Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Saturday, September 17, 2011

Oreo Cheesecake, again! Yummy!

Assalamualaikum..

Baru-baru ni buatkan kek ni untuk abang & kakak ipar, dah lama abang aku seorang tu request. So aku beli bahan double, sebab adik-adik aku juga 'hantu' oreo cheesecake ni. Sebelum ni ada yang pernah email aku (sorry, lupa nama) tanya bahan-bahan lengkap untuk buat kek paling senang dan paling sedap (heheh) ni. So sekarang pun aku dah hafal bahan-bahan dia, boleh lah sesiapa nak mencuba. =)

 Oreo cheesecake aku yang terkini. Hehe. Bahagian tengah tu aku letak satu lapisan biskut oreo, sama macam lapisan paling atas tu. Ni aku buat satu adunan, dapat satu bekas.

Ok bahan-bahan lengkap (boleh refer entry aku yang dulu di sini):

- Biskut oreo 2 paket - kisar & tinggal sedikit untuk hiasan
- Butter sikit - untuk gaul dengan oreo kisar - untuk jadikan base
- Cream cheese 250g (biasanya jenama Philadelphia)
- Whipping cream 1 kotak kecil
- Gula castor 80g
- Susu segar 80ml
- Gelatin halal 1 sudu besar (aku guna jenama 'Nur') - ni untuk bagi kek lebih kental, tak lembik
   ----gelatin ni bancuh dengan air panas

Untuk cara-cara buat kek ni, lengkap bergambar step by step, boleh rujuk sini. =)

Selamat mencuba!

2 comments:

~izan~ said...

sedapnye dik..akak tak penah buat kek cheese yg jenis chill. nak try la resipi wani =)

Mrs Azhar said...

k.izan, sila la, kami baru je habiskan. sedap2. dan senang. =)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D