Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, September 8, 2014

MISTERI SURAH AL FATIHAH

Assalamualaikum... Aku terjumpa artikelni di Facebook, dan terfikir macamana nak jadikan benda ni sebagai simpanan yang mudah dicari. Untuk rujukan aan datang. So, blog la tempat yang sesuai..

MISTERI SURAH AL FATIHAH

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA ...

Monday, July 14, 2014

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM

Assalamualaikum..

Terbaca ni di facebook. Aku terus terfikir untuk catatkan dalam blog. Sebab bukan semua ni mampu aku hafal. At least catatan ni kekal dalam blog, insyaAllah..

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM :

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.
2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.
3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.
4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.
5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.
6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).
7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.
8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.
9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.
10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.
11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.
12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.
13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.
14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.
15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.
16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.
17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.
18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.
19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.
20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.
21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.
22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.
23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.
24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.
25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.
26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.
27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.
28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.
29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.
30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

Friday, May 16, 2014

Mei 2014.. Hani dah 2 tahun..

Assalamualaikum..

Hari ni 16 Mei 2014, genap sudah 30 tahun aku hidup di bumi Allah s.w.t. Aku bersyukur dengan apa yang aku miliki, walaupun hakikatnya banyak lagi impian yang belum atau mungkin tidak akan tercapai.. 

9 Mei 2014, seminggu lepas, genap 2 tahun kelahiran princess kesayangan kami. Hani Qalesya bt Mohd Azhar. Dah besar anak ibu. Dah pandai macam-macam sekarang ni. Hani di usia 2 tahun sudah sangat petah. Masuk umur 2 tahun ni juga baru Hani menunjukkan minat untuk mengikut ibu dan ayah bersolat dengan bertelekung. Sebelum ni susah juga kami nak bersolat bersama, tapi dah masuk 2 tahun ni Hani lebih faham, walaupun ada jugak ibu kena kacau (tarik telekung, jerit-jerit, sepak kepala) masa tengah solat bila ketiadaan ayah sebab out station..

Tidak seperti tahun lepas, hari lahir Hani kami buat sambutan bersama ahli keluarga dan orang-orang masjid. Kami adakan doa selamat untuk Hani. Tahun ni, tiada sebarang majlis lagi yang dibuat. Perancangan ada, tapi mungkin kerana darling husband sangat sibuk, plan hanya tinggal plan. Tak tahu sama ada plan akan berjalan seperti dirancang atau tidak. Aku banyak plan sebenarnya, salah satunya melibatkan penghuni rumah tahfiz. Aku tak nak buat sambutan birthday anak dengan potong kek dan makan-makan semata, aku nak lebih dari tu. Aku teringin sangat minta orang-orang soleh doakan Hani Qalesya. Itu lebih bermakna bagi aku. Sebab tu tahun lepas jemput orang masjid, tahun ni aku plan pelajar tahfiz pulak. Tapi tulah. Aku seorang sahaja yang nampak beria.. Hmmm...

Tak apalah, yang penting doa ibu untuk Hani Qalesya tak pernah putus. Hadiah? Tahun ni aku belikan Hani basikal dan aku cadangkan darling husband belikan Hani emas. Hahaha. So hadiah Hani tahun ni adalah basikal dan cincin emas di jari kecilnya ;)

 

Sekarang Hani selalu buatkan kami gelak / geleng kepala dengan words / sentence yang keluar dari mulut dia. Antaranya:

- Aku tanya "Hani ada batuk tak kat rumah ma (pengasuh) hari ni?" Hani jawab "Tak kot.."

- Bila Hani nampak ibu ayam dengan ayam jantan kat halaman rumah, aku selalu bagitahu Hani "Tu ibu ayam, tu ayah ayam.. " Then Hani terus tanya "Hani dia mana??" [dalam pemahaman Hani, satu family mesti ada ibu, ayah dan Hani. Hani = anak. Hahahaha

- Kalau Hani nak 'ngecek' makanan apa-apa dari aku / darling husband, dia dah pandai cakap "Nak ciketttt" dengan suara comel dia. Lagi lawak, bila dia mintak susu (aku masih menyusukan Hani sebab dia tak nak botol susu kalau dengan aku) pun dia akan cakap "Nak ciketttt ibu.." Kadang tu sambil tengok tv ke, dia masukkan tangan dia dalam baju aku, sambil sengih-sengih dia cakap "Korek ape tuuuu..." Hahahaha

- Orang cakap memori budak kecik ni sangat kuat kan, ibarat span, semuanya diserap. Memang betul. Kami pernah bawak Hani ke beberapa aktiviti selawat / Karnival Cinta Rasul kalau ada yang berdekatan. Sebelum ni Hani suka tengok Ya Hanana kat tv dan aku selalu pasang qasidah / selawat nabi dalam kereta. Satu hari, aku pakai palazzo yang sama masa bawak dia tengok karnival tu di masjid Indera Mahkota dulu. Terus Hani tanya, "Jom Ya Hanana nak? Hani nak Ya Hanana kat masjid". Alolololoooo ingat pulak dia outfit yang aku pakai. Aku pun tak ingat kalau Hani tak cakap.

- Kalau weekend, nak bawak Hani keluar, contohnya malam minggu, selalu darling husband akan cakap "ayah dengan ibu kena solat dulu, lepas tu kita gi jalan ye". Sejak tu, bila Hani tahu kami nak bawak dia jalan-jalan, dia sendiri yang akan cakap "Hani nak solat dulu. Ibu solat, ayah solat. Pastu kita gi jalannn!". Terpaksa la ibu bagitahu Hani, dah masuk waktu baru boleh solat ye sayang. Sebab time tu waktu solat lambat lagi. Hehehehe

- Kalau nak makan, memang Hani diajar untuk tadah tangan baca doa dulu. So bila di rumah Nekma, makan dengan Tok Ayah ataupun Asyu, Hani pun arahkan orang lain tadah tangan sama-sama dengan dia, walaupun orang tu dah makan dulu sebelum dia. "Tok Ayah, bismillah!!" Sambil tunjuk tadah tangan kat Tok Ayah. Kadang tu ibu / ayah lupa, dah suap sikit kat Hani, Hani sendiri yang stopkan kami, terus tadah tangan. Tersentak, malu aku '__'

- Aku juga ajar Hani untuk minta maaf kalau buat salah. Hani ni ganas sikit, biasa la kan budak kadang-kadang dia throw tantrum, aku marah la jugak kalau dia nak baling semua barang especially bila darling husband out station lama. Now dia dah faham, bila dia tahu aku marah, aku akan cair bila Hani cakap "Ibu, nak mintak maaf " (dia sebut maah).. Pernah sekali tu Hani lupa agaknya word MAAF tu, dia cakap "Hani nak mintak emmm ermmm.. nak mintak ape ibu??" =D

Sesungguhnya aku nak sangat menikmati moments indah ni. Aku tahu saat ni takkan berulang.

