entry. Banyak sangat cerita tentang Hani, perkembangan Hani, tapi semuanya tak sempat nak dicoretkan. Adanya Hani, jadual harian aku pun berubah. Totally changed. Sekarang ni balik kerja sampai rumah pukul 6pm, terus ambil Hani bawak balik, maikan dia, then gilir-gilir mandi dengan darling husband. Lepas maghrib makan cepat-cepat, then tidurkan Hani. Hani tidur nak berkepit sekarang, so ibu Hani ni tidur sekali lah. Pukul 12 am, atau 2 am, atau bila-bila sebelum subuh, bangun solat isyak dan buat kerja rumah. Basuh pinggan, basuh baju, gosok baju etc..

Berbalik pada kisah susu Hani. Hani fully breastfeed hanya sehingga kira-kira 2 bulan. Itu pun masa minggu awal lahir, Hani dah consumed Similac di hospital. Hari ke 4 baru susu keluar. Bila aku nak mula kerja, latih Hani minum susu dari botol. Tak ingat berapa kali Hani refused. Beberapa kali jugak aku tukar puting. Akhirnya Hani terima puting Pigeon peristaltic nipple. Alhamdulillah, sampai sekarang guna puting tu.

Tapi sedih sangat, Hani tak nak langsung minum susu aku yg dah dibekukan. Aku buat stok EBM dari dalam pantang, penuh fridge. Tapi berkali-kali Hani tolak. Mungkin sebab EBM dah berubah rasa, dia tak suka. Sebab Hani aku ni cerewet sikit. Macam sekarang, nak minum susu, Hani terima yang panas je. Suam sikit dah tak nak. Walaupun dah rendam dalam warmer 40 darjah celcius. Lama-kelamaan, semua stok susu aku dibuang, dan aku dah malas buat stok beku. :-(

Umur sebulan, Hani menangis teruk. Dari dalam pantang sebenarnya. Bawak berubat, bawak jumpa doktor pakar. Doktor sahkan Hani kembung agak teruk, perut dia sangat sensitif. Hani ada lactose-intolerant. Dia alah oada lactose dalam susu aku. Masa tu masih fully breastfeed. Dua bulan kami tak tidur malam sebab Hani selalu kembung. Itu jugak menjadi sebab berat badan aku drop secara drastik, dari 52kg awal mengandung, 60kg sebelum bersalin, 48kg selepas bersalin, jadi 43kg sahaja selepas 2 bulan ada Hani..
:-)

Disebabkan tiada stok susu, Hani consumed Similac LF, susu tanpa lactose masa aku start kerja. Siang minum Similac LF, malam menyusu dengan aku. Tapi selalu jugak balik masa lunch hour untuk direct feed Hani. Masuk tin kedua, Hani menangis-nangis lagi, tolak Similac LF. Jumpa doktor lagi, tukar pada susu soya Isomil pula. Susu fomula yang ketiga bagi Hani. Isomil ok dengan dia, Hani tak pernah dah kena kembung.

Tapi, minggu selepas raya, Hani mula tolak Isomil. Mungkin sebab Hani dah pandai rasa, lagipun adik aku cakap Isomil pahit! Kami tukar lagi, cuba bagi susu cow-based semula. Beli Dulac EC. Hari pertama Hani minum, hari kedua Hani kembung semula. :'( Malam tu jugak pergi cari susu kain, based pada list susu yang doktor suggest untuk dicuba. Kami belu Novalac AC. Setakat hari ni, baru sehari Hani minum. Hopefully dia ok dengan susu ni. Aku tak sanggup tengok dia kembung lagi.. Doktor cakap, perut dia sangat sensitif. Dia mewarisi aku. Banyak angin. Masa mengandung kan aku heartburn teruk. Masa kecik pun, ma cakap aku macam Hani, banyak kali tukar susu..

Hani, ibu dengan ayah tak sanggup tengok Hani kembung lagi, sayang.. Kami harap Hani membesar dengan sihat. Minum susu ibu banyak-banyak ye sayang..
posted from Bloggeroid

Thursday, August 16, 2012

27 Ramadhan, Hani 100 hari

Assalamualaikum..

Tinggal lagi dua hari nak sambut raya 2012, Hani Qalesya dah genap 100 hari. Syukur Alhamdulillah, Hani semakin sihat, semakin pandai, semakin lasak, semakin banyak berjaga, semakin buat ibu dan ayah geram dan bertambah-tambah sayang.. =) Lepas raya kita cucuk 3 bulan ye, sayang..

Hari ni hari terakhir bekerja sebelum raya, kalau ikutkan esok nak apply cuti, pagi-pagi kami nak pulang ke kampung darling husband. Tapi CEO baik hati bagi flexibility untuk datang punch, bermaaf-maafan dan balik. So, jimat cuti satu hari. =)

Ramadhan tahun ni sangat-sangat berbeza. Dikurniakan Hani dalam hidup kami, aku tak cukup dengan sehari 24 jam. Tapi syukur, dapat tengok anak membesar depan mata. Syukur, tinggal dekat dengan rumah keluarga aku, banyak membantu kami suami isteri masa-masa genting Hani sakit, berbuka tak perlu masak, anak dijaga penuh kasih sayang oleh mak sendiri.. Terima kasih ma.. :'-)

Tahun lepas beraya tanpa Hani, tahun ni tak sabar nak rasa pengalaman beraya dengan Hani. Semalam kemas baju si kecil tu nak bawak balik kampung, sejam jugak lah. Susah jugak rupanya nak decide anak nak pakai baju mana masa hari istimewa nanti. Lagi-lagi anak perempuan. Nak pilih headband pun lama. Hihi. Harapnya esok Hani ok sepanjang perjalanan nak balik Johor..

Untuk semua rakan-rakan bloggers / readers, Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.. =)

Dari Hani Qalesya, ibu dan ayah Hani..  =)

Tuesday, August 14, 2012

Video Hani Golek



Hani mula golek2 masa umur 94 hari..

Wednesday, August 1, 2012

Tuesday, July 31, 2012

Hani Yang Manja

Assalamualaikum...

Sedar-sedar Hani Qalesya kesayangan dah nak masuk 3 bulan dah next week. Banyak perangai-perangai baru dia. Banyak jugak cerita tentang Hani yang aku nak tulis di blog, tapi kesuntukan masa..

Hani aku sekarang ni dah pandai macam-macam. Yang terbaru pagi tadi, bangun sahur sama-sama. Hehe. Hani sebelum ni tidur lena kalau ibu dengan ayah dia bersahur. Pagi tadi dia bangun pulak. Lepas sahur, rancak sangat berbual dengan ayah. Happy sangat aku tengok dua beranak tu. Hani buat macam-macam bunyi comel, kuat pulak tu. Darling husband cakap, "macamana dia nangis, macam tu jugaklah suara dia berbual". Haha. 

Hani ni manja.. Mak aku yang jaga dia sepanjang aku kerja. Ma pun cakap dia manja. Dengar suara kuat sikit tak boleh. Terus nangis. Padahal orang bercakap biasa je, dia ingat marah dia kot.. =) Aku balik kerja terus pergi ambil dia kat rumah ma. Kalau dia tak tidur, bila aku angkat, dia sandarkan kepala kat dada aku, macam-macam dia 'bercerita'. Agaknya nak komplen kenapa ibu tinggalkan dia kot.. Ke nak cerita apa dia buat dengan Nek Ma sepanjang hari tu.. Pagi sebelum pergi kerja, masa nak tinggalkan dengan Nek Ma pun, dia lentok je kepala kat dada aku. Macam tak nak bagi ibu tinggal. Dah la bangun pagi selalu senyum je kat ibu dengan ayah ni. Alahaiiii anak.. 

