Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, March 28, 2011

Kuih Lapisku

Assalamualaikum..

Rentetan daripada entry yang dulu ni, aku ada buat sajian istimewa (istimewa la bagi aku sebab tak pernah lagi buat sebelum ni).

My first ever kuih lapis.


Agak lembek, tapi ok la for me. Perlu lebih rajin lagi. Practice makes perfect kan.

Ni sajian istimewa Ahad minggu lepas. Untuk Ahad semalam, aku ada juga sajian istimewa. Juga, mungkin tidak istimewa bagi orang lain, tapi istimewa bagi aku dan darling husband. =)

Friday, March 25, 2011

Earth Hour 2011

Esok, 26 April 2011, pukul 8.30 malam.


Sama-sama lah kita menyokong Earth Hour ni. Anggapkan sahaja kita black-out selama 1 jam. 

Tahun lepas aku tinggal rumah keluarga, kami adik beradik memang menyokong Earth Hour ni. Semua tutup lampu. Tapi tahun ni, aku di rumah sendiri. Malangnya aku sorang! Darling husband out station ke Cameron Highland. Kalau tak, boleh jugak candle light dinner. '__' ~~Sayang, cepat la balik..

Tapi takpe, aku akan tetap sokong Earth Hour tahun ni. Mungkin aku matikan lampu rumah, dan pergi rumah keluarga. Heeeee...

So, kawan-kawan semua, marila menyokong Earth Hour 2011!

Thursday, March 24, 2011

Cheese tart.. Oh Cheese tart..

Assalamualaikum..


Siapa yang tak suka makan cheese tart, memang rugi. Sebab dia best. Dulu aku pernah buat sekali cheese tart ni. Sekali je, sebab aku letak blueberry jam tu tak cantik. Lepas tu tak jumpa blueberry jam lagi dah, so terus tak buat. Biasa buat egg tart je. Sebab adik-adik suka makan. Tapi ni dah lama tak buat dua-dua tart. 

Alkisahnya, ada kawan lama aku dah jadi pembuat kek berjaya. So aku tempah la cheese tart dengan dia sebekas.. Siap servis hantar rumah F.O.C. =) Dan, cheese tart dia sedap, just nice..

InsyaAllah ada rezeki nanti kalau teringin lagi, dan tak berapa rajin nak buat sendiri, aku akan order lagi.. Kek pun nampak macam sedap. Tak pernah lagi rasa red velvet tu. Macam tengah famous sekarang ni si baldu merah tu. 

Kalau ada yang berminat, ni blog dia. Just Dessert4u. Sorry azira, curi gambar awak. =)

Wednesday, March 23, 2011

Rindu dia..

Aku rindu dia.. Lama tak jumpa budak comot ni.


Dah makin besar.  Ingat lagi dulu pergi melawat dia masa baru lahir kat HTAA. Comel sangat. Tembam.

Ainul Jamylin.. Meh la datang rumah Mak Ani.. Mak Ani rindu bunyi pot pet pot pet Ainul tu.. Walaupun kadang-kadang Ainul buat sombong bila uncle ada dengan Mak Ani..

Friday, March 18, 2011

Meraih Hati melalui Sajian Istimewa

Assalamualaikum..

Jika sebelum ni aku tulis tentang pentingnya kaum-kaum isteri yang sayangkan suami, berusaha memikat suami dengan masakan. Hari ni aku nak tulis tentang apa yang aku pernah baca. 

Sajian istimewa yang dimaksudkan adalah sajian-sajian sampingan, yang luar dari kebiasaan. Maksudnya selain lauk-pauk biasa yang kita masak, sesekali apa salahnya kita buat hidangan sampingan. Contohnya kuih-muih ke, kek ke, ataupun manisan.. Orang Melayu kan kaya dengan resipi kuih-muih. Nak dapatkan resipi pun senang sengat. So tiada alas an. Cuma rajin dan malas sahaja..

Sejujurnya, aku sebelum bergelar isteri lebih suka mencuba masakan jenis-jenis macam tu. Cuba masak kuih, kek. Dan satu lagi aku suka buat masakan-masakan western. Contohnya chicken chop ke, lamb chop ke.. Tapi dekat-dekat nak kahwin, aku mula gigih kumpul resipi lauk-pauk. Kumpul dan simpan dalam satu fail. Sebab aku tahu, bila dah jadi isteri, kena masakkan lauk untuk suami. Aku masa bujang tak kisah sangat makan lauk apa. Tak berkira pun.. Tapi bila dah kahwin, walaupun dapat suami yang tak berkira, nak jugak masakkan dia lauk-lauk special kan.. 

