Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, October 27, 2010

Kisah Bulan Madu #1

Salam...

Mode berangan yang indah-indah sekarang ni tengah on. Padahal banyak je kerja nak kena buat. Ni tengah marking test paper students sebenarnya. Tapi biasa lah, kadang-kadang terapi itu perlu. Berangan adalah salah satu terapi bagi aku. =D

Dah lama teringin nak update cerita-cerita indah macamni, tapi kadang-kadang tak berkesempatan. Tak pun tak cukup bahan. Hihi. Seronok sangat bila baca dan kenang balik semula cerita-cerita yang indah-indah ni.

So sekarang, mari mulakan. Kisah bulan madu kami. Ada tujuh semuanya. Setakat ini. Ya. Setakat ini lah. Walaupun mungkin ada yang beranggapan 'alah, setakat dalam Malaysia', aku tak kisah pun. Bagi aku bulan madu tak semestinya jauh-jauh ataupun berminggu-minggu. Dalam Malaysia je pun tak kisah, ASALKAN aku dapat spend masa berkualiti bersama si dia. Kami berjumpa sekali / dua kali sahaja dalam sebulan, jadi kalau boleh setiap kali berjumpa nak dijadikan bulan madu! =D Lagipun darling husband susah nak cuti, so terjadi la bulan madu versi kami sendiri.. Kadang-kadang unplanned pun.

Yang first, mestilah sejurus selepas menjadi kekasih halal! Heheee.. Masa ni feeling lebih sikitttt, inai masih di jari lah katakan. 
Ye.. Dua hari sahaja.. Hari ke 5 menjadi kekasih halal, kami berjalan-jalan ke Bukit Tinggi dan Genting Hihghlands.. Cukup lah dua hari. Sebab ada agenda seterusnya pula...

Dari tanah tinggi ke pantai pula. =) Yang ni best sangat-sangat! Water chalet tu. Aku booked awal, before kahwin lagi. Hehe. Sangat-sangat puas hati dengan chalet tu. Privacy, spacious, boleh memancing-mancing dari balcony.. Pendek kata, best lah. Panjang tak kata apa-apa. Heeeee...

Dari pantai, ke tanah sejarah pula.. Yang ni sebab dah dekat nak balik ke Johor, untuk majlis sambut menantu. Yang ni paling penat. Sebab nak melawat tempat-tempat sejarah tu semua kan. Dah la panas. Tapi takpe sebab tetap indah. Hihi.. Lagipun naik beca, bukan jalan kaki.. Itu pun tak sempat nak lawat semua tempat. Sebab family baru (mertua) suruh balik kampung awal sikit. Ada marhaban..

So inilah bulan madu pertama kami.. 8 bulan yang lepas. Haha. Bukan di Krabi macam pengantin-pengantin baru yang lain.. Tapi apa pun aku puas hati. InsyaAllah ada rezeki nak jugak ke tempat-tempat romantik yang lain tu kan. Tapi constraint dari segi masa.. Darling husband pun susah nak plan cuti.. Tak kisah lah. Kalau dah pasangan romantik, pergi mana-mana pun tetap romantik. Tak perlu ke Krabi / Paris pun.. Yang penting bercuti bersama-sama.. =)



Friday, October 22, 2010

Konvokesyen

Salam...

Sekarang ni kat hotel di Taman Universiti, Skudai.. Aku ke sini bersama keluarga sempena konvokesyen adik aku Nabila. Dan juga sebagai pensyarah jemputan untuk menyertai perarakan akademik untuk konvokesyen pagi esok (23 Oktober 2010).

So esok aku akan menyaksikan bekas-bekas pelajar aku konvo dan juga adik aku ni. Alhamdulillah, mengikut jejak ku, diploma kelas pertama. Dan pelajar terbaik kolej kerjasama (IKIP International College). Hik ;-). So malam ni dia ada dinner di Pulai Spring Resort. Best la kau! Huh



Di sebelah kiri itulah orangnya.. Adik selepas aku..

Thursday, October 21, 2010

20102010 :: 8 bulan yang sangat membahagiakan.. =)

*gambar deleted*


Genap 8 bulan dah perkahwinan kami..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Itu sahaja yang ingin aku ucapkan.

Yang lain, biarlah aku ucapkan pada suami tersayang sahaja. =)

Doakan kebahagiaan kami, dunia akhirat.. 
Amin...


