Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Sunday, June 27, 2010

Kenduri & i-City

Salam..

Entry yang nak menceritakan kisah yang dah agak 'basi'. Kejadian berlaku kira-kira 2 minggu yang lepas.

Kepulangan suami disambut riang (ececeh). Sebenarnya ada kenduri kahwin kawan baik darling husband di Kot Tinggi pada 12hb Jun tu.. So alang-alang ke nak ke sana, kami pulang la ke kampung halaman darling husband. Bawa sekali album kahwin untuk tatapan keluarga baru ku.. =) Baru lagi ke??

Bermalam di rumah mertua (owh rindu pada katil pengantin kami), esoknya ke Kota Tinggi. Si pengantin bernama Pengat (tentunya bukan nama sebenar, hanya nama glamour =D) dan Nurin. Sempat bergambar dengan pengantin.

Darling husband - Pengat & Nurin - Aku si tembam

Esoknya, sebelum balik Pahang, kami ke Shah Alam. Darling husband nak cari barang kereta kat Klang. Malamnya kami ke i-City Seksyen 7. Owhh baru beberapa tahun tinggalkan UiTM Shah Alam, banyak sangat perubahann. Dulu pergi pasar malam dekat depan tapak i-City ni. Huhu.


Tiba-tiba mood malas datang melanda. 

Ok bye!





Tuesday, June 22, 2010

R.I.N.D.U


I miss him so much!

:'-(




Sunday, June 20, 2010

4 Months Anniversary

Syukur Alhamdulillah...



Saat entry ni ditulis, 4 bulan yang lepas, tepat pukul 10.15pm, 
dengan sekali lafaz, aku selamat menjadi isteri kepada beliau..


Aku bersyukur padaMu Ya Allah, atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga. 

Dan selama 4 bulan inilah, aku masih tidak putus berdoa agar kami dapat tinggal bersama..

InsyaAllah..

"Abang, i sayang abang selama-lamanya!" =)

20 JUN 2010 :: RAIKAN BAPA

20 JUN 2010 : SELAMAT HARI BAPA, ABAH & ABAH MERTUA..

Kali pertama. Aku meraikan dua orang insan istimewa bergelar 'Bapa' dalam hidup aku. Kedua-dua insan yang aku panggil 'Abah'. Bapa kandung dan bapa mertua. 

MOHAMAD SHAH B ABD RAZAK & MANSOR B ISMAIL

 (Kiri: ABAH, Kanan: ABAH MERTUA)

Selamat Hari Bapa buat kedua-dua abah aku ni.. =)

Orang selalu sebut, kasih ibu membawa ke syurga. Kasih bapa berkorban nyawa. Aku setuju dengan penyataan tu. Bapa mana yang tak kasihkan anak. Mungkin abah tak tunjuk secara terus, yang abah sayangkan anak-anak abah sepenuh hati. Tapi aku tahu, dan aku nampak abah sangat bersungguh dalam apa pun yang dilakukan untuk kami sekeluarga. Bagi aku, abah berpandangan jauh. Walaupun kadangkala banyak sangat arguments bila berbincang (contohnya semasa menguruskan majlis perkahwinan aku), tapi aku sedar semuanya untuk kebaikan.

Abah mertua pula, sangat pendiam. Sangat tidak banyak bercakap. Tapi sekarang aku perlahan-lahan cuba mengenali hati budi abah mertua, megikut suami balik kampung. Rupa-rupanya abah mertua aku kelakar orangnya. =)

UNTUK ABAH & ABAH MERTUA, TIADA APA YANG DAPAT BALAS JASA DAN PENGORBANAN ABAH UNTUK KAMI. TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA. KAMI CUBA SEDAYA UPAYA MEMBAHAGIAKAN ABAH, WALAU BUKAN DENGAN WANG RINGGIT. KASIH SAYANG ABAH TIADA TANDINGAN..

 (Doa untuk ibu bapa)

Tuesday, June 15, 2010

Baby Debab

: : B.a.b.y  D.e.b.a.b  D.a B.o.m.b : :

 "Hello! Nama saya Marilyn.. "

"Pipi saya bulat kan?? Orang suka cakap saya si debab bab bab.."

 "Pastu saya buat muka macamni. Macam Shin Chan ke muka saya??"

"Haa.. Tak macam Shin Chan pun kan? Saya nak pergi jalan-jalan ni.. Ikat rambut dulu.. Eh tapi tangan macam nak nasyid je.."

