Esok 10 Muharram, hari Asyura. Baru tadi teringat. Kiranya dah 10 hari kita sambut tahun baru hijrah. Lagi 15 hari tahun baru masihi pulak.
Anyway, tahun baru hijrah kali ni membawa seribu makna untuk kami.. Kami yang berhijrah daripada 'pasangan suami isteri jarak jauh' kepada 'pasangan suami isteri jarak dekat'. Heh heh. Mood sekarang sangat la happy.. Dapat jugak rasa macamana kehidupan normal pasangan yang berkahwin. Tapi kadang-kadang aku TERRRRlupa. Maklum lah, biasanya macam orang bujang je kat rumah. Pernah aku makan sorang-sorang kat dapur, terlupa nak ajak darling husband makan. Haha. Takpe wani, takpe. Take your time untuk biasakan diri. =D
Eh out of topic pulak. Ok kat sini aku nak share info sikit tentang 10 Muharram ni. Hasil search jugak ni.. Apa salahnya berkongsi kan..
Hari Asyura ni berasal dari perkataan Arab (asyara) yang bermaksud sepuluh. Banyak kejadian-kejadian penting yang berlaku masa Hari Asyura ni.. So kita sebagai umat Islam digalakkan membuat amalan-amalan sunat sempena Hari Asyura ni.. Yang mana boleh tu, sama-sama la kita buat ye..
Ni antara amalan-amalan sunat. Jom, kita buat esok! Sebenarnya start hari ni 9 Muharram dah digalakkan buat dah..
- Melapangkan masa / belanja anak dan isteri (owhh ini i like! =D)
- Memuliakan fakir miskin
- Menahan marah
- Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat / orang yang salah
- Menyapu / mengusap kepala anak yatim (menghormati dan memuliakan mereka)
- Bersedekah
- Memelihara kehormatan diri
- Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
- Bercelak
- Membaca Surah Al-Ikhlas seribu kali
- Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas Al-Fatihah, di baca 'Qulhuwallah' sebelas kali.
- Menjamu orang berbuka puasa
- Puasa Sunat Asyura dengan niatnya 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'.
9 comments:
oh..esok Hari Asyura yea?
thx bgtau, mujur ade ustazah wani di sini
hiks...
InsyaAllah kite puasa sunat...
hahah ustazah? x layak2.. jom. insyaAllah sy pun nk mntk izin suami nk puasa esok..
teringin nak puasa..
bestnya suami da dekat kan? syukur pd Allah =) masa mula2 kawen pon sllu lupa jugak mcm Wani. mkn minum sndiri je yg di jaga. tang suami lansung x ingat. kesian dia hihi. lama2 sok ok la =D
ryna, kalau mampu & larat cuba la.. tp kalau xmampu xpe la kn.. baby tu kena jaga. take care tau!
sharena, mesti la best.. besstttt sesgt! hehe
xtau arini 10 muharram..hehe
arini xbole nk menahan marah n skit ati yg sgt2
klu tau 10 muharram sy akn abaikn sume bnda di sekeliling sy pd arini..huh!(ttap nada marah)
gee, sbr2... hehe
alhamdulilah =)) dapat jugak akak duduk dekt dgn suami. Lepas nie jgn lupe jemput suami mkn sekali tau hehe
asna, a ah alhamdulillah syukur sgt2.. haha insyaAllah pasni xkn lupa dh jemput suami mkn skali. hihi
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D