Friday, October 15, 2010

Bersanding

Salam..
Tiba-tiba terasa nak letak gambar masa bersanding.
Jealous tengok orang lain bersanding (tak puas-puas bersanding aku ni).
Tapi sebenarnya gambar masa on the way nak pergi bersanding.
Hihi

Monday, October 11, 2010

Sehari sebelum 101010

Salam..

Orang semua sibuk buat entry 101010. Yang paling hangat adalah entry perkahwinan Angkasawan Negara tu. Aku tak berkesempatan tengok Nona siang tadi, cerita tentang perhubungan beliau dengan isteri beliau sebelum berkahwin, sebab pergi kenduri kahwin kawan kepada darling husband (kira kawan aku jugak lah kan, actually kawan rapat darling husband masa zaman mengorat aku dulu,  hiks). Tapi sempat tengok majlis persandingan kat PICC tadi. Boleh la tahan, tak la sehebat majlis-majlis artis yang grand sangat tu. Yang paling menarik kek kahwin. Hihi macamana la nak makan.

Ok back to the topic. Sehari sebelum 101010, means 091010. Tak ada apa-apa yang istimewa sangat pun, tapi tetap istimewa bagi aku sebab dapat spent time bersama husband. After 3 weeks! =)

Kali ni bersama jugak adik-adikku. Kami pergi karaoke! Layan adik-adik je sebenarnya. I'm not that type actually. Tapi darling husband boleh la tahan. I love his voice! =) Tapi yang penting suara aku tak sedap langsung berkaraoke. Serious, tak best langsung!

Inilah kami pada hari kejadian.. Tempat pilihan: Xanax @ Kompleks Teruntum Kuantan..


Tuesday, October 5, 2010

Oktober.. Cepat lah berlalu..

Oktober.. Cepat lah berlalu..

Biasa orang merungut cepat sangat masa berlalu. Tapi aku nak Oktober ni cepat-cepat habis.. 

Bermula minggu depan, aku travel setiap minggu sampai hujung bulan. Travel = Kesakitan. That's it. Masa taip ni pun tengah tahan sakit. Belum travel jauh-jauh lagi.

Minggu depan, Bengkel Penilaian di UTM KL (2 hari)

Minggu selepas itu, Wakil Jabatan Kejuruteraan Awam ke Konvokesyen UTM Skudai (2 hari).

Minggu selepas itu lagi, mengiringi pelajar ke Program Khemah Ukur IKIP-UTM di Melaka (5 hari).

Permohonan aku untuk tidak mengiringi pelajar atas sebab kesihatan, tak diluluskan. ;-( Tiada pensyarah lain yang boleh jadi wakil.

Andai mereka tahu keadaanku... 
Yes. Memang aku dapat claim. Tapi claim tak membawa apa-apa makna dibandingkan dengan kesakitan yang aku tanggung. 

Tapi satu je, bak kata suami, kerja itu tanggungjawab. So ni kerja aku. Ni tanggungjawab aku. Pasrah dan redha! Sepertimana aku pasrah dan redha dengan dugaan-dugaan sebelum ni.

Doakan aku lebih tabah, hari demi hari... Terima kasih juga atas doa-doa kalian sebelum ni. Terima kasih.

Tunang

Salam..

Hari ni, 5 Oktober 2010, genap 2 tahun kami bertunang. Heeee...

Walaupun dah bergelar 'husband & wife', kami tetap takkan lupa saat bergelar 'fiance & fiancee'..

=)

Tapi yang nyata, gelaran yang pertama itu lebih BEST!

Alhamdulillah..

Tapi mungkin selepas ni, gelaran 'mommy & daddy' akan jadi lebih best. =)

InsyaAllah.. Doakan sahaja.

Monday, October 4, 2010

Our love grows stronger everyday..



Pernahkah selama ini
Ku berhenti mencintaimu
Pernahkah kau mendengar
Ku tak ucap sayang padamu

Di setiap getar jantung
Ku selalu sebutkan namamu
Cintamu telah membuat hatiku
Terukir jelas dirimu

Engkaulah jiwaku
Engkaulah mimpiku
Kaulah separuh dari hidupku
Hanyalah dirimu
Yang membuat segalanya indah

Bilakah yg kurasa
Semua itu akan abadi
Kan kulakukan segalanya
Agar ku dapat cintamu

Ku sayang dirimu
Ku jaga hatimu
Di sini tempatmu di sisiku
Tetap ku terjaga
Dalam tidurku memikirkanmu