Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Friday, April 29, 2011

Income Tax! Dah bayar??

Assalamualaikum..

Esok 30 April hari terakhir nak buat e-Filing kan. Sebelum ni aku tak faham sangat pun. Tak tahu pun kena bayar cukai ke tak. Pagi tadi pergi pejabat LHDN dengan Kak Sue dan Kak Amy. Tiga-tiga orang tak pernah buat. Haha. Tapi aku baru berapa tahun bekerja.. Acceptable la kan. Gaji pun macam la besar sangat. 

So tadi aku dah dapatkan nombor pin. Tapi malangnya tak dapat buat terus e-Filing kat pejabat LHDN sebab aku bawak borang EA tahun 2009! 

Tapi tak apa, tadi dah minta dengan finance department, print borang EA tahun lepas. After this aku buat online jelah. Tadi dah tanya pada petugas-petugas LHDN macamana nak buat e-Filing tu.

So kamu-kamu semua dah buat ke? Ke aku je yang last minute ni???

Kalau nak tahu kena bayar cukai ke tidak, ni syarat dia:


"Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan."
 
Siapa-siapa yang belum buat tu, sila la lihat borang EA anda ye!

Wednesday, April 27, 2011

Saturday, April 23, 2011

Movie The Roommate

Assalamualaikum..

Semalam kami berdating lagi. Tengok movie The Roommate. Masa break tengah hari keluar dengan Kak Amy, dan aku sempat pergi beli tiket movie. Aku beli yang show pukul 8 malam. Petang tu balik kerja, dan terus siap-siap keluar sebelum maghrib. Solat di ECM sahaja..


The roommate. Movie ni kalau tak silap aku baru je ditayangkan Khamis lepas. Kalau tengok show banyak juga cerita-cerita hantu sekarang ni. Tapi aku dan darling husband pilih The Roommate sebab tak nak cerita yang terlalu berat. Just movie ringan macam ni je untuk relax.. =)

Kisahnya? Seorang pelajar kolej dapat roommate yang psiko. Perangai pelik-pelik. Akhirnya dia tahu apa punca perangai pelik roommate dia tu. In my opinion, ok lah cerita ni. Tak perlu pun fikir-fikir sakitkan kepala nak faham. Macam sesetengah movie kan kena fikir baru faham maksud sesetengah scene tu kan. Yang ni tak perlu. So cerita ni biasa sahaja. Aku bagi 3 bintang. Yang penting aku dapat spend masa berharga dengan darling husband. =)

p/s: Teringat peranagai-perangai roommate masa belajar dulu. Macam-macam perangai ada. Tapi tak ada lah dapat roommate yang pelik macam Rebecca dalam movie ni. Hehe..

Friday, April 22, 2011

Jumaat... Oh Jumaat...

Assalamualaikum..

Jumaat kembali lagi.. Penghulu segala hari.. Semoga kita semua beroleh keberkatan di hari Jumaat ni..

Sambil-sambil tu, nakshare ni..

"Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Esa dan selawat serta salam 
ke atas Nabi yang tiada lagi nabi selepasnya"

Sama-sama la kita jadikannya amalan, terutamanya hari-hari Jumaat ni kan.. Zikir pagi dan petang..

Wednesday, April 20, 2011

Tips Pilih Durian

Assalamualaikum..

Bersempena musim durian tahun 2011 ni, sengaja nak tulis tips. Mungkin berguna selepas ni.. 

Setiap kali musim durian, confirm darling husband belikan durian. Sebab confirm aku akan minta dia belikan. ;-D
Tapi itulah, kami tak tahu pun tips nak dapatkan durian yang elok, sedap, isi tebal.. So biasanya nak selamat, darling husband akan beli yang mahal sikit. Bukan apa, kalau beli yang murah sikit tu, kadang-kadang ok, kadang-kadang dapat yang tak boleh makan langsung. So, labur la sedikit duit untuk makan durian yang sedap kan.. Lagipun, musim durian bukan selalu.. 

Lepas ni, dah tahu tips, mungkin boleh dipraktikkan. Dan, jimat sikit duit. Tak perlu beli yang mahal, asalkan tahu memilih dari beberapa segi:

1- Bentuk buah durian tu, biasanya yang tak bulat dan berbentuk pelik sikit (unik) tu, isi dia tebal dan manis. Biji dia pun comel je..

