Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Friday, April 8, 2011

Khemah Ukur, Kursus JPK, Bengkel Penilaian, Dinner DDA

Khemah Ukur : 10-14 April 2011
Kursus JPK : 9-10 April 2011
Bengkel Penilaian UTM : 11-12 April
Dinner DDA : 7 Mei 2011

JPK (Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran Malaysia) - Siapa ada maklumat tentang ni??

Semalam baru diberitahu aku terpilih mengikuti kursus tu. Blur jugak masa mula-mula. Tak tahu apa-apa, tiba-tiba diarahkan pergi kursus. 4 orang, semuanya pensyarah kejuruteraan. Dua hari pulak tu, Sabtu dan Ahad, 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Dan ianya berbayar. Syarikat bayar RM300 / person untuk 2 hari tu. So I think I should grab the opportunity.

Ahad sepatutnya aku bertolak ke Melaka untuk Khemah Ukur. Mengiringi pelajar-pelajar aku seramai 41 orang. Satu bas. Aku seorang diri. Tiada peneman. Sob sob. Kadang-kadang terasa jugak la, kalau program lain yang tak berkenaan dengan aku, aku kena pergi jugak, tapi bila program aku, tak ada seorang pun yang boleh teman. Tapi nak buat macamana kan, siapa yang willing nak ganti kelas?

Jadi, pagi Ahad nanti seawal 7 pagi, aku akan datang kolej dan menghantar pelajar-pelajar aku naik bas kolej untuk ke Melaka. Untuk pertama kali sepanjang aku di sini, aku tak pergi serentak dengan pelajar. Tak apalah, semua dah besar panjang, tahu jaga diri masing-masing. Jangan pula aku sibuk nak jaga diri orang lain, diri aku sendiri tak terjaga. Kalau pergi Melaka drive sorang-sorang, jadi apa-apa tengah jalan, siapa nak jawab?

Lepas tu, pukul 8 pagi, rushing pergi daftar kursus JPK tu pulak. Seriously, aku penat sangat sekarang. Kalau tengok workstation aku ni pun dah macam apa dah. Lagi satu penat + pening dengan duit. Bayaran Khemah Ukur aku handle dah berapa ribu, duit dinner lagi berapa ribu. Duit kelab lagi. Sebab tu duit jaket aku bagi orang lain handle. Kalau hilang, menangis tak berlagu. Orang lain, cuma memerhati.

Itu Khemah Ukur dan Kursus JPK.
Yang lain-lain tu?

Bengkel dan dinner. Tak nak membebel pasal bengkel. Nak membebel pasal dinner. Dinner kelab pelajar. Dah dilantik sebagai penasihat kan, buat sahaja lah kerja kau, Wani. 
Ye, tapi aku manusia, mesti ada yang tak sempurna. Alhamdulillah ada pelajar-pelajar yang berbakat membantu aku menguruskan dinner. Tapi itulah, masalahnya penat nak layan kerenah orang-orang sekeliling. Selagi mampu, aku buat. Tapi kalau aku rasa aku tak mampu, harap mereka faham.

*sigh*. Orang kata tak baik mengeluh. Tapi bagi aku, sesekali buat macam tu untuk release....
 

2 comments:

Cik Belle said...

wanie, kursus JPK tu more to SKM, sijil kemahiran malaysia. die ada tahap 1-5. so maybe nanti wanie kena buat SKM untuk dapatkan pengiktirafan sebagai pegawai penilai, and later u boleh buat penilian tentang ketrampilan ur student yang buat SKM nanti. =)

Mrs Azhar said...

atia, thanks! yes, skrg sy sudah tau. =) tp mula2 1st day tu blur jugk la.. maklum la, company hantar, so blur jugk la mula2. tp pastu ok la, byk dpt info.

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D