Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, November 9, 2010

6 Nov 2010: Bitrhday Abah Tersayang

Salam..

Entry yang terlewat. Sebab agak busy la sekarang ni.. Tapi sempat jugak berblogwalking. Hehe

6 Nov 2010, birthday abah tersayang. Alhamdulillah.. Abah dah genap 57 tahun. Bakal menimang cucu sulung pada tahun hadapan. =).............. Oppss.. Cucu yang dimaksudkan bukan lah dari aku, tapi dari abang sulungku.. (kahwin 4 bulan selepas kami). Kakak iparku dijangka bersalin bulan Jun 2011. Aku??? Hmmm.. InsyaAllah.. Doakan sahaja.. =)

Ok berbalik pada cerita birthday abah tadi, celebration hanya kecil-kecilan.. Melibatkan kami sekeluarga sahaja. Itu pun tak cukup ahli. Aku dan darling husband (kebetulan si dia balik) belikan kek Secret Recipe (itu pun hampir kecewa sebab SR Kuantan dah sold out chocolate indulgence!) and buat surprise pada abah malam tu.. Abah baru je nak makan pizza depan Buletin Utama. Tiba-tiba black-out. Lepas tu anak-anak semua nyanyikan lagu 'Allah selamatkan abah...' Hehe..

Abah yang kusanjung, dunia akhirat..

Si bongsu Arissa bagi birthday present pertama kat abah. Lollipop! =D

Dan ini, kad ucapan Arissa yang membuatkan semua orang gelak besar!

Abah membelek-belek birthday presents. Tshirt hijau hadiah dari kami suami isteri.. =)

Abah sayang...

Walaupun saya sudah di bawah tanggungan seorang yang bergelar suami, abah tetap di hati saya.. 
Selama-lamanya.. Semoga abah sentiasa di bawah lindungan Allah swt.. Amin...

3 comments:

LyNn HaMzAh said...

selamat hari lahir uncle...moga panjang umur n murah rezeki...

Mrs Azhar said...

lynn, terima kasih mendoakan ayah sy.. =)

eMMe said...

hepi belated uncle...
moga sentiasa dirahmati Allah swt

hye wani...lame u tak update blog
rindu~

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D