2- Duri, jangan pilih yang tajam. Pilih yang berduri kurang tajam, jarang-jarang dan besar. Dan boleh mengurangkan kemungkinan tangan luka. =)

3- Cium bau durian tu. Tapi jangan sampai hidung tercucuk duri pulak! =D Kalau durian tu masak elok, matang, dia akan ada aroma yang best. 

4- Check kulit durian tu, jangan pilih yang ada rekahan or sebarang kecacatan. Sebab kalau dah merekah, udara dah masuk dalam durian dan rasa dia pun dah terganggu. Mungkin tawar atau masam. Kadang-kadang penjual tu pilihkan, dia takkan tunjuk pada kita kerosakan pada kulit durian tu. So, better pilih sendiri. 

5- Cuba goncang durian tu dulu dengan tangan. Haa yang ni sila bagi orang lelaki buat. Nanti habis tapak tangan terkena duri. Hihi. Masa goncang tu, kalau ada dengar bunyi isi durian tu kat dalam bergoncang, maksudnya isi dia dah kering. Isi yang lembap akan melekat di dinding kulit dalam durian tu.

Ok itu sahaja tips tentang durian. Semoga bermanfaat. =)

Wordless Wednesday



Friday, April 15, 2011

Dia Bertunang Jua..

Assalamualaikum..

Majlis Pertunangan kakakku nan seorang.

Bertarikh 2 April 2011 (setelah 406 hari aku bergelar isteri, =D).

Bertempat di rumah keluargaku.

Alhamdulillah, selangkah dia ke alam perkahwinan.. Aku doakan yang terbaik untuk dia, setelah pelbagai rintangan dalam kisah cinta dia sebelum ni..

Macam biasalah. Adik dan adik ipar aka ex-classmate orang yang bertunang tu.

Adik - adik - mak teh - adik

Pelamin tunang aku dulu kat sini. Pelamin nikah aku dulu pun kat sini. Pelamin tunang kakak aku pun kat sini jugak. Tapi pelamin aku semua hasil tangan mak andam. Kakak aku ni hasil tangan dia dan adik beradik, kecuali aku. Sebab? Aku pilih beras kat dapur. '__'. Tapi..... Banyak jugak barang-barang aku di situ. Karpet tu, pomander ball tu, bling-bling bergantungan tu.. At least, ada la sumbangan kan..

Inilah kakakku nan seorang. Baju tunang pun sendirian berhad. Tapi make up mak andam la. First time aku tengok muka dia menerima make up. Sebelum ni aku nak pakaikan maskara pun dia takut. Mmhhhh mmhhhhh mmmhhhh..... Oh ye. Ada pelbagai reaksi muka dalam gambar ni. Anak-anak perempuan Pn Asmah dan En Mohamad Shah. 

............................................


Wednesday, April 13, 2011

Dugaan Seorang Pendidik

Assalamualaikum.

Aku terasa nak menulis tentang topik ni, setelah terjadi beberapa perkara dalam kerjaya aku sebagai seorang pendidik.. Mungkin nampak mudah bagi sesetengah orang, mungkin yang mengalami sahaja akan memahami. Dan mungkin juga, orang yang di dalam bidang yang sama pun, tidak faham melainkan dia sendiri mengalami apa yang aku alami..

Bukan mudah menjadi pendidik. Pendidik seperti aku, tidak hanya memberi syarahan di kelas, tetapi juga memberi didikan kepada anak-anak didik. Sebab tu aku gunakan perkataan 'pendidik', bukan 'pensyarah'.

Menjadi seorang pendidik, aku dah sematkan dalam hati, aku halalkan segala ilmu yang akan / telah aku curahkan. Tapi bagi aku, sebaik mana, serapat mana pun aku dengan pelajar, masih ada jurang yang perlu wujud antara aku dan pelajar. Mungkin ada masanya aku boleh menjadi kawan kepada mereka, ada masnya aku perlu tegas. 

Sepanjang beberapa tahun mengajar, aku pernah mengalami kes-kes yang..... tak tahu nak letak perkataan yang sesuai.. 