Princess (pintes, bak kata Hani) tengah baca bku sambil pakai crown terbalik.

Budak suka buli ibu.

Ayah out station, ibu bawak Hani main kat pantai.







Wednesday, April 16, 2014

Ingin Bersedekah?

Assalamualaikum..

Sabtu ni, 19 April 2014, saya akan mengadakan lawatan ke Rumah Anak Yatim dan Miskin Nur Iman di Kempadang, Kuantan, Pahang bersama wakil-wakil pelajar saya. Kami ke sana untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik. InsyaALLAH, lawatan akan dibuat lebih kurang pukul 10 pagi.

Kepada rakan-rakan bloggers ataupun sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memberi sumbangan kepada Rumah Nur Iman, boleh lah menghubungi saya melalui whatsapp 0132894152 / sms 0134884152 / email shasmawarni@yahoo.com. Sumbangan atas dasar kepercayaan ye kawan-kawan.. InsyaAllah saya akan sampaikan sedekah anda terus kepada penghuni-penghuni Rumah Nur Iman..

Sedikit info berkenaan Rumah Nur Iman:

  • Rumah Nur Iman diasaskan leh orang persendirian (Ustaz Badrul Huzaini b Mohd Yusof)
  • Sekarang ni sedang beroperasi di sebidang tanah yang diinfakkan di alamat  di Lot 20436, Kg. Kempadang, Kuantan
  • Bilangan penghuni terkini setakat 16 April 2014 adalah seramai 50 orang (21 perempuan dan 29 lelaki). Anak-anak berumur 7-17 tahun.
  • Penghuni terdiri daripada anak yatim / yatim piatu / miskin dari negeri Pahang 

 Jom, kita bersedekah!

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Monday, February 3, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

Assalamualaikum..

Nak join jugak lah, walaupun blog picisan je.. Blogger Erin ada buat giveaway ni. Jadi macam tertarik nak join jugak walaupun lambat. Tengok komen kat entry tu dah lebih 60 orang join. Takpelah, mana tahu ada rezeki kan. Hehe..

TEMA GIVEAWAY
 Daddy and Baby Cool


SYARAT PENYERTAAN
Mode garang is on! keskes
1)  Follow blog ..life after "i do"
2)  Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway
3)  Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.
4)  Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)
5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.
6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha
7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.
8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu
9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini



Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!
Ok. Ni gambar yang aku rasa paling cool dan menarik di mataku...
Ok ni beberapa bulan lepas, bertempat di belakang rumah kami, darling husband sukarela offer diri untuk masuk dalam kolam tu layan Hani Qalesya mandi manda. Sebelum ni Hani tak nak mandi sorang dalam tu, ibu yang akan masuk, tapi disebabkan ni kat belakang rumah, sebelah tu adalah rumah bujang, jadi aku rasa kerelaan darling husband untuk masuk dalam kolam baby tu adalah cool. ;)
Good luck jugak untuk semua yang join!

Thursday, January 30, 2014

Anak Demam / Batuk / Selsema: Ubatan Moden vs Semulajadi

Assalamualaikum.

Awal bulan hari tu aku baru je diserang batuk dan selsema yang teruk. Sekarang berulang balik, tapi bezanya yang dulu lebih 2 minggu aku batuk, yang sekarang ni dalam 2 hari dah ok. Hani Qalesya pun ada batuk dan selsema beberapa hari sebelum ni, tapi sekarang Alhamdulillah dah sihat.

Aku ingat lagi masa umur Hani bawah setahun, Hani kerap demam. Masa umur Hani dekat 8 bulan kami hantar Hani ke taska, 3 minggu di taska, 3 kali Hani demam. Itulah pengalaman Hani sakit paling teruk pernah kami hadapi. [baca sini]. Semoga itu juga pengalaman terakhir. Sedih sangat bila kenang balik.

Berbalik kepada topik, aku nak share pengalaman aku menggunakan kedua-duanya, ubat doktor dan ubat natural (homemade remedies). 

First time aku jadi kurang yakin dengan perubatan moden (maaf kalau ada yang tidak setuju, ini pendapat aku berdasarkan pengalaman dan ilmu yang aku ada) masa aku ke satu klinik sebab sakit belakang (i'm one of scoliosis survivors). Doktor tu (perempuan, agak berumur) tanya punca aku sakit belakang, aku terangkan sebab aku pangku anak sepanjang perjalanan dari Johor ke Kuantan, lepas tu sampai rumah dia tak nak tidur, cranky sikit, biasalah baby lagi kan. Doktor tu terus cakap kat aku, "takpe, nanti saya bagi ubat selsema untuk baby awak sekali supaya dia tidur". Aku terus macam... "Doktor ni biar betul, anak aku tak sakit pun. Doktor pun tak check langsung anak aku, semudah tu nak suruh aku bagi ubat selsema kat baby aku??". 

Then, awal tahun baru ni masa aku batuk selsema tu, aku request supaya doktor (ni doktor klinik lain pulak, yang doktor perempuan berumur tu aku dah banned) bagi ubat yang selamat untuk ibu menyusu. Melalui pembacaan aku tahu yang ibu menyusu ni kena hati-hati dalam pengambilan ubat sebab takut bagi kesan pada baby. So doktor cakap yes, dia akan bagi ubat yang selamat. Bila aku search nama ubat, rupanya ubat tu tak boleh diberi pada ibu yang menyusukan anak. Sekali lagi aku tawar hati dan kurang yakin. 

So bila kali ni aku batuk teruk sangat, sampai tahap keluar air mata, bila batuk rasa kepala sakit sangat macam mengecut, aku tak fikir pun nak ambik ubat klinik. Kalau jumpa doktor, untuk pastikan penyakit sahaja, tapi ubat yang diberi aku takkan sewenang-wenangnya makan. Apa yang aku buat?

