Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, December 6, 2010

Finally...

Salam...

Hihi maaf la kawan-kawan yang tertanya-tanya tu ye.. Sebenarnya sengaja nak tulis kat sini after dah inform family members..

Berita yang membuatkan aku jadi the happiest person on earth =D tu sebenarnya dah lama aku nak dengar. Sebelum bergelar kekasih halal dia lagi aku dah impikan.. Alhamdulillah Allah makbulkan juga. Doa kami tak pernah putus, di setiap akhir solat, solat hajat, doa ibu bapa dan keluarga.. Setelah banyak kali berlaku pertumpahan air mata (owh sedihnya mengenangkan saat-saat penuh pengharapan tu).. Syukur..

Bermula 11 Disember 2010, setelah 294 hari @ 9 bulan 3 minggu menjadi suami isteri jarak jauh, kami akhirnya akan tinggal bersama..

Ya.. Darling husband dah dapat transfer ke sini.. Alhamdulillah!!!!! Sepatutnya hari ni 6 Disember darling husband lapor diri di pejabat Kuantan, tapi disebabkan terima berita pun 2 hari lepas, tak sempat nak buat clearance dan persiapan-persiapan kerja yang lain, dengan jarak jauh Kedah - Pahang lagi, so darling husband mintak postponed seminggu..

Maal Hijrah kali ni membawa seribu makna dan seribu rahmat buat kami.. Suami aku akan berhijrah ke tempat kerja baru dan tinggal bersama aku. Aku pula, akan berhijrah menjadi isteri yang lebih baik dari sebelum ni.. InsyaAllah..

Ermmmm... Berita gembira satu lagi tu, yang ramai masih tertanya-tanya, sabarlah.. Aku percaya Allah dah aturkan yang terbaik untuk perjalanan hidup aku dan suami. Bukankah lebih bermakna kalau berita tu diterima ketika aku dan suami telah tinggal bersama?? Selepas ini, mungkin? InsyaAllah.. Doakan sahaja yang terbaik buar kami berdua.. =)

11 comments:

sharEna said...

Alhamdulillah =)

Selamat menjadi isteri solehah =p

Mrs Azhar said...

InsyaAllah... Amin.. =)

Anonymous said...

amin~ moga puan berbahagia dengan hari hari yang datang bersama insan tersayang.

Mrs Azhar said...

cik wawa, tq dear!

mama affan said...

waa..bestnya dapat dok sama..ryna x tau la bila lagi..

rezeki Allah telah aturkan kan..syukur2 apa yg ada skrg..

masmOna said...

alhamdulillah..semoga awak lebih bahagia berseri2 dan dapat mnjadi isteri yang solehah. amin =)

Mrs Azhar said...

ryna.. insyaAllah ada rezeki nnt.. xtau bila je.. jgn berhenti berdoa k!

masmona, alhamdulillah syukur sgt.. amin.. tq anyway!

eMMe said...

Alhamdulillah...wani, selama dok jauh2 nih...mmg menghitung hari la kan...hehehe...ape pun, saya tumpang gumbira...smoga kalian bahagia selalu..

Mrs Azhar said...

emme, a ah menghitung hari la slalu.. hehe. insyaAllah. amin.. terima kasih slalu doakan kami..

Lily said...

wahh...tak lama ag sihat la cik abg wani tuuu makan masakan isteri hari2...
p/s: xsabar nak tgk wani juniorr

Cik Belle said...

Alhamdulillah wani.. =) suka je dengar ni! hihi

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D