1- Aku dituduh ada hubungan dengan salah seorang pelajar aku. Masa ni aku belum kahwin, tapi dah jadi tunang orang. Girlfriend dia call, bertanyakan aku siapa dengan pelajar A*RA. Aku jawablah, aku pensyarah dia. Dan selepas tu aku diserang bertubi-tubi dalam telefon. Seolah-olah aku terhegeh-hegeh dengan A*RA, dan aku selalu berbalas-balas sms dengan dia. What??? Owhh please.. Demi Allah aku tak pernah pun. Dan akhirnya, si A*RA datang berjumpa aku di pejabat dan meminta maaf. Selepas tu dia tangguhkan pengajian, dan akhirnya berhenti.

2- Aku dipanggil ketua program tentang isu salah seorang pelajar ada hubungan dengan salah seorang 'orang kuat' di satu 'tempat tu'. Asalnya, pelajar F***LAH ni datang bersama 'orang kuat tu', ke satu program aku dengan pelajar lain (junior dia). Dan, datang menyertai bbq, dan mempamerkan gelagat yang mengundang persepsi negatif. Dia sepatutnya dah tak terlibat langsung dengan program tu, dan ada kelas lain, tapi muncul di program aku. Dan menipu pensyarah subjek-subjek lain tu, mengatakan balik kampung ayah sakit, sedangkan pada masa tu berada bersama kami dan 'orang tu'. Malas nak cerita lebih-lebih, nanti ada lagi yang mengata. It's ok, tanggungjawab aku dah lepas. Aku takkan nak biarkan je benda buruk berlaku depan mata aku. So takpelah, buat F***LAH JAS*I, aku tetap halalkan ilmu aku pada dia, walaupun cuma 2 semester aku ajar dia. Semoga dia berjaya.

3- Salah seorang pelajar di bawah jagaan aku @ mentee, buat hal. Asalnya mentee ni ok, keputusan baik, tapi berubah sejak ada masalah keluarga. Aku cuba consult dia, selama 2,3 semester, dia janji dan menangis depan aku mengatakan nak berubah. Tapi sampai sekarang masih tak berubah. Kelas ponteng, tak pernah masuk langsung pun ada. Aku call dan sms tak berjawab. Akhirnya perbincangan dengan ketua program, aku diarahkan menghubungi parents dia. Sebelum ni aku tak hubungi parents dia sebab aku tahu masalah dia dengan keluarga. Tapi bila jadi semakin teruk, kelas tak masuk langsung, aku TERPAKSA bagitahu keadaan sebenar pada keluarga dia. Aku jelaskan pada parents dia. Dan hasilnya, pagi tadi aku dapat sms dari mentee tu,

"Tak payah dah fikir pasal saya. Tapi saya nak satu je, kalau mak saya tanya saya gi kolej ke tak, tolong jawab saya pergi. Saya tak nak family saya bergaduh pasal saya. Saya tahu masalah ni semua datang dari saya. Saya mintak maaf."

Ok. Fine, S***MI. Aku dah PENAT SANGAT nak handle kes dia seorang dari semester-semester lepas. Ada berbelas-belas orang mentee lagi aku nak jaga. Bukan aku tak usaha, tapi bagi aku, kalau pelajar tu sendiri tak nak tolong diri sendiri, orang lain TAK AKAN berjaya nak tolong dia. 

"TUHAN takkan merubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri." 
Inikan pula aku, seorang insan kerdil yang cuba membantu...

Tuesday, April 12, 2011

Sakit, rindu

Assalamualaikum..

Tak larat sangat-sangat.. Tapi still di pejabat. Badan lemah, bersin tak berhenti. Kepala dan tekak pun sakit. Tapi bertahan, tinggal lagi setengah jam nak balik. Tisu dah berapa belas helai lunyai.

Mungkin aku terlalu penat. Mungkin kerana perubahan cuaca. Darling aku pulak out station. Nasib baik dua hari sahaja. Bersyukurlah, bukan dua bulan.


-Aku rindu saat sekali seumur hidup ni-

Friday, April 8, 2011

Khemah Ukur, Kursus JPK, Bengkel Penilaian, Dinner DDA

Khemah Ukur : 10-14 April 2011
Kursus JPK : 9-10 April 2011
Bengkel Penilaian UTM : 11-12 April
Dinner DDA : 7 Mei 2011

JPK (Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia) - Siapa ada maklumat tentang ni??

