Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, April 13, 2011

Dugaan Seorang Pendidik

Assalamualaikum.

Aku terasa nak menulis tentang topik ni, setelah terjadi beberapa perkara dalam kerjaya aku sebagai seorang pendidik.. Mungkin nampak mudah bagi sesetengah orang, mungkin yang mengalami sahaja akan memahami. Dan mungkin juga, orang yang di dalam bidang yang sama pun, tidak faham melainkan dia sendiri mengalami apa yang aku alami..

Bukan mudah menjadi pendidik. Pendidik seperti aku, tidak hanya memberi syarahan di kelas, tetapi juga memberi didikan kepada anak-anak didik. Sebab tu aku gunakan perkataan 'pendidik', bukan 'pensyarah'.

Menjadi seorang pendidik, aku dah sematkan dalam hati, aku halalkan segala ilmu yang akan / telah aku curahkan. Tapi bagi aku, sebaik mana, serapat mana pun aku dengan pelajar, masih ada jurang yang perlu wujud antara aku dan pelajar. Mungkin ada masanya aku boleh menjadi kawan kepada mereka, ada masnya aku perlu tegas. 

Sepanjang beberapa tahun mengajar, aku pernah mengalami kes-kes yang..... tak tahu nak letak perkataan yang sesuai.. 

1- Aku dituduh ada hubungan dengan salah seorang pelajar aku. Masa ni aku belum kahwin, tapi dah jadi tunang orang. Girlfriend dia call, bertanyakan aku siapa dengan pelajar A*RA. Aku jawablah, aku pensyarah dia. Dan selepas tu aku diserang bertubi-tubi dalam telefon. Seolah-olah aku terhegeh-hegeh dengan A*RA, dan aku selalu berbalas-balas sms dengan dia. What??? Owhh please.. Demi Allah aku tak pernah pun. Dan akhirnya, si A*RA datang berjumpa aku di pejabat dan meminta maaf. Selepas tu dia tangguhkan pengajian, dan akhirnya berhenti.

2- Aku dipanggil ketua program tentang isu salah seorang pelajar ada hubungan dengan salah seorang 'orang kuat' di satu 'tempat tu'. Asalnya, pelajar F***LAH ni datang bersama 'orang kuat tu', ke satu program aku dengan pelajar lain (junior dia). Dan, datang menyertai bbq, dan mempamerkan gelagat yang mengundang persepsi negatif. Dia sepatutnya dah tak terlibat langsung dengan program tu, dan ada kelas lain, tapi muncul di program aku. Dan menipu pensyarah subjek-subjek lain tu, mengatakan balik kampung ayah sakit, sedangkan pada masa tu berada bersama kami dan 'orang tu'. Malas nak cerita lebih-lebih, nanti ada lagi yang mengata. It's ok, tanggungjawab aku dah lepas. Aku takkan nak biarkan je benda buruk berlaku depan mata aku. So takpelah, buat F***LAH JAS*I, aku tetap halalkan ilmu aku pada dia, walaupun cuma 2 semester aku ajar dia. Semoga dia berjaya.

3- Salah seorang pelajar di bawah jagaan aku @ mentee, buat hal. Asalnya mentee ni ok, keputusan baik, tapi berubah sejak ada masalah keluarga. Aku cuba consult dia, selama 2,3 semester, dia janji dan menangis depan aku mengatakan nak berubah. Tapi sampai sekarang masih tak berubah. Kelas ponteng, tak pernah masuk langsung pun ada. Aku call dan sms tak berjawab. Akhirnya perbincangan dengan ketua program, aku diarahkan menghubungi parents dia. Sebelum ni aku tak hubungi parents dia sebab aku tahu masalah dia dengan keluarga. Tapi bila jadi semakin teruk, kelas tak masuk langsung, aku TERPAKSA bagitahu keadaan sebenar pada keluarga dia. Aku jelaskan pada parents dia. Dan hasilnya, pagi tadi aku dapat sms dari mentee tu,

"Tak payah dah fikir pasal saya. Tapi saya nak satu je, kalau mak saya tanya saya gi kolej ke tak, tolong jawab saya pergi. Saya tak nak family saya bergaduh pasal saya. Saya tahu masalah ni semua datang dari saya. Saya mintak maaf."

Ok. Fine, S***MI. Aku dah PENAT SANGAT nak handle kes dia seorang dari semester-semester lepas. Ada berbelas-belas orang mentee lagi aku nak jaga. Bukan aku tak usaha, tapi bagi aku, kalau pelajar tu sendiri tak nak tolong diri sendiri, orang lain TAK AKAN berjaya nak tolong dia. 

"TUHAN takkan merubah nasib seseorang melainkan dirinya sendiri." 
Inikan pula aku, seorang insan kerdil yang cuba membantu...

7 comments:

Anonymous said...

hai wani..i'm just your silent reader..
sy pon akan bergelar pendidik in two month time..
thanks for sharing your experience..boleh dijadikan panduan nanti..

Mrs Azhar said...

anonymous, u r most welcome.. good luck!

eMMe said...

mmg byk cabaran seorang pendidik, terpulang kat diri kite juga sebenarnye, sejauh mane kekentalan jiwa kite menghadapi segala dugaan2 tersebut, kan wani kan...

E K A said...

tu la wani...hanya org yg mengalami je yg faham.kita beriya-iya nak bg dia berjaya...dia leh ckp camtu ae...sabar je la...suka hati je datang tak datang...actually ni berkaitan dgn attitude la...susah nak ubah attitude org...cam eka...kita tegur bawa g kaunseling still lagi camtu...sokongan dari famili lagi penting eka rasa

Mrs Azhar said...

emme, tu lah. ujian.. kita kena kuat n tabah. kerja apa pun ada ujian menduga.. kan emme kan.. =)

eka, mmg kalau mslh attitude susahhhh sgt nak cater. kdg2 kita yg down.. tp yes, family tu yg utama. biasanya wani dpt pelajar yg problematic ni, semuanya family background diorang teruk..

Engku Artini said...

Bersabarlah wani.. semoga mereka tau betapa besarnya pengorbanan seorang pendidik untuk mereka. Berdoalah .. semoga mereka menjadi insan mulia dan berjaya kelak (peringatan untuk akak juga..)

Mrs Azhar said...

kak tini, amin... insyaALLAH..

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D