Ma pun selalu cakap, Hani tak suka dibiarkan / ditinggalkan sorang-sorang. Kalau letak dia atas rocker, dalam buaian ke, atas tilam ke, Hani nak orang layan dia, agah dia. Kalau orang bangun sekejap, dia dah panggil. Mula la susah Nek Ma nak masak.. Hehe.. Hani, Hani.. Sayang baby ibu ni sorang.. Sebab tu sejak ada Hani, berapa kali sangat ibu layan cerita tv. =) Layan Hani lagi seronok..

 Hani tertidur lepas kepenatan menangis. Masa ni bawak pergi klinik pakar nak tahu apa masalah Hani asyik nangis je. Rupanya memang Hani kembung. Hani ada lactose-intolerant. Kesian Hani sayang.. Dari dalam pantang lagi kembung. Ibu tak cukup ilmu.. Maafkan ibu ye sayang.. ;(

Ni pun Hani tertidur kepenatan lepas menangis. Tapi masa ni bukan sebab kembung. Masa ni Hani mengantuk sangat. Baru lepas cucuk 2 bulan, ibu dengan ayah bawak Hani keluar makan pizza. '__' Terpaksa gilir-gilir dukung dan pujuk Hani jalan-jalan kat luar restoran, sementara sorang lagi makan kat dalam restoran..


Hani yang manja. 
Ibu loves u so much, sayang! Jangan nangis-nangis lagi tau..



Monday, July 30, 2012

Pemenang Bertuah : Jumpa players Manchester City

Assalamualaikum..

Kali ni tak cerita pasal anak, cerita pasal adik pulak. Hehe. Saje nak buat kenangan. 

Adik lelaki aku jadi insan bertuah (dia cakap), the one and only yang dapat jumpa players Manchester City semalam. Aku ni tak minat langsung pasal sukan sebenarnya. Then baru hari ni terbaca status PM kat facebook 'Najib Razak'. PM ucapkan tahniah pada dia. Terus aku sms dia. Dia kata orang dah kecoh dari semalam lagi.. Haha. Manalah ku tahu. Aku sibuk dengan si manja kesayangan, tak sempat bukak facebook hari minggu. =p

Apa pun, tahniah lah untuk kau, Edi.. Aku dah belikan dah paper Utusan tu.. Balik nanti frame kan sekali dengan jersey tu ye.. =)


Ni dalam The Star online. Tengok tu, muka bangga. =
Tinggi jugak kau, Edi..

Monday, July 23, 2012

Hani Qalesya : Day 1 - Day 31

Assalamualaikum..

Hari ni hari ketiga berpuasa, dan hari pertama bekerja di bulan puasa. Mengantuk bila dah petang-petang ni. Cara terkini aku nak hilangkan mengantuk, tengok gambar Hani.. =)

Ni gambar Hani Qalesya masa newborn dan masa berumur sebulan.

Lahir 3.24 kg.
Checkup sebulan 4.3kg.
Checkup 2 bulan 5.4kg. 
 
Hari ni Hani 2 bulan setengah, ibu timbang sendiri, naik timbang dengan Hani, 50kg. 
Ibu naik timbang sorang-sorang, 44kg! 
Jadi, Hani dah 6kg???
 
 Lepas pantang berat ibu 48kg, Hani 2 bulan setengah berat ibu turun lagi 4kg. 
 
Hani sayang, takpe, takpe, ibu rela. Asal Hani membesar dengan sihat.. =)

Thursday, July 19, 2012

Hani.. Ibu Rindu Hani..

Assalamualaikum..

Hari-hari macam ni lah aku. Sibuk rindukan anak kalau di pejabat. Alah, even kat rumah pun, kalau anak tidur lama sikit, aku rindukan dia. Rindu nak cium-cium gomol-gomol dia. Kesian pulak nak gomol masa dia tengah tidur. Setengah jam lagi nak balik. Apa lah anak dara aku tengah buat dengan nenek kesayangan dia tu.

Hani sayang.. Ibu rindukan Hani. Sangat!

Hani & ibu. Sebelum injection 2 bulan.

Wednesday, July 18, 2012

Semenjak Lahirnya Hani Qalesya..

Assalamualaikum...

Terasa nak mencoretkan, semenjak lahirnya permata hati kami, memang hidup totally berubah. Kehidupan kami suami isteri tidak lagi sama macam sebelum ni. Tapi aku bersyukur sangat, Allah bagi peluang aku merasa pengalaman-pengalaman hebat yang membuatkan aku menjadi semakin kuat, hari demi hari. Ada hikmahnya Allah kurniakan Hani setelah hampir 2 tahun kami kahwin. Personally, bagi aku, biarlah kita belajar jadi isteri dulu, sebelum belajar jadi ibu.. Sebab bila ada anak tak akan sama dengan sebelum ada anak.

Hani Qalesya, kau yang merubah segalanya.. =) 

Kalau dulu, 24 jam tu cukup. Tapi, semenjak lahirnya Hani, terasa tak cukup 24 jam setiap hari, tak kisahlah hari biasa atau hari cuti.

Kalau dulu, buat kerja rumah boleh lagi main-main, rilek-rilek kalau tak berapa rajin. Tapi, semenjak lahirnya Hani, buat kerja rumah kena segera, tak boleh lengah-lengah sebab takut Hani nangis. Masa-masa yang berlalu tu rasa sayang sangat kalau tak habiskan dengan Hani.

Kalau dulu, masa mandi boleh enjoy mandi sesuka hati lama mana pun. Tapi, semenjak lahirnya Hani, masa mandi tu kena curi-curi.

Kalau dulu, time balik kerja biasa je. Tapi, semenjak lahirnya Hani, balik kerja rasa macam nak terbang supaya sampai cepat kat rumah. Rindu sangat nak jumpa Hani.

Kalau dulu, selalu fikirkan tentang suami. Tapi, semenjak lahirnya Hani, selalu fikirkan tentang darling husband dan Hani. Tapi biasanya fikirkan Hani yang lebih. *Sorry darling husband. Bagi chance kat Hani pulak ye ;p

Hani, ohh Hani.. Ibu & ayah love you so much, sayang! 



Hani masa umur 11 hari | Majlis Akikah | 19 Mei 2012



Wednesday, June 27, 2012

Di Sebalik Kelahiran :: Hani Qalesya - Part 2

Assalamualaikum..

Sambungan part 1..

9/5/12:
Pagi tu kami diberitahu, operation akan dijalankan. Tapi aku macam ragu-ragu jugak sebab Doktor Suriati kata lepas darah dah masuk habis baru boleh operate. Masa tu beg darah yang kedua tak sampai separuh lagi sebab malam tu doktor perlahankan flow dia.

Tapi Alhamdulillah jadi jugak. Pagi dalam pukul 10 lebih aku disorong ke bilik pembedahan. Perasaan risau tu ada la jugak sikit, tapi masa tu aku sangat-sangat terganggu dengan tiub kencing yang dipasang. Ya Allah, sangat-sangat-sangat tak selesa! Rasa nak mengamuk suruh nurse cabut tiub tu. Masa dalam bilik pembedahan, ada beberapa bilik kecil, tempat pembedahan dijalankan. Tempat aku di bilik 1. Siap kena tunggu turn nak masuk bilik tu sebab ada pesakit tengah operation. Doktor Suriati ada datang, tanya keadaan aku, genggam tangan aku dan tenangkan aku.. Masa menunggu, darling husband dan mak aku temankan. Dua-dua tak dibenarkan masuk bilik 1, sebab aku akan dibius penuh. So doktor tak galakkan, and Doktor Amir cakap kes ni agak berisiko. Takut doktor terganggu nak buat kerja. Hmmm..