Semalam baru diberitahu aku terpilih mengikuti kursus tu. Blur jugak masa mula-mula. Tak tahu apa-apa, tiba-tiba diarahkan pergi kursus. 4 orang, semuanya pensyarah kejuruteraan. Dua hari pulak tu, Sabtu dan Ahad, 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Dan ianya berbayar. Syarikat bayar RM300 / person untuk 2 hari tu. So I think I should grab the opportunity.

Ahad sepatutnya aku bertolak ke Melaka untuk Khemah Ukur. Mengiringi pelajar-pelajar aku seramai 41 orang. Satu bas. Aku seorang diri. Tiada peneman. Sob sob. Kadang-kadang terasa jugak la, kalau program lain yang tak berkenaan dengan aku, aku kena pergi jugak, tapi bila program aku, tak ada seorang pun yang boleh teman. Tapi nak buat macamana kan, siapa yang willing nak ganti kelas?

Jadi, pagi Ahad nanti seawal 7 pagi, aku akan datang kolej dan menghantar pelajar-pelajar aku naik bas kolej untuk ke Melaka. Untuk pertama kali sepanjang aku di sini, aku tak pergi serentak dengan pelajar. Tak apalah, semua dah besar panjang, tahu jaga diri masing-masing. Jangan pula aku sibuk nak jaga diri orang lain, diri aku sendiri tak terjaga. Kalau pergi Melaka drive sorang-sorang, jadi apa-apa tengah jalan, siapa nak jawab?

Lepas tu, pukul 8 pagi, rushing pergi daftar kursus JPK tu pulak. Seriously, aku penat sangat sekarang. Kalau tengok workstation aku ni pun dah macam apa dah. Lagi satu penat + pening dengan duit. Bayaran Khemah Ukur aku handle dah berapa ribu, duit dinner lagi berapa ribu. Duit kelab lagi. Sebab tu duit jaket aku bagi orang lain handle. Kalau hilang, menangis tak berlagu. Orang lain, cuma memerhati.

Itu Khemah Ukur dan Kursus JPK.
Yang lain-lain tu?

Bengkel dan dinner. Tak nak membebel pasal bengkel. Nak membebel pasal dinner. Dinner kelab pelajar. Dah dilantik sebagai penasihat kan, buat sahaja lah kerja kau, Wani. 
Ye, tapi aku manusia, mesti ada yang tak sempurna. Alhamdulillah ada pelajar-pelajar yang berbakat membantu aku menguruskan dinner. Tapi itulah, masalahnya penat nak layan kerenah orang-orang sekeliling. Selagi mampu, aku buat. Tapi kalau aku rasa aku tak mampu, harap mereka faham.

*sigh*. Orang kata tak baik mengeluh. Tapi bagi aku, sesekali buat macam tu untuk release....
 

Monday, April 4, 2011

I need a vacation..

Assalamualaikum..

Lama sangat tak update blog, walaupun sempat juga berblogwalking. Sekarang penat sangat rasa. Dalam kepala banyak yang difikirkan. Semuanya tentang kerja. Nasib baik tak terbawa-bawa ke rumah. Masih lagi berminat memasak untuk darling husband. Masih lagi mempunyai mood untuk bersilat di dapur, tapi malam ni tidak.

Sebab? Tiada mood. Mood aku di Shah Alam sekarang. Hmmmmhh..

Ada cerita ingin ditaip, tapi masih belum berupaya. I mean, my mood is not here. Dalam kepala asyik fikir tentang isu-isu dalam kerja, survey camp, dinner for students, problematic mentee, ISO documentations, bla bla bla.. Oh, headache! Dan, badan rasa penat dengan kelas-kelas amali. Mungkin sebab handle group yang ramai dalam satu-satu masa, aku sangat stresssssss kalau explain dah banyak kali tapi tak faham-faham juga. Lain kali lecturer explain jangan la bergosip di belakang ye budak-budak!!

Hmmmmm.... That's why, i think, i need a vacation.

Tapi cuaca sekarang merisaukan kami untuk pergi melancong.

What say you??
Pasangan romantik. Sama-sama chubby.