Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Friday, July 16, 2010

Meja Untuk Guestbook

Salam..

Ok dah jumpa gambar meja tempat aku letak guestbook masa majlis sanding tu. (refer sini).

Aku tempatkan meja tu di luar dewan, betul-betul di sebelah kiri pintu masuk dewan. Dalam dewan adalah pelamin dan meja makan tetamu khas (keluarga pengantin lelaki dan perempuan). Meja makan tetamu di sebelah luar dewan. 

Niat asal nak tempatkan semua meja dalam dewan supaya semua tetamu senang nak tengok kami bersanding. Juga senang bergambar. Juga pengantin pun boleh nampak tetamu-tetamu yang sudi datang meraikan hari bersejarah kami. Tapi apakan daya, constraint dari segi ruang. 

Ok berbalik pada cerita guestbook table. Aku gunakan meja study zaman aku belajar dulu. Meja tu pun pemberian sang kekasih (sekarang digelar darling husband ;-D). Jadi, secara tak langsung, meja tu ada sentimental value pada kami.. Aku beli beberapa meter kain putih, buat sendiri pleat yang kat tepi-tepi meja tu. Guna stapler besar abah! Haha.

Atas meja tu pulak, aku letakkan la benda-benda ni...


Frame gambar kami berdua. =) Idea asal bersama si dia adalah untuk meletakkan 10 frame yang ada gambar kami. Nak buat satu frame mewakili satu tahun percintaan. So 10 tahun percintaan, 10 la frame. Si dia dah beli 10 frame bingkai putih tu. Gambar pun dah dipilih. Tapi.....

Tak jadi letak  semua frame tu. Sebab tak nak nampak crowded sangat atas meja guestbook tu. So we decided to have only 6 frames. Gambar-gambar yang dipilih, dari gambar pertama kali kami bergambar bersama (aku di tingkatan 4 - comot giler!), sampai lah ke gambar terbaru, kami sebagai pasangan tunang..

Memang beza sangat lah. 10 tahun dah kan. Mesti dah lain muka masing-masing. Sampai ada yang tanya, "gambar siapa ni?" Ehemm.. Dah tentu la gambar pengantin. Takkan nak letak gambar orang lain pulak kan? Hehe..

Pen tu, magic colour adik aku sebenarnya. Balang tu pun ambik je yang dah ada kat rumah, reben-reben lebihan hiasan kek dan hantaran, aku ikat pada balang tu. Pastu buat macam signboard sikit (orang panggil apa eh signboard kecik macam tu?). Idea tulis tu pun datang sendiri. "Utusan Manis Buat Mempelai. Sila tinggalkan jejak anda di sini.."

Aku tak jumpa gambar full meja ni. Ini sahaja gambar yang berjaya ditemui. =)



5 comments:

Cik Belle said...

cantik la shas! sukee! =)

Mrs Azhar said...

aish atia ni. sume la cantik. ehehe. anyway thanks.. simple itu cantik sebenarnya kn.. =)

nasya naim said...

::nice..suka..baru baca blog ni..keep in touch::

naa ziera said...

nice.. makcik nak jgak! hehe..

fiena_sofie said...

menarik idea akak...bg inspirasi pd sy....

:: SY CUMA BLOGWALKING::

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D