Untuk anak demam / selsema / batuk, aku buat garlic oil:
     1) Ambil beberapa biji bawang putih 
     2) Bakar bersama kulit (cucuk dengan hujung pisau)
     3) Bila dah agak-agak hangus kulit dia, tumbuk bawang tu. Buang dulu kulit yang hangus tu.
     4) Gaulkan dengan minyak zaitun

Aku sapukan nipis-nipis garlic oil ni di dada depan, belakang dan tapak kaki Hani, pakaikan stokin masa tidur. Jangan sapu banyak sangat takut dia panas. Esoknya selsema Hani dah baik. Untuk aku pun, aku buat cara yang sama, cuma aku sapu banyak la sikit. Alhamdulillah, selsema aku dan Hani cuma sehari. Tanpa makan sebarang ubat yang menyebabkan mengantuk =)

Untuk aku, ubat batuk yang memberi kesan yang sangat positif:
- Bancuhkan campuran madu (aku guna madu dari Mekah) + hirisan lemon (jangan letak sebiji nanti pengsan ;)) + air suam.

Aku minum pagi dan malam. Alhamdulillah, malam boleh tidur lena.. Dalam sehari je dah tiada lagi tekak yang gatal dan berpasir.

Aku juga semakin yakin dengan natural remedies ni sejak amalkan pemakanan sunnah. Kalau masak nasi di rumah, aku akan tabur biji habbatussauda. Aku juga akan titiskan minyak kelapa dara (vco) dalam masakan, dan gunakan minyak zaitun terutamanya kalau memasak untuk Hani Qalesya. Ayam pun aku dah tak beli ayam biasa, aku guna ayam organik Az-Zain / Raudhah. Alhamdulillah, kesihatan Hani sangat memberangsangkan sepanjang amalan itu.











Tuesday, January 28, 2014

Cerita Terkini

Assalamualaikum..

Semakin merudum mood nak tulis entry baru ni. Adakala busy, adakala memang malas dan ketiadaan mood.

Sekarang ni Hani Qalesya dah setahun 8 bulan. Bulan depan dah nak masuk 4 tahun kami bernikah :')
Banyak sangat perkembangan Hani yang aku tak catat dalam ni untuk kenangan. Ruginya.. =(

Sekarang ni Hani semakin petah, dah pandai buat simple sentence bila bercakap. Banyak jugak percakapan dia yang mengundang gelak ketawa si ibu dengan ayah. Unexpected. Kalau dulu ibu / ayah yang akan cakap "Hari ni ibu nak gi jalan, Hani nak gi jalan tak??". Tapi sekarang dah terbalik. Hani yang akan tanya ibu ayah dia "alan tak??" Hihihi. Kelmarin ada motor jual sate ikan lalu kat luar, Hani terus tanya aku "Haa.. ibu.. e nar tak (dengar tak?)". Pastu masa dalam kereta, habit Hani sekarang suka tukar-tukar cd. Kejap lagu Ya Hanana dia tu, kejap lagu nasyid lah. Bila dah berjaya masukkan cd, dia tanya ayah yang tengah driving "andai tak (pandai tak??)". Kalau nampak baju dia yang cntik-cantik yang dia suka, excited je Hani jerit "antikkkkk" (cantik).

Haa cerita pasal baju, Hani sekarang suka sangat buat ibu dia geram. Ibu jenis suka beli baju kat anak (dah nama pun gigirl hihi). Tapi sekarang Hani nak pakai baju yang dia berkenan je. Baju yang dia nak pilih sendiri. Masalahnya, baju yang sama je dia pilih! Dah tu baju-baju baru bila nak guna? Kadang-kadang ibu paksa je Hani pakai baju lain yang ibu pilih sampai nangis-nangis Hani. Hukhuk jahatnya ibu. Bukan apa, nak gi jalan-jalan takkan pakai baju sama masa kat rumah pengasuh. Hopefully fasa 'Hani nak pilih baju yang sama' ni akan berakhir soon. Huhu.

Waktu tidur Hani sekarang, kalau hari cuti, dia pandai, saje dera ibu dengan ayah tidur lambat. Weekdays biasanya Hani tidur dalam pukul 10-11pm, bangun pukul 7.40am (ibu terpaksa kejut supaya Hani menyusu sebelum hantar ke rumah pengasuh). Tapi kalau weekend, macam kelmarin, Hani tidur pukul 1am, tu pun ayah paksa sebab mata dah mengantuk sangat tapi sibuk nak main lagi. Malam semalam pun sama, Hani tak nak tidur dari pukul 11. Menyusu dah berapa kali, tapi tak tidur jugak. Main je kerja dia =). Ayah Hani dah tutup semua lampu termasuk lampu tidur pun, Hani masih nak main. Siap nyanyi-nyanyi lagi (Hani ada beberapa versi lagu rekaan sendiri ;)). Yang ibu ni dah mamai tertidur-tidur dah. Last-last ayah tepuk-tepuk, Hani tertidur bawah ketiak ayah =)

Bab makan, Alhamdulillah Hani masih lagi makan masakan dari air tangan ibu. InsyaAllah akan aku teruskan memasak untuk Hani walaupun sekarang ni selalu sangat thumb print pukul 8.28am, 8.30am ngam-ngam je demi nak memastikan permata hati aku tu makan masakan aku sendiri, dan menyusu dulu sebelum ke rumah pengasuh. Cuma baru-baru ni kami bercuti ke Langkawi, Hani makan apa yang kami makan. Eh bukan. Kami makan apa yang Hani makan. =) Ada beza tu. Aku selalu orderkan nasi putih dengan sup ayam, minta jangan letak ajinomoto. Tapi kesan makan tak tentu macamtu, Hani sembelit. Sepanjang 4 hari bercuti, Hani cuma poo-poo sekali sahaja. Ambik masa jugak perut dia nak kembali ke asal. Alhamdulillah sekarang dah ok. InsyaAllah ibu akan pastikan Hani makan buah dan sayur setiap hari. Dengan supplement sunnah jugak.

Hani Qalesya si manja =)


Thursday, January 2, 2014

1st Anniversary Giveaway HQ Collections

Assalamualaikum..

Page HQ Collections mengadakan giveaway sempena 1st anniversary..

Giveaway terbuka untuk bloggers dan facebookers..

Syarat giveaway ni sennag sangat.