"Huaargghh ngantuk pulak.. Nak tido lah kejap.."

 "Tolong jangan kacau saya tido kalau tak nak saya marah. Nampak pipi saya ni??"


"Zzzzzzzzzzz........"



Tuesday, June 8, 2010

Kanak-kanak Dua Tahun Pandai Merokok

Salam..

Nak share dengan kawan-kawan, mungkin juga ramai yang dah tahu.

Kisah seorang kanak-kanak 2 tahun di Indonesia.. Kecik-kecik dah pun diajar merokok. Kesian! Pertama kali dia diajar mengenal rokok semasa berumur 18 bulan. Paling menyedihkan, budak tu dah ketagih dengan rokok.. Hmmm.. Tak dapat dibayangkan macamana masa depan dia, kesihatan dia..

 Semangat jugak badan budak ni..

Hisap rokok dengan penuh bergaya!
 Tengok tu, boleh lagi main tembak-tembak, dengan rokok kat bibir. Isk. Aku simpati betul dengan budak ni.. Dah la aku ni anti-rokok.






Wednesday, June 2, 2010

Picnic + BBQ Yang Super Best!

Salam..

Sabtu minggu lepas aku ajak keluarga pergi picnic dekat Sungai Lembing. Jumaat tu cuti umum Hari Wesak, so semua orang bercuti (kecuali ada la sorang adik aku ni yang asalnya kena kerja tapi boleh tiba-tiba cancel pergi kerja sebab tengok betapa bestnya kitorang buat persiapan nak pergi picnic tu!). Darling husband pun balik lama sikit dari sebelum-sebelum ni (lebih sehari je pun - itu sangat bermakna bagi aku), so nak la spend masa yang amat-amat berkualiti dengan mereka semua kan..

So bangun pagi-pagi, lepas solat semua, terus la buat persiapan.. Pergi naik trooper dan proton. Kaum-kaum lelaki naik trooper, kaum-kaum perempuan naik proton. Kereta-kereta lain tak rela nak dibawa sebab ngeri mengenangkan tempat picnic tu yang agak mencabar. Hehe..

Dalam pukul 9a.m, bergerak la kami ke Sungai Lembing..

 Ni sebelum sampai tempat strategik untuk picnic lagi.. Berhenti seketika, menumpang pondok orang kampung yang kelihatan tu.. Untuk apa?? 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*gambar deleted*
Breakfast!! Roti canai tu dah siap dibeli sebelum bertolak lagi, tapi disebabkan tahap keterujaan yang agak tinggi, tapau jelah. Terima kasih la kat pakcik makcik yang benarkan kami menumpang bersarapan di pondok tu. =D
Dah sampai, kena jalan sikit nak pergi tempat tu, sebab proton park kat kawasan darat. Yang trooper je layak masuk kawasan ni dan mengharungi air sungai sejuk paras betis tu..

Oppsss.. Awek seksi!

Air sungai ni sejuuuukkkk yang amat! Memang slowly la kena rendamkan badan. Grrrrr.... Anyway ni area sungai yang bawah, atas tu ada air terjun yang sangat best! Gambar tak dapat nak disiarkan atas sebab peribadi. Hehe..

Sambil-sambil mandi, bakar la segala haiwan makanan laut dan darat yang dibawa.. Ada ayam, kambing, sotong, ikan.. Udang takde sebab pergi cari dekat Carrefour, habisss....

Tengah-tengah syok menikmati nasi dan lauk-lauk sampingan yang menyelerakan tu, datanglah tetamu yang tak diundang ni.. Seumur hidup aku tak pernah jumpa ulat gonggok sebesar ni (berapa belas kali ganda dari ulat gonggok biasa tu!) Eeeeuuuuuu goli den! Eh tapi betul ke ulat gonggok tu?

Dah puas berendam, mandi manda, balik lah kami.. Oh itu aku yang memakai t-shirt 'Just Married'. Darling husband yang snap gambar.. 

Ohh nak jugak berposing secara duet. Mesti la kena ada, dah pakai baju sedondon. Biar la dah 3 bulan kahwin pun, nak jugak mengaku 'Just Married'. Ngeeee~~

Last but not least, jambatan gantung!! Muka semua konon-konon macam 'alah, ok je naik jambatan ni, tak gayat langsung'. Padahal... =D

Hahah nak jugak!! Biarlah! =p

Daa~~

p/s: Tempat mandi tadi tu adalah di Sungai Jin, Sungai Lembing. Recommended!!