Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, July 13, 2010

My DIY Guestbook

Salam..

Ni kisah guestbook masa majlis perkahwinan kami. Majlis belah perempuan. Sebenarnya idea nak ada guestbook tu wujud pun disebabkan aku rajin baca blog-blog bride-to-be sebelum kahwin dulu. Then terfikir, bagus jugak ada guestbook. At least boleh dijadikan kenangan, selain album kahwin. Lagi pulak, majlis aku di dewan, so memang tak dapat nak jumpa dengan semua tetamu. Memang idea yang sangat bernas la kan. Kita akan tahu siapa datang majlis kita, walaupun tak sempat jumpa dia.

Ok. Guestbook aku DIY saje. Asalnya survey-survey jugak kat internet. Ada banyak yang buat readymade guestbook cantik-cantik. Tapi aku decided untuk buat sendiri. Sebab:

1) Nak design sendiri, yang simple dan boleh letak gambar kami pengantin yang comel =D
2) Reduce cost. Biasa lah, masa nak kahwin semua benda kalau boleh nak jimat
3) Lebih dari segi sentimental value. Hasil kerja tangan pengantin kan. Ehehe
4) Tak nak design sama macam yang readymade. Eh eh macam sama je maksud dengan yang nombor 1

So, tanpa membuang masa, dalam kesibukan, aku sempat la curi masa menyiapkan guestbook aku tu.. Simple je.. Tapi puas hati..


Macam ni je lah design muka depan (bahagian dalam. cover depan ada gambar kami si pengantin).. Guna A4 paper je.. 

Tapi tulisan penuh warna-warni! Sebab aku sediakan macam-macam warna pen kat atas meja guestbook tu. Yang atas tu adik bongsu aku a.k.a flower girl yang tulis, yang bawah tu adik aku a.k.a pengapit aku yang tulis. Nak tergelak pun ada baca ucapan adik bongsu aku tu.  
"Semoga dapat anak yang comel, manis dan tidak kembar"
Hahah!

Ada jugak yang gunakan sikit je space, so satu page tu ramai yang tulis ucapan diorang. Tak kisah lah.. Ucapan tu satu doa jugak kan?



Overall, aku puas hati. Ramai jugak yang tanya, beli kat mana guestbook tu. Eheheh. Boleh buat bisnes tak agak-agak? 
Sampai sekarang, kadang-kadang kalau bosan, selain bukak balik album tengok gambar kahwin, aku suka bukak balik guestbook aku, baca ucapan-ucapan tetamu. Ada yang lawak, siap lukis-lukis kartun lagi. Comel! 

Owhh tak jumpa gambar meja guestbook masa kat dewan. Nantilah kalau ada.

7 comments:

Cik Belle said...

cantekla shas.. sukee! hehe. bole copy idea nie.. hehehehe bole ke? hihi

Mrs Azhar said...

atia: cantik ke? simple jek.. copy idea? boleh aje.. sharing is caring.. hehe. sila2 jgn segan..

Lala said...

erm, cantek jugak! sekadar lihat-lihat, nanti kalau nak copy idea jugak, boleh? hehe mintak permission bagi menghormati..hehe

Hasnah said...

Owh asna xbuat guest book pun. sbb xcukup tgn dah nak buat huhu~

Mrs Azhar said...

lala: thanks.. hehe boleh aje.. buat la macamana pun.. memang xkisah dh.. sbb zaman sy dh lepas.. hehe mcm tua sgt lak

asna: owhh asna tak buat ek.. kalau x boleh tambah lg satu kenangan manis. ;-)

Nora Karim said...

bestnya.. akak pun tak buat dulu... mungkin masa zaman akak tu bukan zaman buat guestbook... biasala kenduri kawin pun ada trendkan... hm... tapi sweet kalau ada guestbook.. boleh baca time serabut kepala... kind of stress solution...

Mrs Azhar said...

k.nora, a ah btl tu kawin mmg slalu ikut trend. mmg best. mengimbau kenangan, selain drpd album kawin. =)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D