Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Thursday, November 25, 2010

Tahun 2010, 2 kali aku konvokesyen =D

Salam...

Hehe. Best kan, tahun ni sahaja dah dua kali aku berpeluang pakai jubah konvo. Tapi bukan sebagai penerima skrol. Aku hanyalah menjalankan tugas melihat pelajar-pelajar aku (dan adik aku) naik pentas.. Dah nama pun pendidik kan.. Haruslah aku terlibat dengan perarakan akademik masuk-dewan-diiringi-bunyi-gamelan. Sambil senyum-senyum simpul sebab muka masuk camera. =)

Tapi best! Sebab setiap kali pakai jubah dengan mortar board tu, mesti rasa macam excited. Walaupun setakat ni rasanya dah lima kali pakai. Diploma, degree, as a lecturer (IKIP 2 kali, UTM 1 kali). Tinggal untuk masters je belum lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki dan peluang.. Ermmm.. Excited sebab terkenang kembali saat-saat nak naik pentas terima skrol satu masa dahulu.. Seronok sangat.. Tambah-tambah lagi bila nama disebut dengan kuat, mendahului graduan-graduan dalam department / faculty yang sama, dekat layar besar tu pulak terpampang berapa bintang yang kita dapat.. Owhh manisnya kenangan itu.. ;p Terima kasih sangat-sangat pada penyokong-penyokong dan pemberi semangat aku sepanjang belajar.. 

Eh eh kenapa aku macam bagi speech ni. Ok kembali ke jalan yang benar. Hiii..

So kat sini nak letak gambar-gambar kenangan masa konvokesyen di UTM Skudai dan IKIP International College..

Ok yang ni di UTM Skudai.. Aku sebagai wakil pensyarah bagi department aku, dan juga sebagai kakak kepada adikku yang bangga tengok nama dia kat buku konvo tu.. (u can click the pic for zooming ;p)

Wahahaha besarnya muka aku! Sekali tengok ada jugak gaya budak baru grad. =p Yang ni pula konvokesyen ke 10 IKIP International College.. Adik aku pun diraikan lagi sekali masa ni, tapi gambar dia tiada di sini.. Cukup lah gambar kat UTM tu je.. Haha dengki!

5 comments:

eMMe said...

wow! ulat buku wani ni
tahniah! 2 kali convo gituuu
cayala...

Sophie Al-yahya said...

woooow..bukan calang2 org leh jadi mcm u..

Mrs Azhar said...

emme, seriously i'm not 'ulat buku' type.. anyway tq.. =)

sophie, ye ke.. biasa2 je lah.. hehe

♥ balkidz_hunny ♥ said...

best2. i pun tak sabar nak konvo!

Mrs Azhar said...

balkiz, konvo mmg la best.. tp i tpaksa lupakan hasrat utk konvo lg 2 thn. dh quit pun masters class tu.. sdh sgt.. =(

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D