Dalam pukul 12.30pm, semua dah ready. Nurse tanya darling husband, nak cakap apa-apa tak pada aku. Masa tu aku tengok mata dia dah berkaca. Kami percaya semuanya akan ok, insyaAllah. Sebelum disorong ke bilik 1, darling husband cium dahi aku, masa tu fikiran aku, tak tahu lah macamana.. Ada jugak terfikir kalau aku mati masa operation ni.. Tapi cepat-cepat istighfar, alihkan fikiran pada baby yang akan lahir sekejap je lagi. 

Masa disorong, lalu depan beberapa bilik pembedahan kecil, aku Nampak jelas pesakit-pesakit tengah operate. Ada yang badan diterbalikkan, tak tahu operate apa. Scary! Dalam bilik 1, sejuk yang amat sampai aku menggigil. Aku nampak Doktor Suriati senyum dengan nurse-nurse dalam tu, diorang dok bahagi-bahagi kupon Bukit Gambang Waterpark. (Sempat lagi tu!). Then tengok jam pukul 12.50pm, Doktor Amir datang sebelah, cakap dia dah nak bius, and aku akan tidur. Aku angguk, dia masuk je bius terus aku tak sedar apa dah…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku sedar dalam pukul 3pm lebih. Sebelum tu dengar suara darling husband tanya doktor aku sedar ke tak. Doktor Amir cakap aku sedar, dia suruh darling husband kejutkan aku. Then baru aku bukak mata slowly (nak tunggu buah hati kejutkan jugak, haha). Macam mamai jugak masa tu, aku tanya darling husband sepatah je, “baby?”. Darling husband senyum, cakap baby ada, kat nursery, baby ok, comel.. And he cried.. :’) 

Alhamdulillah, selamat dah zuriat kami dilahirkan. Zuriat perempuan idaman kami, dengan berat 3.24kg. Lahir pukul 1.04pm. Sekejap je kan? Bius 12.50pm, 14 minit lepas tu dah keluar baby kami. =) Dan dia sihat sempurna segalanya.. Syukur.. Walaupun keadaan aku masa tu belum tahu lagi macamana..

Lepas tu aku dihantar ke bilik ICU/HDU di tingkat atas. Aku pelu dipantau rapi, terutamanya tekanan darah aku (berkaitan pulmonary hypertension tu). Doktor kata 8 jam. Sedih jugk sebab selagi belum masuk wad, aku tak dapat jumpa baby lagi. Aku cuma tengok gambar je masa darling husband tunjukkan. Sepanjang pemantauan, aku belum dibenarkan makan lagi. Just dapat minum air je. 2 hari puasa. Huhu. Sepanjang tu jugak si dia setia di sisi, hilang masa nak solat je. Family datang melawat pun hanya dibenarkan masuk seorang dalam satu masa. Lama jugak nak tunggu 8 jam.

Dalam pukul 8.30pm aku dibenarkan masuk wad. Masa tu baru dapat jumpa baby. Subhanallah.. First time dapat tengok baby, cium dia, peluk dia, walau aku tak berdaya nak bangun. Memang tak dapat digambarkan perasaan masa tu. Aku menangis. Syukur, selamat sudah segalanya.. Aku kini seorang ibu. =) Alhamdulillah….




Saturday, June 16, 2012

Di Sebalik Kelahiran :: Hani Qalesya - Part 1

Assalamualaikum..

HANI QALESYA BT MOHD AZHAR

(Hani = yang tenang, Qalesya = yang murni)

Dah sebulan umur anak dara kami. Alhamdulillah.. Dah lama aku nak tulis kisah kelahiran Hani, tapi masa kebanyakannya dihabiskan dengan Hani. Aku berpantang di rumah sendiri sejak hari ke 23, jadi masa amat terhad. Semuanya terkejar-kejar demi Hani. =) Takpe lah walaupun dah sebulan, sekurang-kurangnya ada mencatat kisah kelahiran Hani. Pengalaman istimewa seumur hidup.

Ok. Tarikh jangkaan aku bersalin asalnya adalah 21/5/12. Tapi disebabkan scoliosis, aku terpaksa melalui pembedahan. Yang tu memang aku dah ready dari awal. Tarikh 8/5/12 dipersetujui dengan doktor untuk bersalin.. Aku menghitung detik je lah nak tunggu 38 minggu 2 hari (8/5/12) tu. 

8/5/12:
Pagi-pagi aku dan darling husband pergi la ke KMC. Lepas register, disuruh buat CTG dulu sebelum masud wad. Wad single masih belum available lagi masa tu walaupun dah booking. So masuk lah aku ke bilik bersalin tu, baring, cucuk kat pergelangan tangan (dah la pergelangan tangan masih sakit kesan 'carpal tunnel sindrom') and pasang benda-benda CTG tu kat perut. Masa ni tak lah berdebar pun even dah tahu "aku nak beranak dah ni".. Buat CTG dua kali sebab mesin tu rosak '__'. Tapi memang tak ada contraction. Baby Hani relax je dalam perut ibu dia. Hehe. Darah aku diambil untuk tengok hb berapa. Selama mengandung hb aku agak rendah, tambah-tambah bila dah semakin sarat.

Tengah hari tu masuk wad, Alhamdulillah tak perlu share. Asalnya kena duduk wad 2 orang sebab single room penuh. Tapi sebelum masuk wad, aku dibawa berjumpa doctor pakar bius, Doktor Amir di bilik pembedahan. Doktor Amir maklumkan yang aku kemungkinan besar tak boleh lagi dibedah hari tu. Aku dengan darling husband diberi penerangan, keadaan aku terlalu bahaya kalau dibedah hari tu jugak tanpa menjalani pemeriksaan lanjutan dengan doctor pakar lain. Sama ada dibius separuh atau penuh, kedua-duanya ada risiko pada aku. Risiko terbesar, aku tak bangun terus lepas bius. Allahuakbar! Masa tu aku redha jelah. 

Walaupun dah mula berpuasa dari 12 am malam sebelum tu, aku tetap disuruh berpuasa sebab Doktor Suriati (gynea) minta aku teruskan puasa. Lewat petang tu kami jumpa physician, Doktor Suhaimi pula. Beberapa ujian dibuat untuk tengok keadaan paru-paru aku, sama ada sesuai untuk pembedahan atau pun tak. Lepas scan, Doktor Suhaimi maklumkan yang paru-paru aku tak normal kesan daripada scoliosis aku, which is paru-paru kanan sama besar dengan paru-paru kiri. Sepatutnya paru-paru kanan lebih kecil. Aku disahkan mengalami ‘pulmonary hypertension’. Tapi untuk pembedahan, boleh proceed sebab yang berfungsi adalah paru-paru kiri. Doktor Suhaimi terus called Doktor Amir, dan akhirnya Doktor Amir buat keputusan.

Bermalam di wad untuk kali pertama, aku tenang walaupun berdebar. Surah Maryam dibaca dengan harapan Allah permudahkan segalanya. Malam tu aku terpaksa masuk darah, sebab nurse maklumkan keputusan hb darah aku drop jadi 8.9 sahaja. Selama ni sepanjang mengandung, hb aku paling rendah 9.8 je. Dua beg darah dimasukkan ke badan aku. Nak gerak dah jadi susah, nak pergi toilet pun heret beg darah tu. Syukur sangat darling husband setia di sisi. Masa tu terfikir darah siapa la yang akan mengalir dalam badan aku ni. Harapnya jangan la jadi apa-apa lepas masuk darah orang ni.. Doktor Suhaimi dan Doktor Suriati ada datang melawat di wad membuatkan aku tenang. Malam tu pukul 3.30am Doktor Suriati datang check keadaan aku, check darah yang dimasukkan tu. Tapi masa tu pun Doktor Suriati belum bagi kata putus sama ada esok aku akan dibedah ataupun tak. Dia cuma minta aku teruskan berpuasa..



