Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Sunday, January 8, 2012

Indahnya perasaan itu..

Assalamualaikum..

Syukur, baby dah masuk 21 minggu hari ni. Aku tak mahu ketinggalan mencatatkan kenangan manis yang satu ini. Malam semalam, buat pertama kalinya aku merasakan tendangan (lebih tepat lagi tumbukan, daripada apa yang aku rasa). Sedang berbaring bersiap nak tidur, usap2 perut sambil communicate dengan baby seperti biasa. Dalam seminit lepas tu, ada gerakan seperti ditumbuk dari dalam! Terasa di tapak tangan aku. =D 

Selepas tu, excited panggil darling husband. Dia pulak letakkan tangan di perut. Tapi hampa. Haha. Baby lagi suka ibu! =) Selang berapa minit lepas tu, aku pujuk lagi baby, suruh gerak lagi sebab ayah nak rasa.. Kali ni ayah baby tekap telinga terus kat perut ibu. Cakap-cakap, then baby respon. Baby tumbuk telinga ayah pulak! Subhanallah.. Kami tergelak-gelak. Maklumlah, first time experience kan..

Memang kalau nak diikutkan pergerakan baby boleh dirasa seawal 16 minggu. Tapi bak kata nurse, perut aku tebal. '__' Sebelum ni, dalam minggu ke 18 aku dah rasa 'libasan' baby bila bercakap dengan dia. Tapi masuk minggu ke 21 ni baru rasa 'tumbukan' dia pulak. Hari ni pun ada lagi rasa, terutamanya bila baring.. 

Alhamdulillah, indahnya perasaan itu.. 

Sebelum ni ada jugak terdetik, ok ke baby kat dalam tu sebab lambat rasa pergerakan dia. Tapi bila scan, dia aktif, Alhamdulillah.. So kami bersabar. Lagipun bila dah mula rasa baby gerak, aku akan rasa sampai dia nak lahir nanti kan. So sabar jelah.

Tuhan, aku betul-betul mahu menikmati saat-saat indah sepanjang kehamilan ni. Curahkanlah rahmat dan hidayahMu kepada aku dan kandunganku, serta keluargaku. Amin Ya Rabbal Alamin...

12 comments:

~ NANA ~ said...

baby i x aktif agaknya...dh nak masuk 23w tp i tak rse pon lagi tendangan...hehe

Mrs Azhar said...

nana, insyaAllah lps ni mesti u akan rs.. sabar ye.. slalu la cakap2 dgn baby. dia dh blh dengar dh tu.. =)

Baiduri said...

beznye....i dh 20w++....em, kdang2 mcm rase gak bby moved....tp lembut je....hehe

ciksuen said...

best kan dapat ase baby gerak? awal baby u kenal ayah die. i nye baby ni da dekat hujung2 br nk start response bile abah die panggil. hehe

Mrs Azhar said...

batu baiduri, x lama lg dpt la rs lg kuat tu.. kang sampai jenuh lak asik menendang je kan. so layan jela yg lembut2 tu skrg kan.. =)

ciksuen, sgt best! bahagia rasa. haha. baby i mmg dilatih awal2 supaya kenal ayah dia. i slalu suruh husband ckp dgn baby sejak 3 bln lg.. =)

eKa said...

hwaaaaaaaaa teringinnya nak rasa canne kene tumbuk tu wani,btw...nikmatilah memori terindah ini.smg baby baik2 aje dlm tu

Anonymous said...

amin..semoga kak wani selamat lahirkan baby..bila boleh tahu jantina baby..papa junior ke mama junior?:)

Mrs Azhar said...

eka, wani doakan eka ye.. insyaAllah, yakinlah padaNya.. =) thanks dear

anonymous, insyaAllah, amin.. jantina dah scan, tp nnt dah btl2 confirm br diberitahu ye! =)mari kita berteka teki dulu.. hehe

eMMe said...

mmg indah saat kehamilan, nikmatilah...
saya kongsi perasaan dgn wani, doakan saya n eka cecepat pregnant...........tringin nak amik berkat laga perot dgn wani, hehehehe....

Anonymous said...

baca Entry Puan yang nie pon buat saya senyum sorang sorang. heeee:) harap Puan sihat selalu.

Mrs Azhar said...
This comment has been removed by the author.
Mrs Azhar said...

cik wawa, hehe.. biasa la, 1st time mom-to-be kan.. excited terlebih. terima kasih..

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D