1) Like FB page HQ Collections.

2) Copy & share gambar poster Giveaway di wall / blog entry masing-masing.

3) Tinggalkan komen / pm / whatsapp / sms / email kami dan bagi link untuk kami check & choose the winners!

Contest bermula hari ini sehingga 31 Januari 2014.
 
Hadiah??? 3 orang pemenang akan menerima wang tunai / tudung / pakaian dari HQC! Ni gambar poster yang perlu di'share':


Tuesday, December 24, 2013

Shawl Terbaru di HQ Collections

Assalamualaikum..

Jom jenguk page HQ Collections.. Ada koleksi shawl terbaru. Cantik-cantik semuanya.

HQ Collections

Upload terbaru, shawl 3 tone dengan awning dan tanpa awning. Kalau ada yang nak beli borong pun boleh..

Ok. Kalau ada sesiapa yang nak cari:

Tudung Syria

Inner bawal
 
Border lace

Inner neck

Halfmoon shawl bermanik

Halfmoon shawl plain

Zara inspired top

Poplook inspired top

Seluar palazzo


 Jemput tenguk page HQ Collections..

Koleksi lain pulak sekarang ni tengah Sale. Jemput tengok ye.



Friday, December 13, 2013

Telekung Lycra Murah!

Assalamualaikum..

Telekung lycra sekarang ni ramai sangat peminat. Macam-macam warna yang boleh didapati. 

Kalau ada sesiapa yang berminat nak dapatkan telekung lycra korea yang berkualiti dan tidak jarang, kain tidak berkedut dan tidak melekat di badan, boleh whatsapp ke 013-2894152 atau sms 013-4884152.

Harga yang ditawarkan cuma RM70 sahaja!


Review: PD Waterfront Hotel

Assalamualaikum..

Baru-baru ni ikut darling husband berkursus di Port Dickson. Sambil menghabiskan cuti tahunan. Yang paling utama adalah sebab suami kesayangan tak sanggup tinggalkan anak dia lama-lama sangat, since Hani Qalesya sekarang asyik cari ayah je. 

So bila cari-cari hotel, banyak yang dah full. Cuti sekolah kan. Akhirya jumpa hotel baru di kawasan Waterfront PD. Dekat je dengan tempat darling husband berkursus, so senang tengah hari dia balik belikan makanan untuk anak dan isteri kesayangan. =D

Kami booked bilik Executive King untuk 3 malam (melalui Agoda). Total yang dibayar lebih kurang RM501 (RM167 / malam). Ok lah kan harga tu, musim cuti sekolah pulak. (Called the hotel, rate yang diberi adalah RM248 per night!!) So sangat untung lah kan guna Agoda untuk book hotel.

Hotel tu sebenarnya boutique hotel, tapi bila tengok bilik dia, memang best! Sebelum-sebelum ni pernah jugak stay hotel-hotel boutique, memang kecik lah. Tapi PD Waterfront ni lain.

Bilik sangat besar sampaikan aku boleh main kejar-kejar dengan Hani Qalesya. Di sebalik langsir tu ada sliding door ke beranda. So boleh jemur baju (lepas main pantai hehe) / lepak-lepak kat luar tu sambil minum petang. Bilik air pun cantik, ada rain shower besar dan kecik.

Overall puas hati sangat dengan harga yang kami dapat tu. Selalunya hotel baru memang berbaloi-baloi. Dulu di Melaka kami menginap di Hotel Hatten, masa tengah promo price. Yang tu memang sangattttttttttt best!


Tuesday, December 10, 2013

Hani Qalesya ke Zoo

Assalamualaikum..

Sebenarnya lawatan pertama kali Hani Qalesya ke zoo ni dah lama. Check balik gambar dekat Instagram, dah 12 minggu rupanya. Hahaha. Takpelah. Just update sebagai kenangan. Nanti Hani dah besar boleh baca =)

Aku ajak darling husband pergi Zoo Kemaman. Tak main lah nak melawat Mini Zoo Kuantan (Taman Teruntum) tu. Hahaha berlagak sungguh. Sebab dulu-dulu pergi Taman Teruntum macam bosan, lepas tu malas betul nak panjat bukit tu. So kami pilih Zoo Kemaman yang belum pernah dijejaki lagi tu..

Reaksi Hani?? Nak cakap teruja sangat tu tak pun, tapi ok lah boleh ajar dia tengok live animals. Selama ni tengok gambar je. Tapi yang tak best masa pergi tu adalah masa tidur harimau. Ada jugak la tunggu harimau tu bangun, jalan-jalan. Tapi tetap tidur lena. So melepas lah Hani nak tengok harimau live dekat-dekat. 

Tu harimau tidur lena. Princess Hani tengah ralit tilik ulat gonggok depan cermin tu. Sibuk nak pegang. Tapi berlakon pegang daun. Bila ibu ayah pandang tempat lain, tangan dia slowly nak pegang ulat gonggok tu. Tapi kantoi. Haha.

Feeding the elephant. Ibu seriau je nak hulur vegies tu dekat belalai gajah. Tapi Hani rilek je bagi dengan muka tanpa perasaan '_'
Tengok orang utan. Orang utan ni bosan jugak. Macam malas je duduk situ seekor. Tapi masa aku suap Hani makan honey star, dia hulur tangan mintak. Rasanya orang utan tu dah diajar untuk hulur tangan kot.
Suka la Hani dapat bebas berjalan. Bila ajak balik, Hani nangis. Ayah yang kejar sebab hani tak nak balik, nak main kat tangga. Oh, by the way, baju kemeja denim ni dari HQ Collections. Selesa =)
Ibu, nak 'tung' (nak dukung)......... Kata Hani..

[Dari Instagram] Balik dari zoo, kami ke Mesra Mall. Beginilah gelagat Hani Qalesya bila di butik pakaian. Shopaholic-to-be??? Masuk je mana-mana butik / kedai yang jual pakaian, beginilah dia. Tu yang dipegang tu skirt yang dia minat, yang memang dia tak pernah ada sebelum tu. Lepas kejadian ni baru la ibu ayah pakaikan skirt kat Hani =D


Friday, December 6, 2013

Year End Sale di HQ Collections!

Assalamualaikum..

HQ Collections ada buat Year End Sale tau.

