Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, November 23, 2010

Jalan-jalan Cari Makan [Steamboat]

Salam..

Ni entry yang tertangguh. Walaupun mood untuk makan sekarang ni kurang, aku buat juga entry pasal makan. Owhh sekarang ni masuk hari ketiga aku demam.. Kejap demam, kejap ok. Sekarang pun musim orang tak sihat. Sakit kepala, selsema, sakit tekak, batuk-batuk sampai keluar air mata ("__"). Mungkin ada juga hikmahnya aku kurang selera makan. Memandangkan sebelum ni aku dah semakin chubby. Tapi berat badan still maintain 48kg. Adakah weight scale itu yang rosak?? Atau hanya lemak-lemak aku yang berpindah tempat?? Hmmm...

Kalau sebut steamboat, dalam Kuantan ni aku rasa tempat ni antara yang popular sekarang. Dulu aku dah nampak kewujudan kedai ni, tapi just ignore je sebab nampak macam kedai steamboat cina. Tapi since abang aku belanja kami semua makan kat sini, aku rasa ni tempat paling ok. Walaupun rasanya aku lagi suka Thai sauce yang dekat Johnny's tu. Lagi satu tempat aku pernah makan steamboat adalah di Sri Affa Restaurant. And dulu Swan dekat hotel M.S Garden kot, selain yang dekat Cameron Highland.

Nama tempat ni East Coast Buffet Steamboat. Yes. Buffet. Sebab tu lah tempat ni yang paling ok. Sebab, untuk dewasa RM20, kanak-kanak RM12 sahaja.. Murah bagi aku sebab menu steamboat dia pun ada ketam, udang semua.. Sesiapa yang kuat makan memang sangat berbaloi..

Ok ni amaran supaya semua orang tidak menjadi tamak secara tiba-tiba. Haha

Ada orang tengah selamatkan sayur, ada orang tengah menunjukkan sesuatu..

Ya... Inilah adik lelakiku yang kurus tapi tak tahu kenapa dia makan macam... Ya Rabbi... Tengok, tengok. Ketam bergayut-gayut di tepian mangkuk kecil.
Ini sebahagian dari kami.. Penuh meja. Yang di sebelah kiri gambar terpaksa dikaburkan atas alasan terlalu ngeri untuk dipertontonkan di sini. Hukhuk

Yeahhh gambar tuan punya blog kena besarkan sedikit ye. 

Gambar yang ni kena kecikkan sikit sebab aku tahu aku buruk ketika itu! Huhu. Boleh buat contest "cipta dialog" ni. Hadiah: Buffet steamboat. =)

Ha ni lagi satu bukti untuk statement yang kat atas tadi..

Sekian...

5 comments:

eMMe said...

okey pe makan steambot...kurang kolestrol...
takde minyak, bagus utk kesihatan tu...steam/kukus je kan...

Mrs Azhar said...

a ah la emme kn, steamboat kira ok la.. tp if mkn byk sgt tu jd x ok. haha

East Coast Buffet Steamboat Restaurant, Kuantan, Pahang said...

Salam,

Pihak ECBS mengucapkan berbanyak terima kasih atas review anda. Seperti biasa, bagi customer yang buat review, blog anda akan kami masukkan dalam section customer review(blog) di bahagian kiri page kami.

Terima kasih kerana sudi memilih ECBS sebagai tempat berbuka puasa anda dan family. Diharap anda berpuas hati dengan makanan dan servis yang diberikan oleh ECBS. Next time datang lagi k! THANKS! ;)

Ikhlas dari kami :
East Coast Buffet Steamboat Restaurant, Kuantan, Pahang

Breakeven said...

nice...sos dia sedap kan?

Mrs Azhar said...

ESBS, owhh hehe sure! dah byk kali pergi sana, selalu dengan family. thanks anyway!

breakeven, a ah sedap. skrg mmg dh tak jejak kt johnnys dah. east coast je best. berbaloi2 bayaran dia. =)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D