Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Saturday, May 14, 2011

Demam lagi..

Assalamualaikum.. Alhamdulillah blogger dah ok. Semalam banyak kali juga cuba tapi tak berjaya. 

Dalam masa 2 bulan ni, dua kali aku demam. Bulan lepas demam teruk 3 hari. 12 April. Bulan ni, 12 Mei, demam lagi. Genap sebulan. Pandai pulak virus ni serang aku ye.

Petang Khamis tu masa solat, aku rasa menyengat di belakang pinggang. Lepas tu terus rasa sejuk semacam. Pakai blazer, selimut dengan shawl pun masih rasa sejuk semacam. Rasa nak masuk bawah meja je. Tapi aku bertahan, sebab tinggal beberapa jam je nak balik. Lagipun ada Ujian 3 untuk students aku petang tu.

Dalam kelas, aku tengok students buat ujian sambil tahan sakit. Rasa lenguh satu badan, pening kepala.  Dan ada sekali rasa kejang bahagian pinggang. Akhirnya berjaya juga habiskan ujian tu dan kuatkan diri drive balik rumah. Badan semakin panas.

Malam tu darling husband balik dari out-station (syukur Alhamdulillah) terus bawak aku pergi klinik. Jumaat MC. Tapi Jumaat pagi aku dah segar bugar. Alih-alih malam tu badan panas balik. Pelik-pelik je lah..

Hari ni Sabtu aku masih lagi ada pening-pening sikit. Nak keluar tak jadi sebab tiba-tiba darling husband ada kerja. Terperap lagi aku di rumah.. Bagus juga bagi badan berehat..

Harap-harap lepas ni tak demam dah. Tak suka.. =( Rasa kepala beratttt sangattt.. Dan kena betul-betul jaga kesihatan, tanbah-tambah musim tak menentu sekarang ni..

8 comments:

E K A said...

mmg pun...cuaca dgn panasnya...apa2 pung check doc dulu taw...sbb kadang2 demam ni membawa 'petanda yg baik' juga...paham kannnnnn

Mrs Azhar said...

eka.. tu la.. mula2 pns sgt, then hujan lebat sgt. perubahan cuaca yg mendadak kan. dh cek doc. tp belum cek yg 'tu'.. insyaALLAH kalau ada rezeki, ada la eka.. kita bdoa je la.. =)

eMMe said...

Wani, demam lagi ke? siannye....so camner skrg?
ade kurang ke demam?
me doakan n harap cepat sembuh, n kembali memeriahkan blog, hehehee...

Mrs Azhar said...

emme, alhamdulillah x dmm dh.. tp still kena mkn antibiotik tu. hehe

choclairissa @ intan said...

rest byk2 dear..saye dulu kene viral fever..siap jumpe specialist takutla kn sakit pape..tp mmg trend zmn skrg cmtu...just beware.. :)

Mrs Azhar said...

intan, tq.. insyaAllah mmg skrg nk rest byk2 kalau sempat. =)

eMMe said...

wani, takde cite baru ke? u komen kat entry i, ingat ade new entry kat blog u, amacam? sihat tak ari ni? miss u wani.

Mrs Azhar said...

emme, hehe bz x abis lg la.. semat curi2 masa je ni. tu br buat entry baru. hehe

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D