Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Monday, September 27, 2010

Allah Duga Tanda Sayang


Alhamdulillah. Itu sepatutnya yang aku lafazkan. Bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan selama ini. Bersyukur dengan apa yang ada. Tapi seringkali aku tersasar pemikiran, memikirkan yang negatif tentang diri.

Think positive, wani! Be strong!

Allah menduga bermakna Allah sayang. Bermula zaman belajar, memasuki dunia IPTA, aku dah diuji dengan pelbagai ujian. Penyakit. Ubat-ubatan. Pembedahan. Tapi aku redha. Dan tamatkan diploma dengan anugerah naib canselor dan best student. 

Diuji juga dengan scoliosis semasa degree. Gigih teruskan pengajian dalam kekurangan yang dihadapi. Alhamdulillah. Allah duga tanda Dia sayangkan hambaNya. Aku tamatkan degree dengan first class honours. Alhamdulillah syukur ya Allah. Aku tak pernah lupa semua kenangan manis tu. 

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa selalu sangat letih. Tak bermaya. Walaupun dah cuti lama dah masa raya hari tu. Bila letih, bila sakit, aku perlukan si dia di sisi. Tapi Allah tak izinkan. Kalau dulu kami berjumpa setiap dua minggu, sekarang setiap tiga minggu. Sekali sebulan. Dua hari sebulan. Dua hari sahaja. Jumaat dia  datang, sabtu dia balik semula. 

"Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku memohon padaMu.. Kuatkan lah aku, cekalkan lah aku untuk menghadapi segala ujianMu ya Allah.. Jauhkanlah sakit yang berpanjangan yang akan mengganggu kehidupanku Ya Allah.. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur padaMu..

Ya Allah.. Permudahkanlah pertukaran suamiku secepat mungkin.. Permudahkanlah urusan kami untuk tinggal bersama Ya Allah.."

Amin ya rabbal alamin...

Wednesday, September 22, 2010

Sakit

Salam..

Sakit.. Betul ke sakit tu penghapus dosa-dosa kecil? Aku tahu sakit itu dugaan, aku juga tahu Allah timpakan sesuatu dugaan pada hamba-hambaNya yang mampu untuk menghadapinya.

Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku pohon Kau kuatkan lah hatiku untuk menghadapi dugaan-dugaanMu Ya Allah.. Amin..

Monday, September 20, 2010

7 months

Salam...

Saat ini, 7 bulan yang lepas, aku sah menukar status. Hehe. Dah 7 bulan rupanya jadi isteri pada si dia. Syukur padaMu Ya Allah.. Walaupun belum ada rezeki untuk tinggal bersama, kami akan terus berdoa dan berusaha. Tolong doakan kami juga ye siapa-siapa yang membaca. =)

Aku akui, masih lagi terasa seperti baru berkahwin. Walaupun inai terakhir di kuku ibu jari kaki dah pun hilang semalam, kami tetap rasa macam pengantin baru. Motto kami adalah: "Selama-lamanya berbulan madu". Hohoho! Indah kan? ;p

7 bulan bernikah, 5 kali kami berbulan madu. Alhamdulillah atas nikmatNya.




 Kali pertama kami beraya sebagai suami isteri. =)

p/s: Rasa macam nak story pasal honeymoon trip je. =)

Friday, September 17, 2010

;-p

Wednesday, September 15, 2010

Salam..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H..


Raya ke-6 baru dapat update. Tapi takpe, raya sebulan kan. =)


Anyway, aku sekarang 'bersiaran' dari:


;-) For our 5th honeymoon! After our 4th honeymoon, this is the most awaited vacation. 14 - 16 Sept 2010. Will be one of our sweetest memories.

Monday, September 6, 2010

Cerita-cerita: 3 hari sebelum raya!

Salam..

Tinggal berapa hari je lg nak raya. Aku masih bekerja (sambil menaip entry di blog.. ngehhh) dan menghitung detik. Alhamdulillah siap sudah kerja-kerja ISO documentation aku. Untuk personal la.. Pagi-pagi sampai office terus cari cop gajah. Yeayy dah ada. Pandai pun orang yang ambik tu pulangkan semula..

Sekarang ni kalau ditanya mood, dah tentulah mood raya. Esok last day aku kerja sebelum cuti raya selama hampir 2 minggu.. Tak sabar nak beraya dengan suami, nak cium tangan dan pipi suami di pagi raya memohon keampunan. Walaupun ni tahun pertama aku tak akan menyambut hari raya dengan keluarga sendiri, aku tetap happy.. Yelah.. Keluarga mertua pun keluarga aku jugak kan.. =) Dan yang tambah lagi tak sabar, ada benda best menanti selepas raya. *wink*


Owhh hari ni birthday darling husband. Hehe aku dah wish awal-awal semalam. Tapi sebenarnya ada birthday wish yang in advance. Aku bagi birthday presents awal sebab dia balik sini hari jumaat lepas. Awal 2 hari. Hope he likes the presents. =) Kek birthday nanti aku buat masa last day puasa. Bawak balik kampung terus. Hehe.

Anyway, semalam aku gigih membuat egg tart. Lupakan seketika nak buat biskut raya. ~Eh eh ada jugak la aku tambah cornflakes sebab adik aku dah habiskan setengah balang. ~Cousin tempah egg tart awal-awal mintak tolong buat dia nak bawak balik pangkor. Memandangkan lama dah tak buat egg tart (sebab asyik buat biskut raya je kan), banyak jugak la semalam aku buat. Puas hati! 


Haa ambik kau. Macam-macam bentuk. Dari kecik, sederhana, besar. Yang kecik sekali tu untuk adik bongsu aku, yang besar sekali tu untuk aku. Muahahahah!