…sambung next entry


Thursday, May 10, 2012

9 May 2012 :: I'm Officially A Mummy!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tepat 1:04pm, aku selamat melahirkan zuriat yang kami nantikan selama ni.. Syukur semuanya selamat, walaupun aku perlu lalui pemantau khas sebelum dan selepas bersalin..

InsyaAllah will update later. Sekarang masih lagi di wad, belum mampu untuk bangun dan berjalan..

Nyawa kami, dunia akhirat.. 


Saturday, May 5, 2012

Menjelang Kelahiran Zuriat.. Untukmu Suamiku..

Assalamualaikum..

Memandangkan aku akan melahirkan baby ni bila-bila masa je sekarang.. Sekadar penghargaan kepada si dia sebahagian nadiku..

Di kesempatan ni, aku nak coretkan sikit penghargaan untuk cinta hati aku.. Mohd Azhar..

"Abang, terima kasih sangat-sangat, sepanjang i mengandungkan zuriat kita ni, abang:
-- berikan perhatian dan kasih sayang yang tak berbelah bahagi pada i
-- sentiasa sabar melayan kerenah i yang macam-macam sepanjang mengandung ni.. pernah i merajuk sebab abang masak lambat.. harap abang maafkan i..

 -- sangat alert dengan rengekan-rengekan i walaupun kadang-kadang i macam mengigau je sebenarnya, mungkin abang risau i dalam kesakitan

-- tak kisah langsung kalau rumah tak bersapu, tak berkemas, pinggan dan baju tak berbasuh, sebab abang tahu i tak larat, dan abang sanggup buat semua tu untuk i, walaupun kadang-kadang abang pun ambil masa nak buat semua tu =)

-- terus datang urut-urut  belakang kalau i muntah, ketahuilah sesungguhnya urutan tu sangat melegakan di saat i muntah sampai mengalir air mata tu.. dari mengandung 2 bulan sampai dah 9 bulan pun abang sentiasa di sisi bila i muntah

-- melayan dan memahami keinginan i masa mengandung ni. i nak durian, abang carikan walaupun bukan musim. i teringin egg tart, abang dah belikan masa balik kerja, walaupun i belum pun bagitahu abang yang i teringin egg tart. Kalau belikn sarapan, abang tak lupa belikan karipap dengan nasi lemak, walaupun i cuma pesan nasi lemak, tapi dalam hati macam teringin nak makan karipap. instinct abang selalu betul ;)

-- selalu pujuk-pujuk baby kalau baby mengeras sangat dalam perut ni, sampai i tak boleh nak gerak. kadang-kadang baby dengar kata abang, kadang-kadang baby buat tak tahu je. hihi

-- selalu berbual dengan baby, balik kerja terus nak cakap dengan baby, sepanjang kerja tak lupa tanya keadaan i dengan baby, semua tu membuatkan i terharu sangat, even masa belum sarat dulu abang banyak out-station, tapi perlakuan abang membuatkan i tahu yang abang betul-betul sayang sangat pada baby kita ni.. 

Abang, banyak sangat lagi yang boleh i coretkan di sini. Tapi i tak nak orang anggap bukan-bukan kalau semua benda pun nak ditulis. Tiada apa yang boleh balas kebaikan abang, cuma doa i pada abang agar abang sentiasa dilindungi Allah, diberkati dan terus menjadi imam dalam hidup kami.. Aamiin ya rabbal 'alamiin.."

~ ~ Menghitung hari.. Untuk menjadi ibu dan ayah. InsyaAllah.. Mohon maaf jika ada salah silap.. Mohon didoakan juga aku selamat melahirkan.. Terima kasih..

Thursday, April 26, 2012

"U tak bawak buku pink ye?"

Assalamualaikum..

"U tak bawak buku pink ye?"

Itu sms pertama daripada darling husband pagi ni. Agagagagaga.. Si dia pergi kerja lewat sikit hari ni sebab malam tadi sampai pukul 2am dari Maran. So aku yang pergi kerja dulu. Biasanya si dia keluar rumah 7.30am, aku 8.00am. Sebab tu lah kantoi aku tak bawak buku pink hari ni.

Bila tanya, risau ke? Jawapan si dia: "Risau sikit je. Patut letak dalam handbag." Hihi baiklah sayangku. Semalam tu balik dari checkup, aku keluarkan buku pink tu nak tengok doktor tulis apa. Lepas tu dah lupa nak simpan balik dalam handbag. 

Sekarang kira macam kami dalam mode berjaga-jaga. Bersedia dengan sebarang kemungkinan kalau-kalau baby nak keluar awal. Aku pun dah semakin kurang larat nak pergi kerja. Masa berjalan memang dah jadi kenderaan berat. Tahap treler dah aku rasa. Naik tangga ke tingkat satu pun berhenti-berhenti. Rasa macam lenguh sangat kaki, selain sesak nafas. 

Hai la baby.. Dah besar awak ni.. =) Nurse dengan doktor pun cakap baby agak besar. Malam tadi ibu susah sangat nak tidur. Kesian ayah, dah la penat baru balik kerja, layan kerenah ibu lagi yang kejap-kejap itu tak kena, kejap-kejap ini tak kena. Baby mengeras lain macam, agak sakit malam tadi. Tapi tu pun lepas ayah balik. Sebelum tu baby senyap je, dah tidur awal agaknya dengan ibu. Bila ayah balik, macam biasa mesti ayah nak letak tangan bisik-bisik kat baby. Lepas tu mula la baby tak nak tidur dah. Haha. Sempit dah dalam tu ye sayang?

Dah la baby selalu tersedu-sedu. Ada kadang-kadang dalam sehari sampai 2, 3 kali baby sedu. Kadang-kadang sedu perlahan, kadang-kadang kuat sampai bergegar jugak lah perut ibu. Pastu ibu bayangkan comel je baby bergegar-gegar kat dalam tu. Alololo sian dia..

Tinggal berapa hari je lagi nak jumpa baby. Can't wait! Hopefully tahun ni boleh sambut Hari Ibu. =) Mei 2012 penuh sejarah: Hari ibu, hari lahir aku, hari lahir baby, hari guru.. =)

Monday, April 23, 2012

Update 36 Minggu

Alhamdulillah.. Tak sangka dah masuk 9 bulan pregnant. =)

Hari ni pergi jumpa doktor pakar. Berdebar-debar, macam baru first time. Doktor kata, setakat ni semua ok, syukur.. Air ketuban ok, kedudukan baby pun tak breech, tali pusat ok, dan baby pun dah mula masuk laluan sikit. Berat baby estimated dalam 2.7 - 2.8kg. Owhhh besar dah anak ibu dalam ni. Patut la berat je rasa. =) Masa doktor scan pun baby sibuk tendang-tendang. Tertonjol-tonjol kaki dengan punggung dia tu. Hihi. Tapi muka baby dah tak clear sangat sebab baby dah besar..

Doktor pakar pun dah booking siap-siap, wad semua pun dah booking. InsyaAllah, persiapkan mental je sekarang. Dan bersedia dengan segala kemungkinan bila-bila masa kalau baby nak keluar. "Baby, please bagi ibu at least seminggu je lagi ye sayang. Ibu nak habiskan kerja-kerja ISO ibu kat pejabat tu..". Beg hospital pun dah selamat masuk dalam kereta. Tinggal nak angkat barang-barang berpantang ke rumah ma je hujung minggu ni.

Harap-harap semuanya selamat.. Tak lama je lagi. Isk.

Wednesday, April 18, 2012

Sindrom Carpal Tunnel Semasa Hamil

Assalamualaikumn..

