Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, July 27, 2010

Broadband

Salam...

Hmmm.. Tengah berfikir-fikir.. Nak guna broadband mana.. Tak tahu yang mana elok.. Baca reviews pun ada kata si biru, ada kata si hijau, ada gak kata si kuning yang elok.. Hmmm...

Yang mana satu jadi pilihan??

Siapa ada broadband-broadband yang disebutkan di atas?? Pinjam boleh??

=D

Pening lah. Pening sokmo!

Thursday, July 22, 2010

Vacation

23 JULY 2010 - 25 JULY 2010

Will be enjoying a short vacation with darling husband. That's what i called 'Honeymoon'. 

;-)

Our 4th honeymoon actually.

;-)


Tuesday, July 20, 2010

20 JULAI 2010

Salam..

Hari ni 20 Julai 2010, genap 5 bulan kami bernikah. Alhamdulillah, syukur.. Walaupun baru beberapa kali berjumpa suami, aku bahagia dengan nikmatMu Ya Allah..



Dan esok, 21 Julai 2010, genap 10 tahun aku berkasih dengannya. =)


Kenangan 10 tahun lepas masih segar.. Walaupun masa tu aku sangat comot! Huhu.

Suamiku Mohd Azhar, terima kasih atas segala-galanya! I Love U!

Saturday, July 17, 2010

17 Julai 2010 : Bergelar Pelajar Kembali

Salam..

Sekadar mencatatkan untuk rekod peribadi.. Yang pastinya akan menjadi kenangan dalam hidup aku. Hari ni, 17 Julai 2010, aku bergelar pelajar kembali. Pelajar program Master UTHM (Pesisir). Walaupun agak berat membuat keputusan menyambung kembali pelajaran, aku usaha. Cuba dulu, demi masa depan yang lebih baik.

Satu keadaan baru bagi aku, satu suasana baru, satu kehidupan baru yang pastinya membawa cabaran yang lebih besar. Tugas dan tanggungjawab aku sekarang adalah sebagai isteri, anak, pendidik dan dalam masa yang sama, pelajar. Tentunya memerlukan aku untuk lebih cekal dan tabah mengharungi semuanya dalam satu masa. Sungguhpun masa hujung minggu aku dah dipenuhi dengan kelas-kelas pembelajaran di POLISAS, aku dan suami akan sedaya upaya cuba mencari masa yang sesuai untuk kami bersama. Dan terus berdoa, memohon agar ada rezeki untuk kami tinggal bersama. Kawan-kawan tolong doakan aku ye. Terima kasih..

Ok. Hari ni kelas bermula seawal 8a.m. Subjek Kepimpinan dan Pengurusan dalam PTV. InsyaAllah aku cuba bertahan sehingga habis kelas pukul 1030pm! (sangat-sangat berharap).

Juga sangat berharap, bila pelajar-pelajar aku mula mendaftar dalam masa dua minggu lagi, aku mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. InsyaAllah..


Friday, July 16, 2010

Meja Untuk Guestbook

Salam..

Ok dah jumpa gambar meja tempat aku letak guestbook masa majlis sanding tu. (refer sini).

Aku tempatkan meja tu di luar dewan, betul-betul di sebelah kiri pintu masuk dewan. Dalam dewan adalah pelamin dan meja makan tetamu khas (keluarga pengantin lelaki dan perempuan). Meja makan tetamu di sebelah luar dewan. 

Niat asal nak tempatkan semua meja dalam dewan supaya semua tetamu senang nak tengok kami bersanding. Juga senang bergambar. Juga pengantin pun boleh nampak tetamu-tetamu yang sudi datang meraikan hari bersejarah kami. Tapi apakan daya, constraint dari segi ruang. 

Ok berbalik pada cerita guestbook table. Aku gunakan meja study zaman aku belajar dulu. Meja tu pun pemberian sang kekasih (sekarang digelar darling husband ;-D). Jadi, secara tak langsung, meja tu ada sentimental value pada kami.. Aku beli beberapa meter kain putih, buat sendiri pleat yang kat tepi-tepi meja tu. Guna stapler besar abah! Haha.

