Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, August 17, 2010

Corat-coret 7 Ramadhan 1431H

Salam..

Hari ni genap seminggu kita berpuasa. Maksudnya 3 minggu lagi nak raya! Yeayyy!!. 

Syukur, masih diberi kesempatan untuk menikmati Ramadhan bersama keluarga. Kelas di bulan Ramadhan agak meletihkan. Kering tekak ber'pot pet' di depan students yang pelbagai ragam. Alternatifnya, aku bagi kuiz / assignments / presentation sebagai usaha mengurangkan 'kemengantukan' mereka dalam kelas. Masa jawab kuiz semalam, ada sorang student sampai terlentok ke belakang kepala dia. Mengantuk sangat lah tu agaknya. Hehe

Hmmm.. Berpuasa dah masuk 7 hari, kuih /  biskut raya penghasilan aku ada la 4 jenis. Kuikui. Not bad jugak la kan, walaupun ada antaranya aku dah start buat (testing je sebenarnya) sebelum puasa lagi. Makcik aku siap request lagi nak rasa biskut raya aku. Rasa? Tahun lepas diorang bungkus bawak balik rumah diorang rasanya.. Hmmm.. Takpe. Rezeki. Setakat ni, kuih / biskut yang berjaya dicuba dan menjadi adalah:

1) Biskut almond london (yang ni serius rasa happy sebab dah pandai buat ;p)



2) Biskut arab (paling senang, dah 2x buat, adik-adik suka sangat-sangat!)

 (Adik aku si arissa, mintak tolong masukkan dalam bekas, dia masukkan dalam mulut dia sekali. Pasrah je kakak dia tengok biskut tak penuh-penuh)

3) Biskut makmur (kegemaran suami, nak tunggu suami balik Jumaat ni untuk rasa dan bagi markah ;D)
  - lupa nak snap gambar daaa
3) Crispy choc chips (yang ni aku buat sampai pukul 1am kat dapur sorang-sorang, alhamdulillah sedap, rangup & dapat banyak!)



Owh lupa! Sebenarnya ada lagi satu, biskut green princess. Tapi macam tak siap lagi sebab tbelum letak white choc atas dia. Lepas ni, nak buat lagi biskut raya sebab bahan-bahan semua aku dah beli, siap ada satu kotak khas berlabel 'Bahan projek biskut raya 2010'. Heh tipu je! Kotak tak berlabel sebenarnya.

Jadi, tolong doakan aku supaya berjaya menghasilkan biskut raya yang sedap banyak-banyak. Nak suruh mak mertua pulak rasa kali ni. ;-D

Ok nak solat subuh. Salam.

8 comments:

Cik Belle said...

pandainyer shas buat biskut raya! hehe. saya geram je nak g beli oven ni. hahaha. tapi sharul kata, tunggu lepas kawen.. hurmm. adoyai.

Mrs Azhar said...

atia, keinginan tu jd membuak2 bila husband kita puji & support kita nak buat benda ni. tambah2 biskut yg dia suka. sy pun start last year try buat. nnt pas kawen, sharul puji, mesti lg awk rajin.. takpe yg penting keinginan tu dh ada. good! hehe. eh pjg lak bebel. mujur blog sendiri. ;)

tEppEi@sharEna said...

rajennya buat kuih raye. kite mkn kuih tunjuk ajelah hihih =p

syanaim said...

::wah rajinnya..nasya tahu buat satu kuih jer..hahha..x sabar nak blajar bnyak kuih..:P..::

asna cute said...

Owh tetiba asna jugak rindu nak buat coklat chip huhu teringat masa sek dulu..

Mrs Azhar said...

sharena, time kasih atas pujian. ;) tgh rajin belajar ni baik buat.. tgh ada masa.. nnt kalau ada anak ke (insyaAllah) kot2 dah xde masa kn.. hehe

Mrs Azhar said...

syanaim, time kasih jugk.. ala dulu kite xtau gk wat kuih. rjn kumpul resipi je. tp bila dah tau, best sgt! dpt bg org mkn kuih kita buat. =)

Mrs Azhar said...

asna, akak br je pandai buat ni. sbb hantu choc kn. so cpt2 jom kita ramai2 buat kuih raya.. =)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D