Sajian istimewa tu kalau boleh cuba biasakan buat pada setiap minggu. Tapi kalau sibuk sangat, buatlah dua kali sebulan. Nak senang hujung minggu lah kan. Sabtu ke, Ahad ke, buat la kuih apa-apa.. Aku pun InsyaAllah akan amalkan. Walaupun kadang-kadang hujung minggu pergi keluar date sambil shopping (hehe), tapi apa salahnya masakkan sajian istimewa tu.. Dan, bila dah buat tu, boleh la bagi jiran tetangga rasa hasil masakan tu kan.. Tapi bagi aku, kalau sedap baru aku bagi. Kalau tak sedap, malu pulak nak bagi orang rasa. Nanti orang cakap apa pulak.. =)

Hmmm.. So, aku dah mula plan ni nak masak apa sajian istimewa minggu ni. Rasa macam nak buat kuih lapis. Sebab baru beli pengukus hari tu. =) Nyummmm sedapnya.. Harap-harap menjadi la. Amin..

Thursday, March 17, 2011

Jenama Water Filter yang Terbaik

Assalamualaikum..

Sekarang kan aku dalam proses nak memilih water filter untuk rumah kami.. Tapi kan, banyak sangat la pilihan. Bio Aura, Elken, DCL, Diamond, Coway, Imyiyaaz, Amway, CNI. Banyak lagi lah. Tak tahu jenama mana yang ok. Mungkin bila sebut ok, orang akan compare dari banyak segi, dari segi harga, function, senang nak cuci / maintenance..

So, sesiapa yang ada pengalaman guna water filter di rumah, boleh tak tolong share? Thank you in advance. =)

Mari sama-sama tolong doakan..

Assalamualaikum..

Hari ni baru aku berkesempatan tengok macamana rupa kereta yang dipandu Allahyarham pelajar aku dulu, Zurina Kalthum. Allahyarham baru sahaja tamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Awam semester lepas.

Ni keadaan kereta Perodua Viva Allahyarham,  bertembung dengan Toyota Wish milik seorang jurutera. 


Dari sumber yang didapati, adik Allahyarham, Zarith yang drive semasa kejadian. Allahyarham tidur di sebelah. Mungkin kereta dipandu laju. Ya Allah. Sedih sangat tengok keadaan ni. Macamana dengan keadaan orang yang mengalami.

Untuk Zarith yang mengalami pendarahan dalam otak dan masih berjuang di ICU, marilah sama-sama kita doakan supaya beliau dapat sihat kembali.. Dan untuk Allahyarham Zurina, sempga rohnya dicucuri rahmat. Amin..

Wednesday, March 16, 2011

Pikat Suami dengan Masakan [walaupun tak berapa pandai]

Assalamualaikum..

Untuk para isteri yang sayangkan suami, mesti la mengamalkan perkara ni kan. Pikat suami dengan masakan. Sebenarnya, pandai masak atau tak tu bukanlah satu isu. Aku akui aku pun bukan lah pandai masak. Seebelum kahwin, setakat masak lauk-lauk simple tu boleh lah. Tapi bila dah tukar status, kita sebagai isteri mesti ada usaha nak improve skill memasak kita. Demi suami tersayang.. =)

Ok ni ada beberapa tips yang aku nak share. Mungkin boleh dijadikan rujukan.. Muhasabah diri untuk aku dan mungkin untuk kawan-kawan lain, mana tahu..

1- Kalau tak tahu masak, atau tak berapa pandai masak, jangan kedekut keluarkan sedikit modal untuk ikuti kelas memasak atau apa-apa kursus masakan. Tapi bagi aku, tak semestinya pergi kursus sekali dah pandai masak. Boleh je belajar dengan mak ke, mertua ke, lagi senang. Dan jimat modal. =) Dan lagi, boleh eratkan hubungan keluarga.
2- Kerap tonton rancangan masakan, ambil nota dan cuba masak resipi tu. Yang ni aku jarang buat, sebab selalu tak sempat pun nak salin. Dan aku jarang tengok tv. Yang aku banyak salin dari internet dan buku resipi. Banyak koleksi dah, cuba tak tahu bila. Heeee..

