Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Sunday, February 27, 2011

Setelah setahun..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah setahun berkahwin, barulah aku dan darling husband dapat menikmati hidup yang lebih privacy.. Sabtu 26 Februari 2011, kami dah tinggal di rumah sendiri.. Sebelum-sebelum ni, sejak darling husband tukar ke Kuantan, kami start buat persiapan masuk rumah ni. Buat renovation sikit, beli perabot sikit-sikit, slowly lengkapkan rumah dengan keperluan-keperluan asas yang sederhana.. 

Hari ni hari kedua di rumah, darling husband kerja dan aku masih lagi dalam proses mengemas barang-barang. Syukur, aku seronok sangat dapat jadi suri rumah untuk darling husband, biarpun tak setiap hari dapat masak. Weekend ok lah. Dulu angan-angan je, nak masak untuk dia lah, baring-naring tengok tv dengan dia lah. Masa kat rumah parents tak selalu sangat masak untuk dia. Kalau masak pun tolong-tolong ma. Jaranglah masak exclusively untuk darling husband. Maklumlah rumah tu ramai..

Hari ni hari pertama aku bangun, lepas solat subuh terus masuk dapur masak breakfast untuk darling husband sebelum dia pergi kerja. Puas! Walaupun aku masak simple je, nasi goreng dengan sup sayur. Makan malam semalam aku masak roti jala dengan kari ayam. First time aku buat kari ayam sendiri. Haha memalukan!  Tapi hasilnya ok, roti jala dan kari habis. Alhamdulillah.. =)

InsyaAllah lepas ni aku akan pandai masak lebih banyak jenis lauk. Azam tahun 2011. Hehe dah nak habis dua bulan tahun baru. Tak kisah lah. Benda baik apa salahnya kan. Tolong doakan aku jadi isteri yang pandai jaga perut suami. =)

Dan tolong doakan kami memiliki seperti yang di atas ni.. =)

10 comments:

mamawana said...

Moga diperkenankan segala doa dan impian. Amin.

Atiqah Adnan said...

insyaAllah dgn izin Allah segalanya mungkin dear..

Nora Karim said...

heheh seronokkan, bila dpt main masak2? heheh... lepas ni kejenya bukak website resipi jek la... heheh... anak sape tu comel betul mata bulat... insyaAllah wani... ada rezeki... giliran wani pulak... aminnnn.....

Mrs Azhar said...

mamawana, terima kasih.. amin..

atiqah, insyaAllah.. sy doakan yg tbaik juga utk qah & husband. thanks..

kak nora, seronok2! hehe sblm ni slalu je bukak website resipi2 tu, simpan resipi2 menarik. tp jarang la try. anak sape tah culik jap kt google. hehe. insyaAllah wani menanti giliran.. aminnn...

asna cute said...

amin.. insyallah =)

Mrs Azhar said...

asna, aminn.. insyaAllah kami menanti dgn sbr.. nk ikut jejak asna.. =)

~ Mamma Olyn ~ said...

salam kenalan, nice blog:), xsangka i follower ke-100, hehe kebetulan.. btw insyallah, moga rezeki melimpah ruah untuk wani & suami tercinta:) bestkan duduk di rumah sendiri, ms i gan hubby pindah rumah sendri lps sethn kawin, rasa cam dunia ini kita yg punya..hihi

Mrs Azhar said...

mamma olyn.. hye, salam kenal jugk.. a ah la follower ke 100. thanks for ur support eh.. insyaAllah, terima kasih atas doa.. utk mamma olyn juga.. yes2 skrg mmg rs dunia ni kita yg punya!! hehe

cik wawa said...

wow, sweetnya puan wani nie. anyway, berbahagia hingga ke akhir hayat bersama2 dgn insan yg tersyg.

Mrs Azhar said...

cik wawa, tq! insyaAllah i will. =)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D