Sekadar mencatatkan untuk rekod peribadi.. Yang pastinya akan menjadi kenangan dalam hidup aku. Hari ni, 17 Julai 2010, aku bergelar pelajar kembali. Pelajar program Master UTHM (Pesisir). Walaupun agak berat membuat keputusan menyambung kembali pelajaran, aku usaha. Cuba dulu, demi masa depan yang lebih baik.
Satu keadaan baru bagi aku, satu suasana baru, satu kehidupan baru yang pastinya membawa cabaran yang lebih besar. Tugas dan tanggungjawab aku sekarang adalah sebagai isteri, anak, pendidik dan dalam masa yang sama, pelajar. Tentunya memerlukan aku untuk lebih cekal dan tabah mengharungi semuanya dalam satu masa. Sungguhpun masa hujung minggu aku dah dipenuhi dengan kelas-kelas pembelajaran di POLISAS, aku dan suami akan sedaya upaya cuba mencari masa yang sesuai untuk kami bersama. Dan terus berdoa, memohon agar ada rezeki untuk kami tinggal bersama. Kawan-kawan tolong doakan aku ye. Terima kasih..
Ok. Hari ni kelas bermula seawal 8a.m. Subjek Kepimpinan dan Pengurusan dalam PTV. InsyaAllah aku cuba bertahan sehingga habis kelas pukul 1030pm! (sangat-sangat berharap).
Juga sangat berharap, bila pelajar-pelajar aku mula mendaftar dalam masa dua minggu lagi, aku mampu menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. InsyaAllah..
2 comments:
selamat sambung study! :)
i dah nak abis.. insyallah..
pray for u!! all the best babe :)
balkidz: tq.. tp seems like i hv to think about it again. ada problems plak.. hmmm.. anyway thanks for ur support. congrats to u
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D