Alhamdulillah. Itu sepatutnya yang aku lafazkan. Bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan selama ini. Bersyukur dengan apa yang ada. Tapi seringkali aku tersasar pemikiran, memikirkan yang negatif tentang diri.
Think positive, wani! Be strong!
Allah menduga bermakna Allah sayang. Bermula zaman belajar, memasuki dunia IPTA, aku dah diuji dengan pelbagai ujian. Penyakit. Ubat-ubatan. Pembedahan. Tapi aku redha. Dan tamatkan diploma dengan anugerah naib canselor dan best student.
Diuji juga dengan scoliosis semasa degree. Gigih teruskan pengajian dalam kekurangan yang dihadapi. Alhamdulillah. Allah duga tanda Dia sayangkan hambaNya. Aku tamatkan degree dengan first class honours. Alhamdulillah syukur ya Allah. Aku tak pernah lupa semua kenangan manis tu.
Sejak akhir-akhir ni, aku rasa selalu sangat letih. Tak bermaya. Walaupun dah cuti lama dah masa raya hari tu. Bila letih, bila sakit, aku perlukan si dia di sisi. Tapi Allah tak izinkan. Kalau dulu kami berjumpa setiap dua minggu, sekarang setiap tiga minggu. Sekali sebulan. Dua hari sebulan. Dua hari sahaja. Jumaat dia datang, sabtu dia balik semula.
"Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku memohon padaMu.. Kuatkan lah aku, cekalkan lah aku untuk menghadapi segala ujianMu ya Allah.. Jauhkanlah sakit yang berpanjangan yang akan mengganggu kehidupanku Ya Allah.. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur padaMu..
Ya Allah.. Permudahkanlah pertukaran suamiku secepat mungkin.. Permudahkanlah urusan kami untuk tinggal bersama Ya Allah.."
Amin ya rabbal alamin...
9 comments:
Tabah and be strong kak! =))
mcm sayu pulak bace entry wani yg nie. hrp wani terus tabah & teruskan berdoa moga dipermudahkan segala urusan. take care & be +ve ok! =)
allooo ciannnyer...we all doakan wani dan cik abangnyer tabah hadapi ujian k..jgn sedey2 k..anything just sharing..we here for you!
(we here refer to all readers and family wani)
asna, sharena & miss sepoi2 bhsa: thanks a lot.. bukan pe, kdg2 rs down sgt2. so blog jd tpt meluahkan.. thanks ye..
sabar ye wak.. sy pn rasa cmtu jgk.. thn ni,byk betul dugaan yg sy terima.. masa2 cmtu, nk sgt e.Suami ade di sisi tp dia xde.. satu je pesan, mari kita sama2 berdoa, semoga kita cpt2 boleh hidup bersama..
ye lah, klo dh dok sama ni, klo ade prblem pn mesti kureng sikit stressnye... kn kn :)
cik puan fara: thanks a lot. i know, org yg mengalami je yg faham mcmana kita rasa. tak terluah rasanya. tp mmg pun, doa tu satu2nya penyejuk hati. siang mlm pg ptg kita tak boleh lupa berdoa. thanks ya!
Salam..
Insya'Allah...think positive & always remind urself that Allah is the greatest planner! for anythg n everythg yg telah Dia rancang adalah & ada sebab yg terbaik ok! b strong! ;)
congrats on ur achievement..sgt wow ok!sakit tu serious ke?i hope ur doing well now..Tuhan uji seseorang ikut kemampuan kita terimanya..means ur a strong lady!
mrs emzee: thanks! insyaAllah..
diah: tq.. wow ke. hehe. yes skt tu kira serious jugak la.. seumur hidup kena tanggung.. yes2 i'm strong! =) thanks anyway..
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D