3- Ajak suami shopping barang dapur hujung minggu. Yes, ni memang kami amalkan. Sangat best, di samping memenuhkan troli dengan barang-barang dapur, boleh habiskan masa bersama suami isteri. =) Walaupun si dia sibuk, cuba juga cari masa.

4- Kalau penat, ajak suami bantu kerja-kerja di dapur. Penting ni ye, terutamanya bagi pasangan yang dua-dua bekerja. Masing-masing penat balik kerja, untuk kerja kat rumah tu, kena la saling bekerjasama. Syukur sangat dapat suami yang tak kisah tumbuk bawang, basuh pinggan.. Alhamdulillah.. =) Apa yang penting? Kerjasama.....

5- Sesekali, tanya suami apa yang dia teringin sangat nak makan, dan cuba sediakan masakan tu. Ini juga aku amalkan. Bukan nak tunjuk pandai, tapi percayalah, suami akan lebih menghargai usaha kita. Sekurang-kurangnya kita mencuba, walaupun ada kemungkinan chicken chop kita buat tak sama dengan chicken chop yang di restoran. Boleh jadi juga, yang kita masak lagi sedap dari yang di luar, or kita create / ubah resipi. Who knows, right?

6- Jangan biarkan dapur langsung tak berasap untuk jangka masa yang lama. No no no. That's not good. Macam rumah orang bujang pulak kan.  At least, kalau dah sibuk sangat, beli la frozen food macam nugget ke, fries ke. Tak pun karipap segera. Cepat dimasak, sedap dimakan, tapi tak elok sangat untuk kesihatan, So jangan selalu sangat. Kadang-kadang takpe. Hehe. Dan, sediakan siap-siap bawang / cili mesin dalam peti, so jimat masa kalau nak masak.

Sama-sama lah kita usaha untuk memikat suami sendiri. Walaupun dia dah terpikat dengan kita sebelum ni, apa salahnya buat dia lebih terpikat dengan air tangan kita pulak, ;-)

Untuk bride-to-be, sediakan lah diri anda dengan ilmu masakan. Confirm suami lebih sayang. =)

credit: cartoonstock.com

Happy [belated] Anniversary Ma & Abah

Assalamualaikum..

Tanggal 12 Mac 2011, genap 33 tahun perkahwinan dua 'nyawa' dalam hidup aku, ma dan abah. Alhamdulillah. Jangka masa yang cukup lama. Macam-macam pengalaman dah mereka tempuh.

Hari kejadian tu asalnya aku plan nak beli kek untuk small celebration, tapi nampaknya terpaksa dibatalkan. Aku demam keseorangan di rumah. =( Nasib baik darling husband kerja siang je. Demam sebab gusi bengkak. Sampai montel sebelah pipi yang sedia montel ni. Memang tak sanggup tengok muka sendiri dalam cermin. 

So untuk ma dan abah, hanya doa yang mampu diberi. Walaupun doa tidak pernah putus setiap hari, tapi untuk hari istimewa ni (walaupun belated), "Semoga ma dan abah bahagia bersama sampai akhir hayat." Amin..

Tengok gambar ni mesti rasa sebak. :'-(
I love u, ma & abah!

Tuesday, March 15, 2011

Al-Fatihah untuk Zurina Majid...

Assalamualaikum..

Tadi tengah masak untuk makan malam, dapat sms dari adik, tanya "betul ke Zurina dah meninggal?". Aku tergamam, tapi hati macam tak percaya sangat. Aku reply sms tu dan tanya adik, "siapa bagitahu?". Lepas tu dapat cerita sebenar..

Zurina, pelajar Kejuruteraan Awam di kolej tempat aku mengajar, meninggal dunia petang tadi. Aku tak pasti pukul berapa. Daripada cerita yang aku dapat, arwah dalam perjalanan ke Kuantan untuk ambil slip peperiksaan di kolej esok. Kemalangan di Pekan, adik arwah yang drive. Adik arwah masih di ICU.