35 minggu - Aku rasa aku dah terkena sindrom ni kot. Dah 3 hari sakit pergelangan tangan kanan. Sebelum tu, bangun tidur rasa kebas jari jemari. Sekarang ni pulak, bangun tidur sakit, sapu minyak gamat. Sebelum tidur pun sapu jugak. Pagi tadi, bila bangun, pergelangan tangan kiri pulak sakit. Ada macam urat timbul and macam ada satu bonjol kecik je. Lepas tu mula la terfikir macam-macam. Dulu aku pernah kena operate kat pergelangan tangan kanan sebab ada macam ketumbuhan yang semakin membesar (ganglion). Masa tu tengah belajar lagi. Sampai sekarang tak cantik jadi tangan sebab parut tu. Tapi syukur, benda tu dah hilang terus. Harap-harap tak muncul lagi dah.

Tu, dalam bulatan merah, parut ganglion. Kenangan. '__' Masa ni slim lagi, baru 4 bulan kahwin. Baby tak wujud lagi.. Ibu & ayah baby pun masih lagi PJJ..

Kali ni, aku mula fikir penyakit apa ni? Salah satu sindrom ibu mengandung ke bukan ni? Dah sarat-sarat ni ada pulak simptom baru muncul. Sampai ke tahap takut kena operate dua-dua belah tangan sebelum bersalin. Uhhh scary!

So terus lah google, hasil yang aku dapat tu bagi kelegaanlah sikit. Tapi stll lagi risau. Sindrom Carpal Tunnel. Dulu pernah baca pasal penyakit ni. Tapi yang aku tahu kalau banyak sangat guna pergerakan tangan. Hari ni baru aku tahu, masa mengandung memang boleh jadi sindrom ni. Kebanyakan kes, sakit tu akan hilang dengan sendiri selepas bersalin nanti. InsyaAllah.. Esok ada checkup di klinik, nak tanya nurse. Next week pulak checkup dengan my gynea, nak tanya jugak. 

Harap-harap tiada yang merunsingkan hati.. Kan baby, kan.. =) Berapa la berat baby ibu sekarang ni ye..

Saturday, April 14, 2012

Esok: 35 Minggu Bawa Si Comel Ni

Assalamualaikum..

 Sumber: Babycenter

Diam tak diam, dah hampir 9 bulan usia kandungan aku. Setakat check up minggu ke 34, baby is doing well. Semakin aktif, semakin pandai. Bila ayah dia balik dari out-station tengah-tengah malam, ayah letak je tangan atas perut ibu, terus baby respon. Padahal sebelum tu baby dah lama senyap. Tidur sama dengan ibu agaknya. So, semakin rancak la ayah dia melayan baby meliuk lentok dalam perut ni.

Ibu baby ni pulak, semakin hari semakin tak larat. Bangun tidur sakit-sakit badan. Sakit pinggang dan belakang semakin kerap. Kadang-kadang rasa badan nak patah dua. Bangun ke toilet di tengah malam kadang-kadang setengah jam sekali. Tidur malam kepanasan yang agak pelik, sampai berjam-jam baru boleh lena. Darling husband nak berdengkur dengan enak pun terganggu. Heh sorry sayang. Sekarang ni berdiri lama sikit, bila bangun rasa nak pitam. Pagi tadi basuh pinggan, lipat baju, kemas rumah. Belum sempat jemur baju, rasa lain macam. Rasa nak pitam. Baby pulak rajin sangat mengeras sekarang ni, sampai senget perut ibu. Bila ibu sakit sebab baby mengeras, ayah pujuk-pujuk baby suruh duduk betul-betul dalam perut ibu. =)

Tapi bila fikir-fikir, tak lama je lagi nak jumpa baby ni. Hidup kami suami isteri akan totally berubah. Tak sabar sangat nak jumpa baby. Tak sabar nak tengok macam mana lah rupa baby ni, macam mana lah rambut dia, kening dia, mata dia, hidung dia. Alahaiii.. Dalam pada tu, rasa macam sedih jugak. Sebab bila baby dah keluar, aku dah tak dapat menikmati saat-saat memboyot ni. Mesti aku akan rindu saat-saat indah mengandungkan dia.. "__" Mampu ke aku jadi ibu yang baik untuk baby? Mampu ke kami jadi parents yang baik untuk dia? Mampu ke kami bimbing dia untuk jadi anak yang dapat mendoakan kami bila kami dah tak ada nanti?? InsyaAllah..

Persiapan? Rasanya dah complete semua kalau ikut checklist. Cuma barang-barang macam stroller, carseat, carrier, playpen semua tu kami decide untuk hold dulu. Tunggu baby lahir baru beli. Tapi dah survey-survey jenama mana yang akan dibeli mengikut bajet. Hospital bag untuk ibu dan baby pun dah siapkan, just belum masuk dalam kereta lagi. Baju-baju baby, botol-botol baby semua dah siap basuh dan steril. Bilik untuk aku berpantang nanti pun aku dah kemas kat rumah tok ma baby tu. =)

Sekarang ni, aku banyak berehat di rumah je. Dah tak berapa rajin nak keluar rumah, walaupun orang cakap dah akhir-akhir pregnancy banyakkan berjalan supaya mudah bersalin. But i have my own reason. Bukan semua orang mengandung tu simptom dia sama kan? Bukan semua orang mengandung mampu buat seperti apa yang orang mengandung lain buat kan? Bagi yang tahu, mungkin faham. Yang tak tahu, takpe biarkan. =) Eh tapi dalam malas nak keluar rumah tu, malam ni nak ajak darling husband keluar. Teringin nak makan steamboat. Aku dari mula mengandung sampai dah nak 9 bulan ni memang tak lalu dengan nasi. Semalam sangat berselera dengan bubur ayam Mc Donald. Lunch, dinner aku makan tu je. Saiz besar pulak tu.

Ok dah mula berpinar-pinar dan sakit pinggang. Nak buat entry tentang hadiah pertama baby, tapi sekarang guna laptop husband so malas nak transfer gambar kat sini. Next entry lah, ye baby!




Tuesday, April 3, 2012

Teringin lagi..

Durian dah dapat. Big apple dah dapat. Alhamdulillah.

Pandan layer cake belum dapat. Sekarang teringin egg tart pulak. Sangat!

'__'

Monday, April 2, 2012

Bila dah sarat..

Assalamualaikum..

Sekarang memang terasa sangat, mengah membawa perut. No, aku bukan merungut. Aku sangat bersyukur dapat rasa nikmat mengandung. Cuma kat sini nak mencoretkan keadaan semasa diri yang sedang mengandung 8 bulan. Ohh anakku.. =)

Bila dah sarat, nak buat apa pun jadi slow. Maklumlah, 'kenderaan berat'. 

Bila dah sarat, jadi tak ada mood nak pergi kerja. Tambah-tambah lagi silibus pun dah habis. Tapi kerja tak habis lagi! Carry mark belum finalize! Kelas tambahan pun tak tahu la mampu ke tak nak buat macam semester sebelum-sebelum ni.

Bila dah sarat, kunjungan ke toilet pun semakin kerap. Pasrah. Kadang-kadang terfikir jugak, anak ibu ni rambut lebat ke?? Hihi.

Bila dah sarat, jalan pun selalu jugak pegang perut. Sebab selalu rasa ada tekanan kat bawah perut. Kepala baby pun dah kat bawah. Sebab tu la selalu sangat menendang kat bahagian atas perut ibu, ye baby.

