Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Sunday, February 27, 2011

Setelah setahun..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah setahun berkahwin, barulah aku dan darling husband dapat menikmati hidup yang lebih privacy.. Sabtu 26 Februari 2011, kami dah tinggal di rumah sendiri.. Sebelum-sebelum ni, sejak darling husband tukar ke Kuantan, kami start buat persiapan masuk rumah ni. Buat renovation sikit, beli perabot sikit-sikit, slowly lengkapkan rumah dengan keperluan-keperluan asas yang sederhana.. 

Hari ni hari kedua di rumah, darling husband kerja dan aku masih lagi dalam proses mengemas barang-barang. Syukur, aku seronok sangat dapat jadi suri rumah untuk darling husband, biarpun tak setiap hari dapat masak. Weekend ok lah. Dulu angan-angan je, nak masak untuk dia lah, baring-naring tengok tv dengan dia lah. Masa kat rumah parents tak selalu sangat masak untuk dia. Kalau masak pun tolong-tolong ma. Jaranglah masak exclusively untuk darling husband. Maklumlah rumah tu ramai..

Hari ni hari pertama aku bangun, lepas solat subuh terus masuk dapur masak breakfast untuk darling husband sebelum dia pergi kerja. Puas! Walaupun aku masak simple je, nasi goreng dengan sup sayur. Makan malam semalam aku masak roti jala dengan kari ayam. First time aku buat kari ayam sendiri. Haha memalukan!  Tapi hasilnya ok, roti jala dan kari habis. Alhamdulillah.. =)

InsyaAllah lepas ni aku akan pandai masak lebih banyak jenis lauk. Azam tahun 2011. Hehe dah nak habis dua bulan tahun baru. Tak kisah lah. Benda baik apa salahnya kan. Tolong doakan aku jadi isteri yang pandai jaga perut suami. =)

Dan tolong doakan kami memiliki seperti yang di atas ni.. =)

Friday, February 25, 2011

Meraikan Ulangtahun Perkahwinan dengan Penuh Kesyukuran

Assalamualaikum..

Ceh ceh. Tajuk skema je. Macam pelik sebut ulangtahun perkahwinan. Tapi takpe lah, sama je maksudnya. 

Anniversary kami disambut sederhana, berdua.. Plan asal nak buat jamuan kecil-kecilan. Doa selamat di rumah kami. Tapi disebabkan darling husband sangat busy kerja asyik out station sana out station sini.. Maka proses perpindahan tak berjalan lancar dan plan itu terpaksa dibatalkan.. Tapi ditangguhkan sebenarnya.. Sebab aku memang dah niat dari dulu lagi. Dari sebelum darling husband dapat transfer lagi dah pasang niat.

So kalau jadi, nak buat la doa selamat sempena masuk rumah sendiri, sempena husband dapat transfer, dan sempena gennap setahun bernikah.. InsyaAllah, akan dibuat juga bila keadaan mengizinkan.. 

Ok. Ni antara gambar sambutan anniversary kami. Makluman: kek comot buatan sendiri. =) 

 Asalnya nak tulis 'Happy 1st Anniversary' tapi tak cukup ruang. =D



Lepas potong kek, kami raikan di satu tempat.. Makan sedap! Thanks darling husband! Biarlah kami berdua sahaja yang tahu..

Thursday, February 24, 2011

Susu Kambing..

Assalamualaikum..

Aku sebenarnya tak pernah amalkan susu kambing. Tapi aku tahu yang susu kambing tu banyak sangat kebaikan, Banyak sangat khasiat. Dan dikatakan makanan terbaik di dunia selepas susu ibu. Harga pun bukanlah mahal mana..

Dah beberapa lama juga terfikir nak beli susu kambing dalam bentuk pil. Sebab kalau yang jenis bancuh tu aku kurang disiplin sikit. Minum anlene pun kadang-kadang je sekarang ni.

So readers, siapa yang ada pengalaman minum susu kambing or makan pil susu kambing? Boleh share pengalaman tak? Ada beza ke kalau makan pil instead of minum susu tu?

Yang glamour tu Higoat kan. Aku plan nak beli yang tu lah rasanya. Sebab tak tahu jenama lain.

Sunday, February 20, 2011

1 YEAR MARRIED!! Alhamdulillah..

*autopublished entry~~ we're celebrating our anniversary right now =) ~~

Assalamualaikum..