Sampai sekarang, aku macam masih terkejut dengan pemergian arwah. Aku tak rapat dengan arwah, tapi pernah mengajar dia dua semester berturut-turut. Arwah seorang yang happy-go-lucky bila dengan kawan-kawan rapat dia. Tapi dalam kelas aku, dia agak pendiam.

Sama-sama kita sedekahkan surah Yassin dan Al-Fatihah kepada pelajar ini. Untuk sahabat-sahabat arwah, tabahkan hati, banyak-banyak doakan untuk dia di sana. Semoga dia tenang dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...


Takziah untuk keluarga arwah..

Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum..

Sebelum movie ni ditayangkan, aku dah remind pada darling husband, nak ajak tengok jugak. Banyak kali jugak bagitau dia nak tengok, nak tengok. So last week, hari Sabtu dan Ahad si dia kerja, Jumaat malam tu aku ajak tengok movie ni. Tiket movie tu hari Khamis dah beli masa balik kerja. Alang-alang husband ajak pergi Megamall nak beli something. Kadang-kadang best jugak tengok wayang di Megamall, daripada ECM. Bukan apa, sebab Megamall kurang crowded dengan manusia. Aku tahu darling husband tak suka crowded sangat. Fenin!

So kami tengok show pukul 9 malam. Sempat masak spageti lepas balik kerja. =) Overall, cerita ni boleh dibanggakan sebagai sebuah cerita yang made in Malaysia. Memang tak adil kalau kita compare Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) dengan cerita-cerita luar tu. Memang mereka hebat. Kadang-kadang boleh feel macam tengah tengok cerita luar.

Tapi personally bagi aku memang ok lah cerita tu. Ada la certain parts yang aku rasa macam kelakar sikit. Hihi. Contohnya part orang kampung fighting, macam laju semacam je. Berapa kali jugak lah aku bisik pada darling husband pasal tu. Lagi satu, darah memercik tu macam tak berapa real. Dan, lagi satu, banyak pulak lagi satu aku, Jehan Miskin macam kelakar je. Tak tahu kenapa.

Itu pendapat aku la.. Aku bagi 4.5 bintang. Oh lagi satu, aku tak perasan langsung lagu  Sedetik Lebih tu dimainkan waktu bila, scene mana ye. Boleh?? 

Anyway Tahniah lah KRU! =D

Friday, March 11, 2011

Dapat jugak merasa..

Assalamualaikum...

Lama betul tak buat entry baru. Nak kata sibuk sangat, takde la pun. Tapi macam takde mood. Macam selalu penat. Badan pun tak berapa sihat. Kurang cergas je rasa. Kena cepat-cepat makan vitamin ni..

Ok last entry aku sebelum ni tentang macarons kan? Hehe alhamdulillah dah dapat rasa.. =)

Aku dapat yang bermacam-macam warna. And ada 3 flavours dalam tu.

Zoom sikit. Nyum-nyum...

Zoom lagi. Ni flavour apa ntah. Macam ada mint sikit. Aku lagi suka yang hijau and coklat tu.

Kesimpulannya, macarons tu memang sedap. Tapi make sure kalau makan kena ada air kosong. Dan tak boleh selalu makan. Pertamanya, sebab dia manis, tak baik untuk kesihatan. Keduanya sebab dia mahal. Tak baik membazir untuk makanan yang kurang baik untuk kesihatan. =) Tapi sesekali takpe.

Tuesday, March 1, 2011

Macarons tu best ke?

Assalamualaikum...

Sebelum masuk pasal tajuk tu, nak bagi ucapan sikit ni. Ermmm terima kasih banyak-banyak pada penyokong-penyokong blog ni. Hari ni tengah hari baru dapat on laptop sebab ada field practical. Cuaca amat la baik dan panass..
 Bila tengok dashboard, follower dah jadi 100..

Thanks for your support, guys! =)

Ok back to the topic. Dah ramai bloggers bercerita tentang macarons ni. Semalam aku baca review, macam best je makanan tu. Walaupun orang cakap macarons tu manisssss sangattt, tapi sedap. Betul ke?


Aku macam teringin je nak rasa. Dah la comel, macam-macam warna,. Siapa pernah makan?? Mana nak beli ye? Harga pun agak mahal kot. Sebiji kecik tu dalam RM2 lebih la.



Isk. Tu kan tak elok untuk kesihatan. Tapi aku nak jugak rasa.. Mana nak beli ye??