Bila dah sarat, kalau duduk tu, nak bangun punya lah payah. Tepaksa cari tempat berpaut. Kalau masa tengah lepak atas beanbag, terpaksa angkat perut dulu baru angkat punggung. Pheww.. Kalau nak bangun dari katil, lengan si dia la jadi tempat berpaut. Kalau si dia out-station, tingkap je lah jadi tempat berpaut. =(

Bila dah sarat, pergerakan baby dah tak sama macam dulu. Dulu baby banyak tendang-tendang, sekarang tak sekerap dulu. Tapi kalau tendang kuat sangat, terkejut ibu dibuatnya. Sekarang dia banyak meliuk lentok kat dalam ni. Macam menggeliat-geliat. Senget-senget, tegang perut ibu. Geram sangat! Lagi-lagi bila timbul   macam kaki ke siku ke apa ntah, ibu dengan ayah geram rasa nak tangkap je yang timbul kat kulit perut ibu tu!

Bila dah sarat, aku lebih emosional kalau darling husband kena out-station. Kalau boleh tak nak bagi pergi langsung. Tapi instead of being emosional, aku kena rasional lah kan. Hehe. Tak boleh layan sangat perasaan. Si dia keluar mencari rezeki untuk kami. So relakan jelah. Sunyi sesekali tu biasalah, walaupun sedih. Hukhuk. Yang penting, end of April ni tak boleh out-station jauh-jauh dah. Masa tu kena standby untuk baby, kan baby. Kita dah warning kat ayah, kan baby. =)

Bila dah sarat, rasa nak measure perut tiap-tiap hari. Tengok perkembangan dan pembesaran perut. Dan juga pertambahan stretch mark. Owhhh stretch mark aku ni masuk 8 bulan baru muncul. Dulu bagi harapan, konon-konon bebas stretch mark. Memang tak ada langsung stretch mark sepanjang 7 bulan mengandung. Sekarang redha jelah sambil tak putus asa sapu losyen dan minyak  kelapa dara. Itu  tandanya aku pernah mengandung kan. *sedapkan hati*

Bila dah sarat, aku tak sabar nak jumpa baby. Sungguh, tak sabar. Rasa semakin hari semakin dekat dengan baby. Lagi-lagi pulak baby dah semakin pandai, setiap kali tegur mesti respond. Tapi dalam masa yang sama, selalu fikir yang aku akan rindukan saat-saat bersama baby dalam perut ni... 

Semoga semuanya selamat.......


Wednesday, March 28, 2012

Teringin..

Assalamualaikum.. 

Malam-malam ni, di kala ketiadaan sang suami kerana out-station, selera makan memang tiada langsung. Paksa juga diri makan nasi sesudu dua. Sunyi, tapi baby behaves well. Seronok dia main-main menggegarkan perut ibu ye. Good baby!

Beberapa hari ni, teringin sangat nak makan dua makanan manis ni: 

Pandan layer cake yang sedap dan donut big apple yang juga sedap. 

Harap-harap dapatlah makan. Nak durian, darling husband dah tunaikan.

Wordless Wednesday #8

Tuesday, March 27, 2012

8 bulan sudah...

Assalamualaikum..

Sedar tak sedar, dah masuk 8 bulan aku mengandung. Banyak juga perubahan yang aku alami sepanjang membawa si comel ni. Selalu juga nak tulis macam-macam dalam blog ni, tapi tak jadi-jadi. Blame the hormone. =)

Setakat 8 bulan ni, Alhamdulillah tiada masalah besar-besar yang aku alami. Sesekali Allah menguji dengan simptom-simptom biasa wanita hamil. Antara yang aku alami:

- Mabuk: Aku mula dapat morning and evening sickness masa mengandung 2 bulan. Muntah-muntah agak teruk masa tu, sampai la masuk 4 bulan. Hampir setiap hari kot aku muntah. 5 - 7 bulan aku masih ada muntah, tapi cuma sesekali. Muntah sebab penat dan angin (heartburn). Buukan sebab morning sickness lagi dah.

- Heartburn / pedih ulu hati: Yang ni aku rasa antara yang paling menguji aku sepanjang mengandung. Dia menyerang dengan teruk masa awal-awal dulu, dan sekarang pun agak teruk. Pernah sesak nafas sebab heartburn masa 2 bulan. Menangis-nangis aku, sambil darling husband papah balik rumah (masa tu ada birthday celebration abah). Sekarang ni pun sesekali dia datang teruk. Aku sebolehnya elakkan makanan berangin, selalu makan. Dulu tak ambil apa-apa ubat, sekarang aku ambil gaviscon. Tapi pernah muntah balik, sebab gaviscon tu pekat sangat! Aku terpaksa telan sekali dengan jus oren.

- Sakit punggung '__': Yang ni pernah sekali sahaja kritikal, sampai tak boleh nak jalan! Biasanya ok je, walaupun sakit, tapi still mampu berjalan. Masa di kampung (minggu ke 30) sampai tak mampu berjalan. Mungkin kesan daripada duduk lama dalam perjalanan. Lepas tu terus bagitahu darling husband, itulah kali terakhir aku travel. Tak nak dah. Huhu.

- Cramp dan sakit pinggang: Yang dua ni sangat kurang. Alhamdulillah. Pernah sekali je masa awal-awal dulu, cramp masa tidur malam, kejut darling husband, melompat dia bangun dari katil, bengkokkan tapak kaki aku ke dalam. Sekali tu jelah. Sekarang ni, walaupun tidur aku tak berselimut dan tak berstokin, masa cramp nak jadi tu aku dah bengkokkan sendiri tapak kaki. Hehe. Bukan tak nak berstokin, tapi tak boleh. Aku dah pernah cuba, tapi akhirnya stokin tu dah tertanggal bila bangun. '__'

- Mood memasak: Hehe yang ni jangan ditanya. Memang out terus. Syukur jugak Allah bagi peluang kami berdua agak lama sebelum kurniakan si comel dalam perut ni. Sempat lah dulu aku masak setiap hari untuk suami. Sekarang? Berapa kali je dalam sebulan aku masak. Kalau masak pun yang simple-simple. Syukur dikurniakan suami yang tak cerewet bab makan.

- Selera makan: Kurang memberangsangkan. Sejak awal sampai dah dekat-dekat hujung ni, aku masih belum berselera makan. Baby tak suka makan kot? Berat aku sepanjang 8 bulan mengandung naik dalam 6kg. Tapi berat baby sentiasa mengikut berat yang sepatutnya. Memang selalu sahaja lapar, tapi aku paksa diri untuk makan. Tak ada yang menyelerakan sangat. Oh, ada la. Lauk kenduri. Ye, aku sentiasa suka makan lauk kenduri masa mengandung ni. Tapi kenduri bukan ada setiap minggu. Kadang-kadang selamba ikut ma dan abah pergi rumah siapa ntah yang kahwin, sebab nak sangat makan lauk kenduri. Gulai yang kat kedai aku tak nak, nak yang kat kenduri je. =)

Apa lagi ye? Tak banyak sangat pun. Semuanya macam ok. Kaki pun tak bengkak, urat tak timbul lagi. Harap-harap semuanya ok sampai ke hujung nanti. InsyaAllah..

Thursday, March 22, 2012

Dulu dan kini..

Assalamualaikum..



Hanya dalam 2 tahun, perbezaan yang sangat ketara. Alhamdulillah, bukan semakin kurus. Dua-dua semakin membesar. Haha. Maksudnya cukup makan, cukup segalanya. Dan yang paling bersyukur, kehadiran si dia dalam perut tu. Baby, tak sabar nak jumpa!!

Gambar kurus tu selepas beberapa hari menjadi kekasih halal. Auwww!! ;-) Gambar tak kurus tu pula selepas 2 tahun sebulan menjadi kekasih halal, dan InsyaAllah bertiga dalam masa beberapa minggu sahaja lagi. Masa kandungan berusia 31 minggu.

