Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, September 6, 2010

Cerita-cerita: 3 hari sebelum raya!

Salam..

Tinggal berapa hari je lg nak raya. Aku masih bekerja (sambil menaip entry di blog.. ngehhh) dan menghitung detik. Alhamdulillah siap sudah kerja-kerja ISO documentation aku. Untuk personal la.. Pagi-pagi sampai office terus cari cop gajah. Yeayy dah ada. Pandai pun orang yang ambik tu pulangkan semula..

Sekarang ni kalau ditanya mood, dah tentulah mood raya. Esok last day aku kerja sebelum cuti raya selama hampir 2 minggu.. Tak sabar nak beraya dengan suami, nak cium tangan dan pipi suami di pagi raya memohon keampunan. Walaupun ni tahun pertama aku tak akan menyambut hari raya dengan keluarga sendiri, aku tetap happy.. Yelah.. Keluarga mertua pun keluarga aku jugak kan.. =) Dan yang tambah lagi tak sabar, ada benda best menanti selepas raya. *wink*


Owhh hari ni birthday darling husband. Hehe aku dah wish awal-awal semalam. Tapi sebenarnya ada birthday wish yang in advance. Aku bagi birthday presents awal sebab dia balik sini hari jumaat lepas. Awal 2 hari. Hope he likes the presents. =) Kek birthday nanti aku buat masa last day puasa. Bawak balik kampung terus. Hehe.

Anyway, semalam aku gigih membuat egg tart. Lupakan seketika nak buat biskut raya. ~Eh eh ada jugak la aku tambah cornflakes sebab adik aku dah habiskan setengah balang. ~Cousin tempah egg tart awal-awal mintak tolong buat dia nak bawak balik pangkor. Memandangkan lama dah tak buat egg tart (sebab asyik buat biskut raya je kan), banyak jugak la semalam aku buat. Puas hati! 


Haa ambik kau. Macam-macam bentuk. Dari kecik, sederhana, besar. Yang kecik sekali tu untuk adik bongsu aku, yang besar sekali tu untuk aku. Muahahahah!

0 comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D