Salam..
Tiba-tiba aku rindu sangat suasana dan keadaan sebelum dekat-dekat nak kahwin.. Masa sibuk membuat persiapan perkahwinan.. Sibuk mencari maklumat di internet.. Sibuk surfing tengok-tengok blog bride-to-be.. Sibuk cari idea.. Sibuk buat perbincangan dengan beloved fiance, family.. Sibuk berurusan dengan vendors.. Sibuk menyediakan persiapan-persiapan lain.. Doorgift.. Hantaran.. Bilik pengantin.. Banyak lagi lah.
Masa tu penat jangan cakap la, tiap-tiap hari balik kerja mengadap wedding stuffs, berkurung dalam bilik sorang-sorang, tidur lewat.. Kadang-kadang sampai terlupa nak makan..
Banyak jugak perkara-perkara yang terjadi masa ni.. Biasa lah.. Saat-saat genting.. Menuju hari bahagia kan.. Allah sentiasa menguji hambaNya.. Banyak kali juga air mata aku tumpah.. Tunang terchenta (pada masa itu ;-D) yang jadi tempat aku mengadu.. Meluahkan..
Tapi sekarang.. Aku bersyukur.. Walaupun ada perkara-perkara yang tak diingini berlaku sebelum, semasa dan sesudah majlis, aku tetap anggap majlis perkahwinan aku tu majlis yang hebat. =) Serious! Mana nak dapat sebuah majlis yang perfect 100% kan. Even sekarang pun banyak orang cerita pasal hal-hal buruk yang terjadi dalam majlis perkahwinan. Tapi yang penting, kita tengok pula pada kelebihan majlis tu. Bagi aku, majlis aku lebih banyak kelebihan berbanding kekurangan. Syukur alhamdulillah.
Sekarang ni, hidup lebih bermakna.. Cewahh~~ Perkahwinan sangat membahagiakan.. Cewahh lagi~~!!
Apa-apa pun yang berlaku masa buat persiapan tu, tetap akan jadi kenangan aku seumur hidup. Kenangan manis. Walaupun ada air mata.. =) Aku bersyukur, aku puas. Bukan senang aku dan suami nak mencapai ke tahap sekarang. Bersusah payah demi sebuah ikatan.. Semua itu kenangan.
Kenangan yang akan disimpan sepanjang hidup..
p/s: Terasa nak sanding lagi sekali. Boleh??
12 comments:
nak bersanding lagi? haha. ni kene pinjam pelamin orang ajela. duk kat pelamin, bergambar sakan. hoho
yaa.. me too..
sangat rindukan nye..
best sangat.. tapi sekarang dah kawen lagi best..
legaa je rasee..
cik belle: ye mmg terasa nk bsanding lg skali. kt atas pelamin org tu biasa buat, tp feel langsung tak sama dgn sanding atas pelamin sendiri. hehe. tp kn, i rasa ramai yg dah kawin, terasa nak sanding lg. sbb BEST! =D
atiqah: rindu sgt kan.. yeahh btl3. dah kawin lg best.. ;-) p/s: cpt la kawin cik belle oii..!
dah kawin lega sangat2! tp rasa nk jadi mcm raja sehari tue nak nak nak nak lagi.. klu boley nak tiap2 tahun nak naik pelamin lagi heheh ;)
asna: byknye nak nak nak nak lagi tu asna.. hihi. tiap2 thn nk naik pelamin? nnt makin lama makin ramai la naik pelamin tu asna. anak2 skali. hehe
kite pulak after settled seme psl kawen, rase xnak dah ulang2 lagi. penaaaattttt!!! -____-"
lps da kawen rase tenaaaanggg sgtt. relax jer. tp x lame sbb start muntah2 pulak heheh ^_^ dh ade anak life jd hectic balik. tp penat yg berbaloi baloi :))
mrs teppei: mmg penat, tp seronok.. yg nak diulang tu bab sanding.. bab buat persiapan taknak dah. haha. ermmm pas ada anak life jd hectic blk? so tiqah, asna, sama2 la kita enjoy dulu zaman berdua sebelum jd bertiga eyh! =)
betul2..rindu saat2 buat persiapan..tapi lps kawen lagi best..semua dah selesai dgn selamat dan jalani kehidupan dgn lebih bermakna! huhu..
fikaryna: semestinya la lepas kawin lg best.. =) alhamdulillah atas nikmatNya..
setuju...saya pun rasa cam nak sanding lg...tanak nikah...nak sanding je dgn suami sendiri...leh ke
kenangan dan akhirnya wani telah mencapai kemenangan!!!!...Setiap perkara yag teruji itu natijahnya di akhirnya adalah MANIS....
eka: kan kan. nak sanding, nak posing2 gedik2 dgn suami.. ehehehe
malreha: thanks reha! alhamdulillah.. aku doakan yg terbaik & kemanisan utk ko jugak.. amin..
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D