Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Sunday, August 1, 2010

Kek Kahwin Kami

Salam.. Entry yang sangat lama tertangguh. Dah 5 bulan lebih kawin, baru nak story. Takpe lah, blog sendiri kan, jadi buat la sesuka hati. ;p

Kali ni nak bercerita sedikit tentang kek kahwin kami. Dari awal lagi aku memang merancang tidak mahu terlalu membazir. Buat kek kahwin bertingkat-tingkat-tingkat (banyak tingkat sangat lah maksudnya tu), deco sarat berbagai-bagai lah. No no. That's not me.

So, aku decided untuk menempah kek yang simple sahaja. Aku tempah 2 biji kek, deco yang simple. Yang lain aku hias sendiri, using fresh flowers, based on idea aku dapat dari internet. Lupa dari website mana, sebab masa tu guna lappy lama, so semua dalam lappy lama.

Begini rupanya kek kahwin kami yang simple:



Bagi aku, kek hanya simbolik. Bukan perkara utama dalam sesebuah majlis, yang memerlukan aku untuk membelanjakan hampir ribuan ringgit semata-mata untuk kek. Baik aku gunakan duit tu, jamu keluarga / saudara mara makan besar lepas majlis.

Tapi apa pun, terpulang pada empunya badan. Kalau rasa mampu, apa salahnya nak habiskan duit pada kek. Terpulang.. Jangan samai berhutang sebab nak kahwin, sudah lah. Itu sangat lah tidak patut.

0 comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D