Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, June 7, 2011

Ke Balai Polis Kerana Student..

Assalamualaikum..

Hari ni tak pasal-pasal aku dan pensyarah-pensyarah department aku masuk balai polis. Alkisahnya pagi tadi, suasana pejabat tenang seperti biasa, dengan ramai yang bercuti. Biasalah pelajar tengah exam, so pensyarah dah tak terikat dengan kelas-kelas. Masa ni la kami gunakan cuti tahunan yang banyak tu.. Tapi aku belum lagi. Tunggu... =)

Ok back to the topic. Ada ayah seorang pelajar datang mencari anaknya. Minggu lepas anaknya balik ke rumah, ada 1 week break before sambung exam semuula minggu ni. So semalam sepatutnya anaknya, si M (pelajar perempuan) ni balik ke Kuantan. Tapi tak sampai pun ke kolej. Dan tak dapat dijejaki oleh keluarga. Ayah dia dapat info, bas yang M naik tu rosak di Karak, dan selepas tu tak tahu anaknya ke mana.

Daripada kolej ke asrama, dengan CEO kolej, Naib Presiden, warden asrama, semua turun. Akhirnya kami ke IPD Kuantan. Lama juga di sana. Cuma membantu apa yang termampu sahaja.. Aku tengok muka ayah si M tu tenang je, walaupun anak dara hilang. Tapi hati seorang ayah siapa la tahu kan. Macam-macam boleh jadi sekarang. Kat balai jugak aku dengar macam-macam cerita, kes membabitkan remaja zaman sekarang ni. Isk isk isk..

Baru tadi dapat berita, M dah ditemui oleh pihak polis di Karak. Alhamdulillah dia selamat. Pastinya ayah M lega sangat walaupun anaknya dakwa dirompak. Kami pensyarah-pensyarah ni masih belum pasti cerita sebenar, cuma setakat ni itu je maklumat yang ada. Yang penting, dia selamat..

p/s: Teringat kenangan kena pergi balai polis masa zaman diploma dulu. Kumpulan aku dituduh mencuri dongle software yang berharga berapa ntah, RM70k kalau tak silap. Sampai sekarang tak tahu siapa yang ambil dongle tu sebenarnya.. Wallahualam..

3 comments:

~izan~ said...

alahai,mesti risau si ayah..tapi Alhamdulillah dah jumpa semula..siapa tak syg anak kan...

Hasnah said...

alhamdulilah.. dia selamat.

Mrs Azhar said...

k.izan. a ah mesti ayah dia risau sgt walaupun tgk muka tenang je td..

asna, alhamdulillah. eh eh asna dh dkt nk dpt baby dh kan.. =)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D