Kalau ada sesiapa yang nak cari shawl halfmoon plain, halfmoon beads, halfmoon leopard, inner neck silang, border lace, yang murah, cantik dan berkualiti, boleh tengok di facebook HQ Collections ye. Boleh klik dan like (HQ Collections)

Ada further discount untuk regular customers. New customers yang beli items banyak pun boleh dapat diskaun. 

PM / Whatsapp HQ Collections 0132894152.

Monday, September 30, 2013

Aidilfitri 2013

Assalamualaikum..

Biarlah dah nak masuk Aidiladha pun.. Aku baru nak up entry Aidilfitri. Hewhew~~

Raya tahun ni Alhamdulillah, dapat berkumpul dan beraya dengan my family. Ma dan abah paling happy, anak-anak 7 orang + menantu 4 orang + cucu 4 orang semua ada memeriahkan suasana. Setiap tahun memang kami akan sambut raya dengan kedua-dua belah family di Pahang dan Johor, cuma pagi raya pertama tu, kena buat giliran. So tahun ni pagi raya yang sanagt best sebab dengan keluarga belah aku. =D

Kali ni persiapan raya paling biasa kot. Baju raya aku beli siap, baju pun biasa je, cuma tambah lace dan manik. Lace aku ada jual di HQ Collections ;) Tema tahun ni warna oren. Darling husband tak beli baju baru pun.. Pakai baju masa adik ipar kahwin tahun lepas. Sebab baju tu memang jarang dipakai, so recycle jelah. Lagipun baju melayu pakai sekejap je. Untuk our princess Hani Qalesya pulak, asalnya aku belikan baju kurung readymade, lepas tu last minute aku order lagi peplum utnuk dia. Hahaha. Sebab jealous tengok anak adik aku pun beli peplum. Nak jugakkk... ;D

Jadinya, berpeplum lah anak dara kami di pagi raya..

Pagi raya siapkan anak dara dulu.. Macam biasa la kena umpan dulu baru boleh ikat rambut. Ibu dia ni dah la tak pandai ikat rambut cantik-cantik. Sambil siapkan rambut dia, sambil bercerita macam-macam nak bagi dia dduduk diam.

My small family. Tone baju ibu je lain. Tak pelah janji oren. Tudung pun aku recycle je pakai tudung murah RM15, tambah patch lace kat bahagian awning. Murah takpe, janji tutup aurat kan.. :)
Wajah-wajah kesayangan hamba..
Aku, kakak dan adik. Bersama anak masing-masing. Hani Qalesya, Humayra Nazra, Iman Isabella. Anakku over excited kenapa ntah. Hani dan Iman sebaya. Humayra kecik sikit. Beza setahun je..
Euuuu selekehnya aku! Yang ni raya kedua, ada makan-makan rumah ma dan abah. Tu baju kurung Hani yang aku beli sebelum dengki anak buah pakai peplum. Hahaha. Tudung kuning tu tudung Iman Isabella, Umi Iman saje pakaikan dekat Hani. Cekak biru tu adik lelaki aku yang kerja dekat Sepang hadiahkan. =)
Aidiladha nanti kami akan sambut di Johor pulak.. Kesian ma dengan abah, anak-anak yang dah kahwin ni semua sambut di kampung suami. Nak buat macamana kan, Aidilfitri dah berkumpul.. 

Nasib baik Aidiladha kejap je. Tapi sebab tu jugak lah Hani masih lagi takut-takut dengan family sebelah darling husband. Jumpa pun sekali sekala je.. Sedangkan kat rumah ari-hari biasa pun Hani jadi 'ekor' ibu, ni kan pulak rumah yang dia tak biasa. Confirm melekat!

Tuesday, September 24, 2013

10 Tips Kemanisan dalam Rumah Tangga ;-)

Assalamualaikum...

Aku selalu ingatkan diri dan darling husband, walaupun dah ada anak, kita kena pastikan kita sentiasa macam dulu. Mesti ada luangkan masa bersama, walaupun sekarang Hani Qalesya setahun 4 bulan, kami masih lagi belajar menyesuaikan diri dengan keadaan yang totally berbeza ni. =)

Kat sini aku nak share, beberapa tips untuk ingatan dan panduan kita bersama.. Tips yang patut kita amalkan sampai bila-bila, selagi masih bergelar suami isteri, walaupun anak dah berderet nanti (kalau Allah bagi rezeki begitu la..) Hehe. 

1. Ciuman – Mulakan setiap hari baru anda dengan ciuman. Dulu cium suami je, sekarang cium anak dan suami. Bila darling husband out station, selalu tunjuk gambar dia pada anak, nanti anak cium gambar tu.. =)

2. Cincin / gelang / rantai perkahwinan – Pakailah cincin perkahwinan anda setiap masa. Anda akan berasa dekat dengan pasangan anda setiap kali melihat cincin tersebut. Kecuali la kalau saiz dah berubah, itu tak dapek den nak tolong =D

3. Makan malam atau bercuti- Rancangkan makan malam atau bercuti ke tempat-tempat menarik bersama pasangan anda, sekurang-kurangnya sebulan sekali, bagi merapatkan lagi hubungan anda suami isteri. Kalau tak kat luar pun, kat rumah boleh.. Buatkan makan malam yang lebih special, lain dari kebiasaan.. Biasanya makan malam kan berkecah dengan anak.. Hahahahaha.. Sama jugak dengan bercuti. Pergi tempat dekat-dekat je pun takpe, asalkan suasana dia berbeza dari kebiasaan kita di rumah. So kat situ la timbul keistimewaan yang kita nak tu..

4. Perubahan – Setiap mereka yang mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami perubahan dari segi fizikal dan mental. Ini kerana mereka akan terikat dengan macam-macam hal dan tanggungjawab. Oleh itu anda perlu menerima dengan positif perubahan tersebut. Aku selalu ceritakan pada darling husband tentang apa yang berlaku dalam hidup aku seharian, walaupun dia tak tanya. So that dia akan tahu perubahan mana yang perlu kami adapt dan hadapi dengan tenang.. Huhu

5. Adab – Dalam menjaga keharmonian berumahtangga, anda harus beradab (menghormati) pasangan anda. Adab itu perlulah dijaga, supaya tidak menyakiti hati pasangan anda. Aku kadang-kadang terkasar dengan darling husband, rasa berdosa sangat (sebab tu setiap malam kena minta maaf). Kadang-kadang aku stress, penat, dan aku mengharapkan dia buat sesuatu tu exactly macam aku buat. Tapi, being a father kan, MESTI takkan sama macam seorang ibu. Jadi macam mana pun, kena hormat dia. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami..

