Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Thursday, October 20, 2011

15 Amalan untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum..

Kali ni nak share apa yang aku dapat dari video ceramah yang aku tengok di Youtube. Amalan ni sangat baik untuk diamalkan oleh bakal-bakal ibu, juga bakal-bakal ayah. Semua orang impikan dapat anak yang berguna kan. Dari dia dalam kandungan lah kita nak didik. Sebenarnya dari dia 'dibuat' tu dah kena ada adab yang perlu suami isteri ikuti supaya tiada 'campur tangan' syaitan. InsyaAllah, amalan-amalan ni akan membantu kita..

1- Banyakkan bertaubat dan beristighfar. Setiap masa, di mana-mana pun, tak susah pun nak buat. Sambil driving, sambil basuh pinggan, istighfar sahaja di bibir.

2-  Banyakkan berdoa. Setiap hari selepas solat kita berdoa, juga jangan lupa waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Contohnya ketika hujan turun.. Berdoalah sepenuh hati. Masa isteri nak melahirkan, suami bisikkan doa tertentu di telinga isteri. Ada 13 doa yang boleh diamalkan. Boleh cuba search. =)

3- Rajin puasa sunat. Ohh yang ni aku setakat ni memang tak berkemampuan nak buat. So kalau isteri tak mampu, suami cuba usahakan puasa sunat.

4- Rajin solat wajib dan sunat. Bagi solat wajib, cuba banyakkan berjemaah bersama, di awal waktu. Bagi aku saat berjemaah bersama tu sangat indah. Rasa tenang sangat, rasa bahagia sangat. InsyaAllah.. Untuk solat sunat, banyakkan solat hajat dan solat taubat, jika ada kelapangan.

5- Banyakkan zikrullah sambil pegang perut. Sama juga macam beristighfar, tak susah pun. Sambil-sambil buat kerja lain pun boleh diamalkan. Amalan ni InsyaAllah akan berikan kekuatan jiwa, akal dan fikiran. Bayangkan baby dalam perut selalu dengar ayat-ayat zikrullah. =)

6- Banyakkan baca Al-Quran. Walaupun bagi aku, masa mengandung ni cepat sangat rasa penat, mengah, tapi boleh baca slowly. Lebihkan baca surah-surah tertentu untuk ibu mengandung. Contohnya Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Yassin, Surah Luqman dan Surah Hujurat. Kalau tak boleh habis sekali baca, boleh sambung-sambung baca. Maklum lah, sempuuuutttt (ala-ala kumpulan Sepah). Hehe

7- Baca buku-buku berilmiah.Contohnya kisah-kisah nabi, tokoh-tokoh sufi. Perdengarkan kepada baby dalam kandungan sambil berdoa pada Allah. Yang ni InsyaAllah akan diusahakan. Sekarang telinga baby aku baru terhasil (9 minggu).

8- Berbual-bual dengan baby. Haaa yang ni dari awal tahu kewujudan baby, kami dah amalkan. Walaupun masa tu baby baru beberapa mm saiznya. Suami juga memainkan peranan, usap-usap la selalu perut isteri tu. =)

9- Lakukan kerja-kerja ringan sebagai senaman. Aku selalu ingatkan diri sendiri, walaupun kadang-kadang rasa tak larat sangat, jangan tidur sepanjang masa. Buatlah sesuatu yang ringan. Contohnya sapu-sapu rumah sikit ke, kemas-kemas dapur sikit ke. Semua sikit-sikit je. Buat sikit, rehat. Buat sikit lagi, rehat lagi. Hehe. Selebihnya, peranan suami untuk membantu ringankan beban isteri. Lagi-lagi isteri yang bekerja.

10- Jangan stress, hilangkan tekanan. Mmenag kadang-kadang mood tak stabil semasa mengandung. Dengan kepala sakit, badan lemah. makan tak lalu. Masa ni kena kawal, supaya tak mengguris hati suami. Suami juga perlu faham perubahan yang dialami isteri. Anak awak juga yang dikandung tu kan.. =) Suami boleh la ringan-ringankan tangan picit-picit, urut-urut isteri masa ni. =)

11- Jaga adab dan emosi. Ni sama macam yang nombor 10. 

12- Makan makanan yang baik-baik, halal zahir dan batinnya. Maksudnya, memang kita tahu kita makan makanan yang halal, tapi pastikan juga sumber makanan tu halal. Duit yang digunakan untuk beli makanan tu adalah dari sumber yang halal.

13- Janagn berdendam dan berdengki. Jauhi sifat mazmumah, nanti mempengaruhi sifat baby dalam kandungan.

14- Rajin mengukir senyuman. Yang ni walaupun payah sikit, sebab selalu muka tak bermaya bila badan tak sihat, aku cuba juga senyum seperti biasa kalau berjumpa sesiapa. Kadang-kadang tak boleh senyum dah sebab tengah tahan muntah. =)

15- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Yang ni kalau ada kesempatan. Kalau tak ada, ataupun tak mampu nak keluar hadiri majlis ilmu (maklumlah nanti tiba-tiba nak muntah), apa yang aku buat, tv di rumah tu selalu buka chanel yang berunsurkan keagamaan ataupun ilmiah. Dengar ceramah, bacaan-bacaan Al-Quran..