20 Februari 2011.. Genap setahun aku menjadi isteri.

20022010, tepat 10.12pm, aku sah menjadi miliknya.

Alhamdulillah atas segalanya..


Untuk suami tersayang, 

......................................................................................................


Abang,

HAPPY 1ST ANNIVERSARY!!

Terima kasih untuk setahun yang sangat membahagiakan.

Memiliki abang sebagai suami, anugerah terindah dalam hidup i

Sepuluh tahun bergelar kekasih  abang,  tak mampu menandingi kehebatan setahun bergelar isteri abang..

Terima kasih untuk setahun yang penuh cinta..

Abang,
I WILL ALWAYS LOVE YOU..
Thanks for being a great husband!

...................................................................................................... 

And this song dedicated for you, sayang:

"JANGAN BERHENTI MENCINTAIKU.."

Saturday, February 19, 2011

Yang Terindah..

Assalamualaikum..

Untuk insan paling aku sayang, KAMU YANG TERINDAH dalam hidupku..


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah



Friday, February 18, 2011

Truly, Madly, Deeply..

Assalamualaikum..

Dedicated to the one i love, my husband Mohd Azhar..


I love you more with every breath
Truly madly deeply do..



Wednesday, February 16, 2011

Rumahku Syurgaku #1



Salam..

Dengan kesibukan bermulanya semester baru, tak dilupakan juga kesibukan menyiapkan rumah kami.. Sekarang ni masih lagi menumpang tinggal di rumah parents aku. Lambat sikit proses perpindahan ke rumah sendiri. Sebab tunggu Pakcik Nasir tu tambah porch lagi satu kat bahagian belakang.. Sebelum ni kan asyik hujan je, so lambat la nak siap.

Sekarang dia dah siapkan, dan kami pun mulakan la mengecat rumah.. Bahagian dalam je. Luar tak cat kot. Cat pun mengikut citarasa sendiri. Suka-suka je decide feature wall nak warna apa, dapur warna apa.. Masa pilih dan beli cat pun ada adegan muncung-muncung merajuk-merajuk lah konon sebab macam bercanggah pendapat sikit kan. Susah rupanya nak cari cat warna merah untuk interior.

InsyaAllah minggu ni siap la semuanya.. Perabot pun sebahagian dah beli.. Biar lambat asal puas hati.

Ni porch yang baru siap. Dua budak sedang bermain adalah Arissa dan Dudai. 
Rumah sebelah rumah bujang. Dislike. '__'

Yeah. Ini tukang cat kesayangan aku.



Dan, saksikan.. Eric Leong-wannabe, dengan dialog kegemarannya, "kan, kan"...


Thursday, February 10, 2011

Semester 20102011-2 ; Hari Sibuk pun Bermula...

Salam..

Minggu ni bermula la semester baru 20102011-1 untuk pelajar-pelajar aku.. Phewwww~~ Memenatkan, bermula dari hari Isnin dan Selasa (pendaftaran pelajar), dan sampai sekarang pun masih ada yang mengejar untuk dapatkan tandatangan aka autograph.

Dah lama jugak tak dengar telefon meja aku ni berdering berpuluh-puluh kali sehari. Rasa macam receptionist pun ada. Kadang-kadang rasa nak menjerit dengar kejap-kejap bunyi, kejap-kejap bunyi. "Hello, Puan Wani ke ni?", "Hello, Puan Putri ada?", "Hello, nak jumpa dengan Mr James boleh?". Hmmmhhh.. Itulah penyeri aku dalam seminggu ni. '__'

Kelas aku baru bermula hari ni. Kelas amali belum mula lagi sebab baru masuk introduction part. Tapi yang tak best bila dengar ada students yang clash jadual. Aduhhh... Kesian, tapi nak tolong macamana lagi.. Kalau tak ada masa yang aku boleh slot in.. Sorry students... Ada jugak kes mentee aku yang sebenarnya tangguh, tapi tak ditangguhkan pun. Aku kesal sebenarnya dengan apa yang berlaku. Sebab aku tahu keadaan budak tu macamana. Sebab tu aku tak salahkan dia 100% walaupun ada orang salahkan dia 100%. Kesian Syahmi.. :(

Itulah warna-warni kehidupan aku minggu ni. Tapi dalam busy-busy sempat ajak darling husband tengok movie Green Hornet semalam. Best cerita tu. =)

Oh almost 5.30pm. Mahu pulang.