Terfikir juga, lagi 2 tahun, macam mana lah rupa bentuk kami ye? =D

Tuesday, March 6, 2012

3rd Trimester.. Debaran.. Ditinggalkan.. Kepenatan..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, sekarang aku dah pun memasuki third trimester. Tak sangka pulak secepat ni. Dulu masa first trimester, lambat sungguh masa berlalu. Sebab ada mabuk-mabuk muntah semua. Tup-tup sekarang tiba-tiba dah final trimester. Ohhh. Berdebar sebenarnya. Banyak benda nak dicatatkan di sini sepanjang kehamilan, tapi simptom-simptom ibu mengandung menjadi penghalang. Mujurlah ada diari yang boleh aku refer nanti. Sekurang-kurangnya ada kenangan kehamilan pertama tersimpan untuk dikenang di kemudian hari.. =)

Sekarang kandungan aku dah memasuki 29 minggu. Hujung minggu ni genap 30 minggu. Syukur Ya Allah.. Dulu kalau baca cerita ibu-ibu mengandung, tengok ticker orang tu dah 30 minggu, terdetik 'bestnya dia dah pregnant 30 minggu'. Sekarang aku pun bakal melaluinya. InsyaAllah.. Harap-harap semuanya lancar..

Dari kandungan 5 bulan (awal tahun 2012), aku selalu ditinggalkan. Hehe. Darling husband sangat sibuk dengan out-station. Setiap minggu out-station. Paling banyak ke Cameron Highland dan Temerloh. Sepanjang bulan Februari 2012, minggu terakhir sahaja si dia tidak out-station. Itu pun sebab aku mintak si dia ambil cuti dan temankan aku ke KL untuk bengkel peperiksaan di UTM. Kalau tak, si dia kena out-station juga ke Bentong. 2nd anniversary kami juga tiada sambutan memandangkan kesibukannya bekerja. Huhu. Minggu terakhir tu juga lah aku ambil kesempatan untuk buat tempahan bersalin di Kuantan Medical Center (KMC). Dan juga buat makan-makan bbq dengan adik-beradik semua. Sekarang dah masuk bulan Mac, macam nak mula balik kesibukan tu. Buktinya semalam, kata kena out-station hari Selasa, tiba-tiba pagi Isnin dah kena pergi. 4 hari 3 malam pulak tu. Suka tau buat surprise pergi out-station tiba-tiba. Kan dah kena kemas, lipat baju sendiri.. Hihi. Sabar ye baby. Nanti jumpa ayah, kick ayah banyak-banyak kali tau. =)

Itu perihal kerja darling husband. Aku pula? Juga sibuk dan penat. Memandangkan final exam tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi, banyak benda perlu dikejarkan. Yang paling mencabar aku nak habiskan kelas-kelas amali padang. Dengan perut yang semakin membesar, aku semakin mengah nak ke hulu ke hilir mengajar amali di padang. Bilangan pelajar pula agak ramai, jadi penatnya berganda. Nak naik tangga ke kelas tingkat satu pun dah slow (maklumlah 'kenderaan berat'). Masa dalam kelas boleh la juga aku duduk, kalau di padang nak duduk mana? Apa pun, tanggungjawab mengajar perlu dibuat juga. Tapi aku selalu ingatkan diri supaya jangan terlalu memaksa diri kalau tak larat.

Minggu 29 ni aku dah mula rasa 'menekan' di bawah perut. Terutamanya masa bangun dari tempat duduk. So tak boleh jalan laju-laju. Mungkin sebab tekanan dari kepala baby kat bawah. Ataupun mungkin kean berdiri lama. Selalu cakap kat baby, please jangan keluar lagi dalam masa terdekat ni tau, ibu tak habis silibus lagi ni.. Hihi. Bila sakit, cuak sekejap bila mengenangkan baju-baju baby belum basuh, hospital bag belum ready. Nurse KK pun dah pesan masa 28 minggu, barang dah kena standby. InsyaAllah weekend nanti aku basuh.. 

Hmmm banyak lagi nak cerita perkembangan baby, perkembangan kesihatan aku sepanjang mengandung ni. Tinggal lebih kurang 10 minggu je lagi nak menikmati saat-saat indah ni. InsyaAllah next entry lah pulak.

Siapa nak teka, yang dalam perut tu gigirl ke boboy? =)

Tuesday, February 21, 2012

Ohh my baby.. =)

 

Baby sayang, ibu dan ayah sebenarnya dah tak sabar-sabar lagi nak tengok baby, so minggu lepas terus buat 4d scan ni. Sebelum tu ibu pujuk-pujuk baby, mintak baby tunjukkan muka.. Mula-mula baby tutup muka dengan tangan (macam scan 5 bulan dulu pun, doktor cakap baby pemalu). Tapi lepas doktor kacau-kacau baby, baby tunjuk muka. Tu pun muncung-muncung dah kena kacau. Hihi. Baby, ibu dan ayah sayang sangat kat baby tau? Tak sabar nak jumpa baby!

Monday, February 20, 2012

2 YEARS MARRIED!! Alhamdulillah..

Assalamualaikum..  

Sujud syukur padaMu Ya Allah.. Hari ni genap 2 tahun kami disatukan.

20 Februari 2011, setahun berkahwin, kami masih berdua..

20 Februari 2012, dua tahun berkahwin, kami sambut bersama baby dalam perut.. =)



Untuk suamiku yang tersayang (hehe *malu*)

Abang, walaupun kita tak buat sambutan besar-besaran,  
walaupun abang out-station lagi di hari anniversary kita ni =)..
cukuplah abang tahu, sepanjang 2 tahun bernikah ni, sayang I pada abang tak pernah berkurang walau sebesar zarah. Terima kasih atas segala-galanya. Terima kasih kerana menjadi suami I, semoga jodoh kita berkekalan sehingga ke alam sana.. InsyaAllah...


Ketahuilah, kehadiran benih abang dalam rahim ni menjadi pengerat kasih sayang kita. 
Baby ni membuatkan kasih dan sayang I pada abang semakin menggunung. I sangat hargai pengorbanan abang selama ni. Semoga Allah memberkati mahligai perkahwinan kita, sehingga ke akhir hayat.. Dan semoga kita menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat baby ni kelak. Amin..


“On this 2nd anniversary, we may not have wealth, but we do have each other and that is worth more than anything in the world.”

Wednesday, February 15, 2012

Bila Baby Kurang Gerak..

Assalamualaikum..

Sejak kandungan 5 bulan sampai lah sekarang dah masuk 6 bulan setengah, aku enjoy sangat menikmati saat-saat baby bergerak-gerak dan menendang-nendang dalam perut ni. Setiap hari mesti ada tendangan kuat dari baby. Tapi, bila sehari (kelmarin) aku tak dapat rasa tendangan kuat tu dari pagi sampai ke malam, mula la gelabah. Risau sangat! Dah lah sejak awal tahun lagi ayah baby ni sibuk sangat dengan out-station. Kali ni masa baby kurang bergerak, ayah baby baru je out-station ke Bentong dan Temerloh. 3 malam pulak tu. 

Biasanya baby akan mula aktif pagi-pagi waktu subuh. Waktu lain dia aktif pukul 10-11 pagi, pukul 2-3 petang, 6 petang -7 malam, 10-11 malam. Bila pagi, aku akan terjaga dari tidur sebelum alarm berbunyi. Comel je baby ni kejutkan ibu bangun, macam ketuk-ketuk perut ibu dari dalam. "Ibu, bangun, bangun. Subuh dah nak masuk" =) Jap lagi dengar bunyi azan.. Tapi masa hari tu, ibu bangun sebab bunyi alarm, bukan sebab baby kejut. Tapi tak la cuak lagi pagi tu. Pergi kerja macam biasa, sampai dah lepas lunch hour, baru perasan kenapa tak rasa baby aktif. Aku dah mula risau, terus bagitahu darling husband. 