6. Lemah-lembut dan berbudi bahasa – Bagi kaum isteri, berlemah-lembutlah dalam perbuatan dan berbudi bahasalah dalam percakapan. Suara dan kata-kata yang lembut akan membuatkan suami anda rasa disayangi. Yang ni bagi aku, kalau diri kita sendiri kasar, mungkin boleh belajar berlemah lembut. Biar lah orang kata hipokrit, kita cuba berubah untuk suami. Tak salah kan berubah demi kebaikan, walaupun pada mulanya kita rasa macam fake je. InsyaAllah, suami gembira, kita dapat pahala.. =)

7. Hadiah – Berikan hadiah kepada pasangan anda sewaktu hari-hari pentingnya, seperti hari lahirnya, hari ulangtahun perkahwinan dan sebagainya. Ataupun, kalau ada rezeki lebih, bagi je hadiah tak kira la hari apa pun. Kot la hari tu dia penat sangat balik kerja, hadiah kita tu boleh buatkan dia gembira.. Tak perlu hadiah mahal pun.. =)

8. Senyum – Kata orang senyum itu sedekah, jadi tidak ada salahnya jika anda tersenyum pada pasangan anda setiap hari, bagi menyatakan rasa kasih dan sayang anda kepadanya. Kadangkala aku saje je senyum pada darling husband tanpa sebab. Masa dia tengah tengok tv ke, tengah kusyuk makan ke.. Senyum je. Nanti dia pelik, dia tanya "Hmmmm..?? Kenapa??" =)

9. Sentuhan – Sentuhan boleh menyatakan perasaan anda kepada pasangan anda. Jika anda tidak dapat meluahkan perasaan sayang anda dengan perkataan, luahkan dengan sentuhan. Yes, yang ni aku sangat setuju. Sebolehnya mesti ada skin contact. Tengah drive ke, pegang tangan dia sesekali, tengah jalan-jalan ke, tengok tv ke.. Aku tak buat selalu, sebab benda yang selalu buat ni kita akan rasa biasa.. 

10. Impian – Setiap orang ada impiannya, begitu juga bagi mereka yang telah berumahtangga, pasti ada impian yang masih belum tertunai. Ceritakan impian anda kepada pasangan anda, supaya dia dapat membantu anda dalam mencapai impian tersebut. Tapi jangan sampai memaksa, nanti suami rasa terbeban pulak nak pastikan kita capai impian tu..

Semoga kita sama-sama dapat manfaat dari tips ni. Dan semoga rumah tangga kita semua diberkati dan bahagia sampai syurga. Amin....

Credit kepada blog peribadirasulullah

Thursday, September 19, 2013

Shawl Halfmoon Beads & Border Lace Murah!

Assalamualaikum...

Kalau ada sesiapa yang nak cari shawl halfmoon sakura beads dan border lace yang murah, cantik dan berkualiti, boleh tengok di facebook HQ Collections ye. Boleh klik dan like (HQ Collections) =)

Shawl halfmoon sakura beads cuma RM36 sahaja, macam-macam warna ada. Hampir 10 batch dah terjual. Border lace pulak boleh dibeli dengan harga serendah RM23 per meter (double sided!). Shawl dan tudung-tudung lain pun ada, jemput tengok ye..

Antara koleksi border lace yang ada.. Border lace ni double sided, so dapat 2 meter dengan harga serendah RM23.

Antara warna-warna shawl halfmoon sakura beads yang available. Material dijamin berkualiti.

Monday, September 2, 2013

Duhai Anak.. Hatiku Menangis Lagi..

Assalamualaikum..

Hari ni hantar Hani Qalesya pada pengasuh, aku menangis lagi.. Entah kali ke berapa dah.. Aku sedih sangat bila tengok pandangan mata Hani pada aku, sampai la aku hilang dari pandangan dia... 

Isnin biasanya Hani macam ada Monday blues. Setelah 2 hari berkepit dengan ibu dia ni, jalan-jalan dengan ayah.. Bila nak pass pada pengasuh, dia akan merengek. Tapi pagi ni Hani tak pulak macam tu. Dia redha je masa bertukar dukungan tu. Tak nangis tak memberontak. Suruh salam cium aku pun, dia buat je..Cuma pandangan mata dia tu.. :'(

Ibu dia pulak nampaknya ada Monday blues! :'( Aku rasa macam tak nak bagi Hani pada Kak Emi tu. Aku rasa macam nak peluk Hani bawak balik. Cium dia tanpa pernah puas. Main-main dengan dia. Gelak-gelak dengan dia. Suapkan dia makan. Susukan dia sampai puas. Tapi.... :'(

Setiap hari, masa kereta mula bergerak keluar dari rumah Kak Emi, aku sebak. Setiap hari hati aku berazam, satu hari nanti, aku akan duduk rumah dengan Hani. Aku akan kerja dari rumah. Aku sangat tak sanggup hantar Hani dijaga orang lain. Sejujurnya, memang aku tak sanggup. Aku rasa bersalah sangat-sangat tinggalkan Hani 10 jam setiap hari. Bayangkan, pagi-pagi dia buka mata dah dihantar ke rumah pengasuh. Petang tengah tidur, kena bangun sebab pengasuh nak mandikan dia, kejap lagi ibu dah balik. Malam pulak kalau dia mengantuk, paling awal dia tidur dalam pukul 9pm. So berapa jam je sehari aku bersama dengan Hani? Berbanding masa Hani bersama pengasuh?? 

Sebab tu lah, setiap pagi, aku sanggup luangkan masa untuk masak makanan Hani. Aku sanggup kalau thumb print lebih pukul 8am, asalkan aku susukan Hani dulu sebelum pergi kerja. Aku tak akan pergi kerja tanpa tinggalkan masakan aku untuk Hani makan, aku tak akan pergi kerja tanpa susukan Hani pagi tu lepas dia bangun tidur. Aku rasa seolah-olah hak Hani dikhanati. Dah lah Hani tak fully breastfeed.. 


