Dah lama sebenarnya aku teringin nak rasa satay ni. Memang terkenal di Kuantan. Sekarang pun dah ada buka cawangan lain. Orang dah lama makan kat situ, aku baru rasa. Haha. Bukan apa, selama ni setiap kali raya, family aku memang tak pernah miss order satay buatan makcik aku (Makteh). Bagi aku satay dan kuah kacang Makteh paling sedap. Tapi sesekali nak juga mencuba yang lain kan.
So last Sunday rasa agak malas nak masak untuk makan malam (siangnya tak masak sebab pergi kenduri), ajak darling husband pergi Satay Zul. Ajak adik-adik sekali. Tapi Arissa je join, Ariff tak jadi join sebab mandi lambat sangat, kena bebel dengan kakak dia ni.
So pergi la kami bertiga.. Ada macam-macam satay. Ayam, lembu, kambing, arnab, rusa, perut. Aku makan satay ayam je dalam 7 cucuk kalau tak silap. Arissa pun lebih kurang la kot, tapi dia makan satay tanpa kuah. Masa kami sampai ada satay ayam je. Darling husband order nasi lemak. Tapi katanya, nasi lemak dia so-so je.. Dah nama pun Terminal Satay Zul, bukan Terminal Nasi Lemak Zul. Eheheh.
Nikon tidak dibawa. Guna khidmat Samsung sahaja..
Bagi aku, satay dia sedap. Kuah kacang pun sedap. Lebih kurang macam Makteh punya satay, just kuah kacang makteh lebih pekat kot. Aku pun bungkus la bawak balik sikit untuk family dan Ariff yang kena tinggal tu.
Kesimpulannya, boleh la pergi lagi menikmati Satay Zul ni.. InsyaAllah nak belanja family. Planning next week: ikan bakar! Nyummm!
2 comments:
salam Wani...kami skluarga pon peminat satay gak!!
k.azatiey, wslm.. =) tp x elok kot mkn satay slalu.. kdg2 blh la.. =)
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D