Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, August 30, 2010

Apabila esok cuti Merdeka...

Salam.. 
Salam Ramadhan dan Salam Merdeka... 
Huhu

Aku sedang bekerja. Itu sepatutnya. Tapi?
Aku takde mood!! Hari ni 59 orang staf bercuti mengikut rekod dalam sistem. Macam rekod masa musim raya je. Tapi ni belum raya lagi.

Students pun sama. Boleh pulak one of my students texted me last thursday, nak mintak postpone test. Alasan: Kelas lain semua dah cancelled, semua nak balik kampung (Jumaat cuti nuzul Quran, Selasa cuti merdeka, so mereka-mereka bercuti lama..).Hmmmm ikutkan hati tak nak la postpone, lagipun aku dah inform nak buat test dari 1st week of lecture lagi dah. Tapi bila fikir-fikir balik, if aku buat kelas jugak, buat test jugak, yang datang kelas tu ada la 2 ketul students. Mula la aku nak menjadi seperti king kong! So terpaksa la membenarkan.. Test postponed.. After raya pulak tu! Radha jelah..

Rupanya lecturers lain pun ramai bercuti.. Jadinya mood orang-orang yang tak bercuti ni sedikit terganggu. Agegegegege. Aku ni dari pagi tadi taip teaching plan tak sudah-sudah lagi. Dah la tension tak jumpa cari 'cop gajah'. Silibus aku tak bercop lagi ni wehh.. Lepas raya nak menyambut kedatangan sirim pulak. Siapa yang pandai ambik tak pandai simpan ni!!!! Grrrrr!!!


Maaf. Aku pada hari ini adalah sebegini. 30 Ogos 2010. Sehari sebelum Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 53.


p/s: Biskut raya snow almond aku (refer sini ye) sedap! Betul, tak tipu! Hehe. Nak buat lagi biskut raya lepas ni..

0 comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D