Atas meja tu pulak, aku letakkan la benda-benda ni...


Frame gambar kami berdua. =) Idea asal bersama si dia adalah untuk meletakkan 10 frame yang ada gambar kami. Nak buat satu frame mewakili satu tahun percintaan. So 10 tahun percintaan, 10 la frame. Si dia dah beli 10 frame bingkai putih tu. Gambar pun dah dipilih. Tapi.....

Tak jadi letak  semua frame tu. Sebab tak nak nampak crowded sangat atas meja guestbook tu. So we decided to have only 6 frames. Gambar-gambar yang dipilih, dari gambar pertama kali kami bergambar bersama (aku di tingkatan 4 - comot giler!), sampai lah ke gambar terbaru, kami sebagai pasangan tunang..

Memang beza sangat lah. 10 tahun dah kan. Mesti dah lain muka masing-masing. Sampai ada yang tanya, "gambar siapa ni?" Ehemm.. Dah tentu la gambar pengantin. Takkan nak letak gambar orang lain pulak kan? Hehe..

Pen tu, magic colour adik aku sebenarnya. Balang tu pun ambik je yang dah ada kat rumah, reben-reben lebihan hiasan kek dan hantaran, aku ikat pada balang tu. Pastu buat macam signboard sikit (orang panggil apa eh signboard kecik macam tu?). Idea tulis tu pun datang sendiri. "Utusan Manis Buat Mempelai. Sila tinggalkan jejak anda di sini.."

Aku tak jumpa gambar full meja ni. Ini sahaja gambar yang berjaya ditemui. =)



Tuesday, July 13, 2010

My DIY Guestbook

Salam..

Ni kisah guestbook masa majlis perkahwinan kami. Majlis belah perempuan. Sebenarnya idea nak ada guestbook tu wujud pun disebabkan aku rajin baca blog-blog bride-to-be sebelum kahwin dulu. Then terfikir, bagus jugak ada guestbook. At least boleh dijadikan kenangan, selain album kahwin. Lagi pulak, majlis aku di dewan, so memang tak dapat nak jumpa dengan semua tetamu. Memang idea yang sangat bernas la kan. Kita akan tahu siapa datang majlis kita, walaupun tak sempat jumpa dia.

Ok. Guestbook aku DIY saje. Asalnya survey-survey jugak kat internet. Ada banyak yang buat readymade guestbook cantik-cantik. Tapi aku decided untuk buat sendiri. Sebab:

1) Nak design sendiri, yang simple dan boleh letak gambar kami pengantin yang comel =D
2) Reduce cost. Biasa lah, masa nak kahwin semua benda kalau boleh nak jimat
3) Lebih dari segi sentimental value. Hasil kerja tangan pengantin kan. Ehehe
4) Tak nak design sama macam yang readymade. Eh eh macam sama je maksud dengan yang nombor 1

So, tanpa membuang masa, dalam kesibukan, aku sempat la curi masa menyiapkan guestbook aku tu.. Simple je.. Tapi puas hati..


Macam ni je lah design muka depan (bahagian dalam. cover depan ada gambar kami si pengantin).. Guna A4 paper je.. 

Tapi tulisan penuh warna-warni! Sebab aku sediakan macam-macam warna pen kat atas meja guestbook tu. Yang atas tu adik bongsu aku a.k.a flower girl yang tulis, yang bawah tu adik aku a.k.a pengapit aku yang tulis. Nak tergelak pun ada baca ucapan adik bongsu aku tu.  
"Semoga dapat anak yang comel, manis dan tidak kembar"
Hahah!

Ada jugak yang gunakan sikit je space, so satu page tu ramai yang tulis ucapan diorang. Tak kisah lah.. Ucapan tu satu doa jugak kan?



Overall, aku puas hati. Ramai jugak yang tanya, beli kat mana guestbook tu. Eheheh. Boleh buat bisnes tak agak-agak? 
Sampai sekarang, kadang-kadang kalau bosan, selain bukak balik album tengok gambar kahwin, aku suka bukak balik guestbook aku, baca ucapan-ucapan tetamu. Ada yang lawak, siap lukis-lukis kartun lagi. Comel! 