Maafkan ibu, Hani sayang.. Ibu nak Hani tahu, ibu tak rela pun hantar Hani pada orang lain.. Maafkan ibu.. Ibu sayang sangat pada Hani.. Cuma ibu terpaksa.... :'(

Aku berdoa semoga ada rezeki aku untuk jaga Hani di rumah.. Amin...







Friday, August 23, 2013

Aku dan Shaklee

Assalamuaalikum..

Hehe lama dah nak tulis pasal Shaklee ni. Tapi asyik la tertangguh.

Aku dah daftar jadi pengedar Shaklee di Kuantan. Sebab apa? Sebab dah rasa sendiri kesan baik Shaklee pada diri sendiri.

Aku bersalin ceaser, sepanjang berpantang aku tak pakai langsung apa-apa jamu / set berpantang. Aku cuma consumed vitamin-vitamin Shaklee sahaja. Masa akikah Hani (berpantang hari ke 11), ramai tegur aku nampak sihat, tak nampak macam dalam pantang pun, muka tak pucat langsung. Bila orang tahu aku bersalin ceaser, lagi lah terkejut. Ada makcik tu beria-ria tanya aku makan jamu apa. Aku just cakap makan vitamin Shaklee je.. =)

Masa follow up dengan Doktor Suriati di KMC, doktor cakap by that time rahim aku sepatutnya dah kecut ke saiz 10cm. Then doktor scan, rahim aku dah mengecut jadi 8cm. =)

Berat badan lepas bersalin pula, ringkasannya:

- Sebelum mengandung : 52kg
- Mengandung 9 bulan : 59kg
-Dalam pantang (bersama Shaklee) : 43kg
- Sekarang (anak setahun 3 bulan dan masih bersama Shaklee) : 47kg

Lagi satu, aku kan ada scoliosis. So kerap juga lah sakit sendi, sakit tulang, lagi-lagi lepas bersalin. Aku makan ostematriks (kalsium), alfalfa sebagai usaha untuk kurangkan kesakitan. 

Semenjak itulah aku yakin dengan Shaklee.. So aku teruskan pengambilan Shaklee sampai sekarang.

So sekarang aku officially Shaklee Independent Distributor (SID). Hehehe. Sesiapa nak dapatkan dengan harga ahli, feel free to contact me ok! =)




Thursday, August 1, 2013

Ramadhan 2013 bersama Hani Qalesya

Assalamualaikum..

Lagi beberapa hari berakhir lah Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah, kali ni kali kedua aku dan darling husband berpuasa bersama our little princess. Tahun lepas Hani baru 2 bulan, kami berbuka pun kebanyakannya di rumah jiran aka rumah mak aku. Hahaha. Sebab masa tu Ma yang jaga Hani, so aku tak masak, balik kerja beli juadah sikit-sikit, then berbuka sama-sama dengan family ataupun tapau makanan yang ma masak bawak balik rumah. Hehe.

Untuk tahun ni, Hani dah pun 14 bulan masa bulan puasa ni. Raya nanti Hani genap 15 bulan. Aku dah boleh masak untuk berbuka. Balik kerja pukul 5pm ambik Hani kat rumah pengasuh, balik tunggu darling husband sampai, then baru start masak untuk berbuka. Si isteri memasak, si suami melayan si puteri. Kalau si suami out station, si isteri berbuka di rumah mak jelah.. Hehe.

Setakat ni baru sekali rasanya aku berbuka rumah Ma. Ada sekali darling husband out station aku berbuka berdua je dengan Hani kat rumah. Goreng nasi makan dengan sambal hitam beli dengan kawan. Hani pun makan nasi goreng jugak. Hani sekarang dah semakin berselera, especially kalau makan dengan orang. Dia dah pandai nak makan sendiri. Letak je nasi dalam pinggan 'princess' dia tu, bagi sudu, biar dia suap. Tapi harus lah ibu dia banyak bersabar sebab banyak kali kena lap lantai! Kalau time makan ramai-ramai dengan family, Hani sangat happy. Makanan orang pun dia nak. Tapi aku tetap lagi kawal pemakanan Hani.

 Ni gambar lama masa otw balik kampung dulu.. Hani sibuk nak pakai topi ayah..

Perkembangan Hani pulak, sekarang dah pandai sebut beberapa words dengan slang versi baby dia lah.. Antaranya, ayah, babai, no no no, (dah lama pandai sebut dengan jelas), nak nak (sambil muka tunduk dan gigit pinggan '__'), nanak (tak nak, sambil geleng-geleng kepala), nenek (kadang-kadang jadi 'nanak'), a-tak (maksudnya atok, sebut kali kedua jadi a-tak, kali ketiga jadi ta-tak [katak]!), a-yie (lori), bak! bak! (maksudnya solat, Allahuakbar).. Words lain aku tak reti nak tulis sebab dia guna bahasa dia yang bunyinya memang berbeza dari bunyi word sebenar. Bila ajak dia nyanyi, dia akan buat isyarat jari ikut lagu. Contohnya kalau lagu 'twinkle twinkle' tu, isyarat jari buat macam bintang kelip-kelip. Kalau aku nyanyikan 'alif ba ta', dia tunjuk bentuk alif sambil gerakkan jari dia. 'One two three' pun mcamtu jugak. Lepas tu kalau nampak Al-Quran, aku akan bagitahu, ibu ngaji.. Automatik terus Hani tadah tangan. Hani akan tadah tanagn kalau dengar azan (walaupun azan belum habis huhu), bila tengok orang mengaji / baca doa, dan bila Hani datang duduk dekat aku / darling husband sesudah kami selesai solat.

Masa-masa bersama Hani di rumah. Gambar kanan, masa berbuka puasa, Hani sibuk sangat nak gigit ekor ikan sebelah goreng tu. Sambil ibu suapkan nasi, nak jugak dia gigit ekor tu. Sempat ayah snap gambar ni hantar mms pada nenek kat kampung =)

Minggu lepas darling husband ajak pergi shopping baju raya. Pergilah kami ke Kuantan Parade membawa Hani Qalesya. Tapi.... Our little princess ni sangat lah lincah, dah handal berjalan lah katakan.. Sekejap je dia terkedek-kedek (tapi laju la) di celah-celah baju. Selamba je Hani pergi tegur budak-budak baya umur darjah 1 tu, nak salam dengan orang, belek-belek jam kat tangan orang lah. Bila ibu or ayah nak pimpin tangan dia, Hani tak nak. Masa darling husband out station, aku bawak Hani ikut parents pergi Seng Heng, Hani happy sangat. Turun je dari kereta, jalan kat koridor kedai, dia dah menjerit-jerit sambil gelak. Sambil dia jalan sambil gelak pandang Nekma, pandang Tok Ayah dia. Bayangkan lah cara dia berjalan tu! =D Masuk dalam Seng Heng, Hani diam sekejap sebab pekerja situ tengok dia. Tapiiiiiii bila pergi area yang display TV banyak-banyak tu, Hani mula balik jerit-jerit sambil menari-nari layan lagu raya. Hahahaha Hani Hani.. Aku jenuh kejar, kawal dia. Tapi aku sangat terhibur dengan gelagat dia tu. Tak sangka Hani yang masa kecik sangat cranky, kuat nangis, takutkan orang, bila dah setahun, beginilah.. Hahaha.