Ok itu sahaja amalan yang boleh aku kongsikan. Untuk mengingatkan diri sendiri juga sebenarnya..

Tuesday, October 18, 2011

9 minggu

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni baby dah memasuki minggu ke 9. Alahan aku bertambah 'rancak' sejak memasuki minggu ke 8. Besar mana dah baby aku? =D

Minggu ke-9 : Saiz bayi ketika ini hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

  • Masa penghujung minggu ke 8 balik kampung, adik ipar kahwin. Dalam hati risaunya Allah sahaja yang tahu. Kami cuma mapu berjaga-jaga dan tawakkal. Berdoa dan berharap tiada sesuatu yang buruk berlaku, maklumlah perjalanan sepanjang 6 jam, agak lama juga tu. Masa kenduri, aku mabuk. =(
  • Alhamdulillah, dah selamat pulang ke Kuantan semula. Hopefully aku dan baby baik-baik sahaja. Walaupun kadang-kadang rasa cramp bawah perut. Takut, cepat-cepat istighfar, selawat sambil usap perut. Pening dan loya tu memang setiap minit rasa. Sampaikan nak pergi kerja pun kuatkan semangat. Rasa melayang-layang kepala.
  • Sangat cepat rasa penat / mengah. Lepas mandi, nak solat, aku rasa macam baru lepas berlari. Kalau menyapu, sampai sakit-sakit pinggang. Macam besar sangat pun rumah. =D
  • Selera makan, masih kurang. Aku kurang berselera dengan nasi, makanan berminyak dan berlemak. Mengidam? Tak tahu la macamana rasanya mengidam tu. Tapi masa minggu ke 7  nak masuk 8, teringin sangat nak makan fries. Gara-gara ternampak iklan McD dalam paper lama. Hehe. Teringat-ingat sampai nak dekat seminggu. Bila dah rasa teringin tu memuncak, aku pergi cari fries yang frozen tu. Yang kesiannya, darling husband balik kerja lambat masa tu. Aku pergi cari sendiri di Eng Hong, habis. Pergi pula LYC, habis juga. Ohh masa tu telefon darling husband, aku nak nangis dah. Haha. Last-last aku drive sampai ke Tunas Manja, berbunga-bunga hati aku tengok banyak sangat fries kat situ! Alhamdulillah, balik terus goreng, gaul dengan garam dan pepper. Darling husband balik, geleng-geleng kepala tengok aku. '__'
 Nota untuk baby: Baby, hari ni ayah balik lambat tau. Ayah kerja di Temerloh. Nanti lambat la ayah dapat berbual-bual dengan baby. Ntah-ntah kita dah tidur baru ayah sampai. Takpe, baby teman ibu ye malam ni. 31 weeks to go, sayang! =)

Wednesday, October 5, 2011

Tuesday, October 4, 2011

Memasuki Minggu ke 7 =)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, minggu ni kandungan dah masuk 7 minggu. 
  • Sudah scan perut. =) Alhamdulillah, semuanya ok. Pertama kali dengar degupan jantung si dia, walaupun saiz sangat kecil (lebih kurang 6mm). Subhanallah.. Kekuasaan Tuhan. Tak dapat aku bayangkan besar mana jantung yang berdegup itu.
 Yang putih tu.. =)
  • Perut sudah nampak sedikit. Seluar slack dan jeans semuanya gagal untuk dibutangkan. Sudah membeli sehelai maternity slack. Sedang mencari maternity jeans. Any suggestion?
  • Morning sickness?? Ohhh sudah bermula sejak akhir minggu ke 6. Setakat ni muntah baru 2 kali. Tapi loya dan pening sangat banyak kali. Setiap hari aku mengalami morning and evening sickness. Sangat tidak larat. Tengah hari aku ok. Tapi, setiap jam aku lapar, lapar dan lapar. 
  • Masak? Dapurku sudah kurang berasap.. =( Balik kerja, aku 'lemau' sampai ke malam. Waktu tidur sekarang seawal 10 malam. Syukur darling husband memahami. Kadang-kadang dia masak simple-simple. Kalau aku ok, aku tolong. Tapi buat masa sekarang aku paling tak suka masak sambal! Rasa 'menyampah' tengok sambal. Bau beras pun rasa busuk, kadang-kadang gelas yang bersih pun aku rasa macam berbau semacam. Harap sangat bau darlingku seorang tu, aku tak benci. Hehe.
Aku harap semuanya baik-baik sahaja selepas ni..

Nota untuk baby: Baby, perjalanan kita jauh lagi tau. 33 weeks to go. Baby membesar dengan baik kat dalam perut ibu ni ye. Kita sama-sama memerlukan.. Ibu dengan ayah love u so much, sayang!


Monday, October 3, 2011

Dear readers, tolong doakan..

Assalamualaikum..

Nak mintak tolong kawan-kawan, anak abang aku, Shay Akill yang baru 3 bulan lebih, positif pneumonia. Warded hari Jumaat lepas, dan tadi admitted ke ICU HTAA. 


Tolong doakan dia. Terima kasih..