Owhh tak jumpa gambar meja guestbook masa kat dewan. Nantilah kalau ada.

Friday, July 9, 2010

TUDM Open Day

Salam...

Nak mencatatkan kejadian yang berlaku pada hari Sabtu yang lepas-lepas. Lama jugak la. Tersimpan je dalam draft, tak publish-publish pun. 

Pangkalan TUDM Kuantan ada buat open day, so aku dengan agak excited mengajak adik-adikku yang diua orang tu pergi sana.. 


Cuaca agak ok pada awalnya, walaupun dah dalam pukul 12pm lebih kot. Berpusing juga cari parking, tapi at last dapat park dekat jugak dengan kawasan pameran. Tapi manusia ramai... 

Sebenarnya aku excited nak tengok pertunjukan udara. Tapi masa tu ada parachute show je. Disebabkan panas sangat, aku dengan adik-adik malas nak stay lama. Rupanya show tu petang... Hmmmmhhhh

Thursday, July 8, 2010

Kenangan Itu.. Hanya Sekali Seumur Hidupku.. InsyaAllah..

Salam..

Tiba-tiba aku rindu sangat suasana dan keadaan sebelum dekat-dekat nak kahwin.. Masa sibuk membuat persiapan perkahwinan.. Sibuk mencari maklumat di internet.. Sibuk surfing tengok-tengok blog bride-to-be.. Sibuk cari idea.. Sibuk buat perbincangan dengan beloved fiance, family.. Sibuk berurusan dengan vendors.. Sibuk menyediakan persiapan-persiapan lain.. Doorgift.. Hantaran.. Bilik pengantin.. Banyak lagi lah.

Masa tu  penat jangan cakap la, tiap-tiap hari balik kerja mengadap wedding stuffs, berkurung dalam bilik sorang-sorang, tidur lewat.. Kadang-kadang sampai terlupa nak makan..

Banyak jugak perkara-perkara yang terjadi masa ni.. Biasa lah.. Saat-saat genting.. Menuju hari bahagia kan.. Allah sentiasa menguji hambaNya.. Banyak kali juga air mata aku tumpah.. Tunang terchenta (pada masa itu ;-D) yang jadi tempat aku mengadu.. Meluahkan.. 

Tapi sekarang.. Aku bersyukur.. Walaupun ada perkara-perkara yang tak diingini berlaku sebelum, semasa dan sesudah majlis, aku tetap anggap majlis perkahwinan aku tu majlis yang hebat. =) Serious! Mana nak dapat sebuah majlis yang perfect 100% kan. Even sekarang pun banyak orang cerita pasal hal-hal buruk yang terjadi dalam majlis perkahwinan. Tapi yang penting, kita tengok pula pada kelebihan majlis tu. Bagi aku, majlis aku lebih banyak kelebihan berbanding kekurangan. Syukur alhamdulillah.

Sekarang ni, hidup lebih bermakna.. Cewahh~~ Perkahwinan sangat membahagiakan.. Cewahh lagi~~!!

Apa-apa pun yang berlaku masa buat persiapan tu, tetap akan jadi kenangan aku seumur hidup. Kenangan manis. Walaupun ada air mata.. =) Aku bersyukur, aku puas. Bukan senang aku dan suami nak mencapai ke tahap sekarang. Bersusah payah demi sebuah ikatan.. Semua itu kenangan.

Kenangan yang akan disimpan sepanjang hidup..

p/s: Terasa nak sanding lagi sekali. Boleh??

Monday, July 5, 2010

Abangku Kawen

Salam..
25 Jun 2010 - Aku dapat kakak ipar (Majlis pernikahan abangku nan seorang)

26 Jun 2010 - Majlis persandingan (tema putih merah)

3 Julai 2010 - Majlis sambut menantu (tema silver)

Kakak ipar aku ni muda 3 tahun dari aku. Masih lagi bergelar seorang pelajar uni..

Gambar-gambar di sekitar majlis persandingan:


Gambar majlis sambut menantu pulak:


Doaku: Semoga mereka berbahagia sampai syurga.. Amin..