Ni current hobby Hani sekarang. Di kala ibu sibuk di dapur, terpaksa la ibu merelakan Hani main masak-masak dengan periuk real. Bagi periuk mainan confirm dia tak nak. Tengok tu, habis segala rempah ratus ibu, bakul semua jadi mainan Hani. Tapi aku akan kemas balik bila siap masak. Kalau ada hilang barang kat dapur tu, mesti kerja Hani. Sebab Hani suka jugak buang barang / bawang ibu dalam bakul sampah '__'

Tahun ni InsyaAllah raya pertama di Kuantan. Nekma & Tok Ayah akan beraya dengan semua cucu. Hani pun dah beli baju sama dengan cousins dia untuk pakai sama-sama nanti. Ibu pun tak sabar nak sambut raya dengan family Kuantan =) Raya ketiga baru kita balik Johor ye..








Wednesday, May 22, 2013

Doa Selamat & Hani Qalesya's 1st Birthday Party

Assalamualaikum..

Hani Qalesya genap setahun on 9 Mei 2013, tapi kami hold celebration untuk Hani sebab weekend tu parents dan adik-adik ke Terengganu.. 18 Mei 2013, Alhamdulillah, akhirnya tercapai hasrat nak buat majlis doa selamat dan sambutan hari lahir untuk Hani. Kami sekadar menjemput keluarga dan kawan-kawan terdekat je.. Lagipun ni first time buat makan-makan di rumah sendiri.

Majlis dimulakan dengan doa selamat pukul 3pm. Abah yang uruskan jemputan orang masjid. Penuh jugak la ruang tamu rumah dengan kehadiran orang-orang yang tolong buat doa selamat untuk Hani Qalesya. Semoga diberkati.. Amin...

Mood Hani hari tu ok je, walaupun tak lah happy sangat sebab dia cuma tidur pagi tu je dalam sejam. Tengah hari sampai petang tu tak tidur, ada jugak la sayang aku tu menguap beberapa kali masa jamuan. Menu yang aku sediakan tempah adalah pulut kuning dengan gulai ayam, bihun goreng, apam aiskrim, apam polka dot, cream puff, dadih, buah-buahan dengan mashmellow celup coklat. Kek ada dua, satu kek pandan layer (tempah dengan azira), satu lagi my homemade 100% real fruit cake. Hehehehe. Puas hati sangat dapat sediakan kek buah tu, dah lama aku impikan. Beria-ria aku beli buah-buahan tu semua tau. Hehe.

Goodies bag ada dalam 20 pcs je aku sediakan untuk kids, dan 20 pcs untuk orang masjid + saudara mara. Dalam goodies bag macam biasa la letak makanan / jajan. Simple je, aku buat pun malam-malam bila Hani dah tidur..

Happy Birthday sayangku Hani Qalesya. Ibu & ayah doakan Hani membesar dengan sihat (insyaAllah), Hani jadi insan yang berguna untuk agama, bangsa & negara, dan yang paling penting Hani jadi anak yang dapat doakan ibu & ayah di sana nanti ye sayang.. :') 
 
Tersenyum sayang ibu ni lepas orang nyanyikan lagu birthday untuk dia. Dia tengok edible image atas kek tu, tersenyum sambil geleng-geleng kepala tengok gambar newborn baby. Hani, itu Hani la tu masa baru keluar dari perut ibu..


 HaniQalesya, ibu & ayah =)

Belon-belon dan hiasan belakang yang simple tu hasil kerja ibu, ayah dan mak-mak saudara birthday girl. Hahahaha. Anak-anak kami semua tak nak tidur jadi terkejar-kejar buat kerja. Hahaha lawak pulak kalau ingat balik.

Left: Kek pandan layer with edible & figurine. 
Right: 100% fruit cake made by me ;-)


Orang kuat persiapan majlis. Hehe. Masing-masing semua dah timang anak kecik. Yang kiri adik aku Nabila & anaknya Iman Isabella 7 bulan, tengah tu kakak aku Syira & anaknya Humayra Nazra 3 bulan. Dua-dua sekarang ni LDR dengan suami masing-masing. Hahahahahaha (gelak jahat aku memahami '__')

Comel kan?? Sebaya ni, lahir 2012. Nanti darjah satu sama-sama, ibu dengan umi dok compare exam results anak masing-masing.. Huhu..
 
My birthday girl busy check hadiah birthday. Excited! =)

Ini lah dia hadiah-hadiah yang Hani dapat. Alhamdulillah.. Terima kasih sangat pada yang bagi. Hadiah kat tengah ada nombor plate 'HANI' tu tak boleh tunggang lagi, kaki Hani belum sampai. Hehehe. Terima kasih ye Makya & Umi. Kuda tu tok ayah Hani bagi, walker tu mummy bagi.. Stroller pink ada baby tu Pok Edi Hani bagi, walaupun orangnya tak balik, tapi ada tinggalkan hadiah untuk anak buah. Ada jugak teddy bear tak masuk gambar sebab hadiah tu dapat masa Hani dah tertidur kepenatan lepas dah habis majlis (thanks auntie Iza & uncle Tajudin)..

Alhamdulillah, Hani happy sangat. Aku dan darling husband pun bahagia je tengok anak dok sibuk belek mainan baru setiap hari. Hahaha. Malam-malam mesti nak tolak stroller baby dia keliling rumah sambil mulut membebel bercakap dengan baby, tekan-tekan buttons muzik dekat walker tu sambil joget-joget.. =)

Ohh. Tiba-tiba rindu sangat kat Hani!