Sampai dah balik rumah, malam tu ada rasa baby gerak tapi sikit je. Tak menendang kuat langsung seharian tu. Aku dah pujuk-pujuk baby, selawat semua kat baby, usap-usap perut. Still no response dari baby. :'( Ibu nangis. Dah la ayah takde, baby pulak buat ibu risau.. Sampai pukul 11 malam tu, aku bagitahu darling husband aku tak nak tidur selagi baby tak gerak. Pergi solat, doa mintak jauhkan dari perkara-perkara tak diingini. Mintak husband doakan jugak.. Tak lama lepas tu baby tendang. Alhamdulillah, syukur. Lega terus. Baru lah boleh tidur.. =)

Baby, baby.. Please jangan buat ibu risau lagi ye sayang.. 

Sampai sekarang aku fikir apa yang menyebabkan baby tak aktif masa tu..

Friday, February 3, 2012

Perginya seorang lagi sahabat..

Assalamualaikum..

Tarikh 1 Feb 2012, aku kehilangan seorang lagi sahabat. Intan Shuhadah bt Ahmad, seorang pensyarah electrical engineering. Walaupun baru beberapa tahun kenal, kami pernah rapat ketika arwah menemani aku mengiringi pelajar ke Khemah Ukur di Melaka. Dia menghembuskan nafas terakhir pukul 11 malam, tapi pukul 6.30 pagi 2 Feb 2012 baru aku baca sms.

Arwah seorang yang lemah lembut, comel, kalau kenal rapat dia tidaklah pendiam sangat. Masih terbayang-bayang kenangan bersama arwah, usikan dan gurauan dengan arwah. Cepat sangat arwah meninggalkan kami semua. Di usia 25 tahun, baru berkahwin hampir 11 bulan, arwah mengikut jejak anaknya yang meninggal semasa dalam kandungan.

Aku ingat lagi, masa baru dapat tahu aku mengandung, aku sms arwah, sebab aku dapat tahu arwah juga mengandung. Aku sempat nasihatkan arwah supaya pergi klinik cepat buat buku pink. Tarikh jangkaan bersalin kami cuma berbeza 3 minggu. Bila berjumpa (pejabat arwah di cawangan satu lagi), aku pegang perut dia, sebab perut dia kecil, sedangkan dia mengandung lebih 3 minggu dari aku. Tapi mungkin sebab dia jenis kurus, so perut tak berapa nampak. Arwah juga pernah 'pewitt pewitt' aku masa tengok perut aku dah nampak.

Bulan Disember lepas, aku dan suami sempat melawat arwah ketika dia di wad. Arwah sebelum tu demam, semasa kandungannya lebih kurang 5 bulan. Akhirnya dimasukkan ke hospital, ujian demi ujian dibuat untuk mengesahkan penyakit akibat demam tu. Habis lebam-lebam tangan dia yang kurus tu aku tengok. Menurut doktor, jangkitan kuman di jantung. Masa melawat dia, dia banyak diam je, nampak agak lemah, tapi berselera makan semasa disuap ibunya. Aku sempat cakap pada dia, "senyum sikit Intan..". Masa tu kandungan dia 5 bulan 3 minggu kalau tak silap aku. Dia ada cakap baby sihat, baby gerak-gerak je. Selang beberapa hari lepas tu, baby dia meninggal dalam perut. Aku dapat tahu pun selepas hampir seminggu. 

Then, selang sebulan pemergian baby dia, arwah pula mengikut jejak. Ya Allah.. Sebelum ni kami dikhabarkan arwah dah ada di rumah, menunggu masa untuk ke IJN. Dia dalam keadaan stabil. Lepas solat aku berdoa agar disembuhkan penyakit dia, kurangkan kesakitan dia. Sampai sekarang pun kadang-kadang aku terlupa, aku doakan supaya Allah sembuhkan sakitnya, sedangkan dia dah tak ada.. :'(

Arwah juga berjauhan dengan suaminya yang bertugas di Perak. Sedihnya, suami dia tiada di sisi semasa hayat terakhirnya. Besarnya dugaan Allah pada suaminya, baru kehilangan anak, sekarang isteri pula. Semoga Allah kuatkan hatinya untuk menempuh semua ni..

 Arwah bersama suaminya.

"Intan, dulu Intan salah seorang pembaca blog akak kan? :'( Akak terkilan tak sempat minta maaf pada Intan. Walaupun pernah melawat Intan sekali je sepanjang Intan sakit, tapi akak tak lupa berdoa untuk Intan. Tenanglah Intan di sana. Baby Intan dah tunggu Intan di pintu syurga.. Akak akan simpan kenangan kita terutamanya masa di Melaka bersama pelajar-pelajar akak, masa malam bbq, diorang usik-usik Intan yang comel ni.. Akak teringat-ingat lagi gelagat kita masa duduk sebilik di Melaka tu.. Semalam kali terakhir kita 'jumpa', tapi masa tu Intan dah terbujur kaku, akak tengok bawah kain putih tu kurus sangat. Maafkan akak juga, semalam akak tak tengok wajah Intan untuk kali terakhir. Dalam keadaan akak sekarang, akak harap Intan faham. Akak cuma mampu sedekahkan Intan dengan surah Al-Fatihah dan Yassin..."

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Minta jasa baik readers tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Terima kasih..

Tuesday, January 31, 2012

Jatuh semasa mengandung. Takut.. =(

Assalamualaikum..

Pagi tadi, di usia baby 24 minggu 2 hari, ibu baby ni jatuh. =( Jatuh dari katil.

Masa nak bangun dari katil, nak solat subuh, kaki kanan tersangkut di hujung 'baju kelawar' yang aku pakai. Aku jatuh ke bawah, tapi sempat tongkat dengan tangan kanan. So jatuh terduduk tapi tak terhentak kuat . Masa tu terus terjerit panggil darling husband, tapi si dia boleh pulak tak dengar. Masa tu darling husband di bilik sebelah, bersiap-siap nak solat. Dua kali aku panggil tapi si dia tak dengar jugak. Last-last aku diam je, duduk je kat lantai tu sambil gosok-gosok lengan. '__'

Darling husband masuk bilik, terkejut tengok aku duduk bawah, sebelah katil. Buat muka sedih je la aku.. Nak menangis jugak sebenarnya, bukan sebab sakit, tapi sedih sebab si dia nak pergi out-station lama hari ni. Kami sangat risau sebenarnya, takut terhentak. Nasib baik tak sakit dah lepas tu, perut pun tak sakit. Kalau sakit ke bleeding ke, memang aku terus pergi klinik dah. Tapi memandangkan hari ni kelas full sampai petang, aku just berjaga-jaga je lah.

Pagi tadi risau sangat-sangat sampai dah rasa nak pergi jumpa doktor mintak scan baby. Sebab rasa macam baby kurang gerak. Sebenarnya gerakan ada, cuma pagi tadi kelas amali, aku berdiri, so kurang sikit rasa gerakan. Masa drive pergi kerja pagi tadi banyak kali pesan kat baby supaya gerak banyak-banyak hari ni, Macam semalam baby aktif dari tengah hari sampai malam!

Alhamdulillah petang ni baby dah aktif sangat. Sambil taip ni pun baby gerak-gerak. Hopefully tak ada apa-apa yang membimbangkan lah lepas ni. Amin...

Nota untuk baby: Baby, ibu mintak maaf kalau baby terkejut masa ibu jatuh pagi tadi. Ibu akan lebih hati-hati lagi lepas ni ye. Baby jangan buat ibu risau tau. Baby kena aktif selalu, tendang lah banyak-banyak. =) Ayah out-station seminggu kali ni, nanti baby jangan lupa pulak suara ayah bila ayah balik nanti.. =) Ayah pun dah rindu nak borak dengan baby tu..