Saturday, February 5, 2011

Live from Yong Peng

Salam..

Sepatutnya aku and darling husband sedang on the way to Kuantan. Tapi tadi sebelum bertolak abah mertua perasan tayar belakang macam gelembung sikit. So terpaksa la ke sana sini mencari kedai tayar yang buka. Ayer Hitam, Simpang Renggam, semua kedai tutup. Ada la sepuluh kedai (ke lebih) yang tutup. Semua kedai cina kan. Hari ni raya cina ketiga.

Finally terjumpa juga satu kedai ni kat Yong Peng. Syukur Alhamdulillah. Walaupun kemungkinan besar cina ni mark up harga, tapi nak buat macamana kan. Keselamatan lebih utama. Lagipun malam baru sampai Kuantan. Nasib baik esok Ahad, ada masa sehari sempat la rehat sikit.

 Ye. Itu aku sedang menaip entry ini. 

Sekian. 
Kenangan balik kampung raya cina 2011. 

Tuesday, February 1, 2011

Jom Kita Sama-sama Doakan..

Salam..

Sekarang ni heboh sana sini tentang banjir yang agak teruk di sesetangah tempat. Kat luar Malaysia pulak, tentang kekecohan yang berlaku di Mesir. Aku nak komen banyak sangat pun takut ada fakta-fakta yang bercanggah. Masa blogwalking ada jumpa satu artikel, so terasa nak share di sini..

Mesej yang didapati daripada Facebook salah seorang pelajar Malaysia di sana:

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.

Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:

Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923 begin_of_the_skype_highlighting              017-3193923      end_of_the_skype_highlighting

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: sini

Sama-sama kita doakan keselamatan mangsa-mangsa banjir di Malaysia dan mangsa krisis di Mesir. Semoga Allah melindungi kita semua. Amin...

Wedding Seri & Alan

Salam..

Sambung cerita sebelum ni, lepas dah selamat shopping di IKEA dan Jusco, esoknya pukul 12pm check out hotel dan terus ke dewan. Dewan Raja Musa kot nama dia. Lupa dah. Owhh sebelum check out tu kitorang sempat pusing-pusing bandaraya Shah Alam tu. Tengok perkembangan terbaru. Mengimbas kenangan masa belajar kat UiTM.. Apa-apa pun, UiTM tetap di hatiku.. =)

Sampai dewan tak ramai lagi tetamu. So rilex dulu dalam kereta, borak-borak, snap-snap gambar.. Lagipun hujan, malas nak turun awal. Tapi park kereta betul-betul depan dewan. 
Sebelum check out. Sibuk nak pose depan bilik.

Camwhoring~~

Hadiah special (pengantin cakap hadiah nakal). Kad ucapan pun special. =)

Penari mengiringi pengantin sambil tabur-tabur bunga. Almak tak nampak pulak muka Alan.

Pelamin roman. Cantik kan. Maaf makcik dan pakcik, sengaja tak nak bagi glamour. =p

Persembahan silat. 

Lama sangat tunggu nak bergambar dengan pengantin, aku jumpa kawan-kawan masa belajar dulu. Seronok sangat. Masing-masing bawak suami, bawak perut, bawak anak.. Gambar ni, aku tengah usik anak Zac (Fahima - kanan), tapi tak nampak pulak muka si Darwisy tu. Kak Yat (kiri) tengah sarat carry baby girl 8 bulan dalam perut tu. Zac pulak anak dah 3 tahun. Aku pulak? Masih berbulan madu. ;p

Kiri aku: Suami Kak Fizah, Kak Fizah (masih berbulan madu). Kanan aku: Suami Kak Yat, Kak Yat

 Darling husband sempat captured gambar pengantin masa kitorang sibuk berborak.

Nak bergambar dengan pengantin di meja makan beradap, tapi tak dibenarkan sebab protokol #%^^%^&$%^.
So kitorang membuat onar di situ. =D

At last, dapat jugak tangkap pengantin untuk bergambar. Ni je yang dapat bergambar bersama sebab macam berebut-rebut dengan orang lain. Ramai lagi kawan-kawan lain tapi jumpa dan borak je tak sempat bergambar sangat. Si pengapit Hasni kat sebelah kanan aku tu makeup macam overshadow pengantin je kan? =D

Owh dah habis gambar nak upload. Itu sahaja. Wedding Seri Wardati & Mohd Azlan. @ mini gathering bekas pelajar SUG batch kitorang.