Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Friday, February 3, 2012

Perginya seorang lagi sahabat..

Assalamualaikum..

Tarikh 1 Feb 2012, aku kehilangan seorang lagi sahabat. Intan Shuhadah bt Ahmad, seorang pensyarah electrical engineering. Walaupun baru beberapa tahun kenal, kami pernah rapat ketika arwah menemani aku mengiringi pelajar ke Khemah Ukur di Melaka. Dia menghembuskan nafas terakhir pukul 11 malam, tapi pukul 6.30 pagi 2 Feb 2012 baru aku baca sms.

Arwah seorang yang lemah lembut, comel, kalau kenal rapat dia tidaklah pendiam sangat. Masih terbayang-bayang kenangan bersama arwah, usikan dan gurauan dengan arwah. Cepat sangat arwah meninggalkan kami semua. Di usia 25 tahun, baru berkahwin hampir 11 bulan, arwah mengikut jejak anaknya yang meninggal semasa dalam kandungan.

Aku ingat lagi, masa baru dapat tahu aku mengandung, aku sms arwah, sebab aku dapat tahu arwah juga mengandung. Aku sempat nasihatkan arwah supaya pergi klinik cepat buat buku pink. Tarikh jangkaan bersalin kami cuma berbeza 3 minggu. Bila berjumpa (pejabat arwah di cawangan satu lagi), aku pegang perut dia, sebab perut dia kecil, sedangkan dia mengandung lebih 3 minggu dari aku. Tapi mungkin sebab dia jenis kurus, so perut tak berapa nampak. Arwah juga pernah 'pewitt pewitt' aku masa tengok perut aku dah nampak.

Bulan Disember lepas, aku dan suami sempat melawat arwah ketika dia di wad. Arwah sebelum tu demam, semasa kandungannya lebih kurang 5 bulan. Akhirnya dimasukkan ke hospital, ujian demi ujian dibuat untuk mengesahkan penyakit akibat demam tu. Habis lebam-lebam tangan dia yang kurus tu aku tengok. Menurut doktor, jangkitan kuman di jantung. Masa melawat dia, dia banyak diam je, nampak agak lemah, tapi berselera makan semasa disuap ibunya. Aku sempat cakap pada dia, "senyum sikit Intan..". Masa tu kandungan dia 5 bulan 3 minggu kalau tak silap aku. Dia ada cakap baby sihat, baby gerak-gerak je. Selang beberapa hari lepas tu, baby dia meninggal dalam perut. Aku dapat tahu pun selepas hampir seminggu. 

Then, selang sebulan pemergian baby dia, arwah pula mengikut jejak. Ya Allah.. Sebelum ni kami dikhabarkan arwah dah ada di rumah, menunggu masa untuk ke IJN. Dia dalam keadaan stabil. Lepas solat aku berdoa agar disembuhkan penyakit dia, kurangkan kesakitan dia. Sampai sekarang pun kadang-kadang aku terlupa, aku doakan supaya Allah sembuhkan sakitnya, sedangkan dia dah tak ada.. :'(

Arwah juga berjauhan dengan suaminya yang bertugas di Perak. Sedihnya, suami dia tiada di sisi semasa hayat terakhirnya. Besarnya dugaan Allah pada suaminya, baru kehilangan anak, sekarang isteri pula. Semoga Allah kuatkan hatinya untuk menempuh semua ni..

 Arwah bersama suaminya.

"Intan, dulu Intan salah seorang pembaca blog akak kan? :'( Akak terkilan tak sempat minta maaf pada Intan. Walaupun pernah melawat Intan sekali je sepanjang Intan sakit, tapi akak tak lupa berdoa untuk Intan. Tenanglah Intan di sana. Baby Intan dah tunggu Intan di pintu syurga.. Akak akan simpan kenangan kita terutamanya masa di Melaka bersama pelajar-pelajar akak, masa malam bbq, diorang usik-usik Intan yang comel ni.. Akak teringat-ingat lagi gelagat kita masa duduk sebilik di Melaka tu.. Semalam kali terakhir kita 'jumpa', tapi masa tu Intan dah terbujur kaku, akak tengok bawah kain putih tu kurus sangat. Maafkan akak juga, semalam akak tak tengok wajah Intan untuk kali terakhir. Dalam keadaan akak sekarang, akak harap Intan faham. Akak cuma mampu sedekahkan Intan dengan surah Al-Fatihah dan Yassin..."

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Minta jasa baik readers tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Terima kasih..

6 comments:

eMMe said...

sedih.
takziah buat keluarga Arwah dan Wani,
moga rohnye dicucuri Rahmat Allah swt.
Alfatihah.

.:Wanie:. said...

takziah. moge roh nye dicucuri rahmat..:(

Wiyah said...

salam takziah utk sahabat wani..semoga rohnya tenang disana! sedih la plak wiyah baca n3 wani ni..tiba2 mata masuk habuk ;-)..tak dpt bayangkan kalau kita berada ditempat dia..dia mengahadapinya dengan tenang,apakah kita akan setenang dia??

~ NANA ~ said...

innalillah...
takziah...semoga arwah di tempatkn di kalangan org yg beriman

PUAN THALHA : said...

Al- Fatihah buat arwah. Sangat sedih baca entry ni. Moga-moga rohnya di tempatkan di kalangan insan yang beriman..InshaAllah.. syurga lah tempatnya.. amin.

GeeAziah said...

intan...kak gee akan sentiasa merindui intan..
smoga intan dicucuri rahmat..amin

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D