Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, August 3, 2011

Dugaan di Awal Ramadhan 1432H..

Assalamualaikum..

Rasanya masih belum terlambat nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada sesiapa yang membaca blog picisan aku ni.. Mohon maaf atas apa-apa kesilapan dalam penulisan aku yang mungkin ada menyakitkan hati sesiapa. Semoga Ramadhan tahun ini memberi seribu makna kepada kita semua. Amin...

Seawal 1 Ramadhan (1 Ogos 2011) aku dah diduga dengan batuk yang sangat teruk dan demam.. Sehari sebelum tu, keluarga mertua datang dan kami ke Bukit Gambang Resort City. Keluarga mertua pun ada bawa buah durian dan rambutan dari kampung. Masa tu dah rasa sakit tekak sikit, rasa je lah durian 2 ulas..

Balik dari mandi-manda, badan panas sangat. Dan esoknya 1 Ramadhan aku MC.. Tapi Alhamdulillah masih dapat meneruskan puasa.. 

Sehingga hari ni, demam dah berkurang, tapi batuk masih teruk. Tidur malam tak boleh nak lena. Batuk sampai terkeluar air mata. Tergamam students tengok aku batuk sampai menangis. Hihi..

Apa pun, aku anggap ini dugaan. 12-15 Julai dah demam dan batuk teruk, 31 Julai berulang lagi.. Kali ni tak tahu berapa lama akan berterusan. InsyaAllah, semoga aku cepat sembuh.. =)


5 comments:

eKa said...

alo siannya...semoga cpt sembuh laling

Cik Belle said...

shas kite rasa gambang water park tu udaranya tak elok la.. kite pun lepas balik dari gambang water park tu demam teruk.. batuk teruk.. 3 minggu tak berhenti.. ni dah ok sikit.. tp tadi batuk2 lagi sampai muntahhh.. keluar angin je la mampu.. takde food intake.. sakit perut.. kite rasa gambang water park tuh la penyebab utamanya. dah la ramai orang, we dont know kan.. dgn constructionnya lagi.. lori keluar masuk.. hmmm..

Mrs Azhar said...

eka, amin... tq laling

atia, ye ke? mgkn jugk la kn. tp before tu mmg dh skt tekak sket. blk je terus demam. hmmm xnk dah gi sana. ada jugk muntah2 masa batuk tu. seksa nya Ya Allah... sabo je la

~izan~ said...

ala..ciannya dia..semoga cepat sembuh..akak pun tak penah g BGRC tu..tp skrg mmg musim batok2,demam semua ni..rata2 akak tgk mcm tu...harap2 kita semua sentiasa sihat dan dpt menjalani ibadah puasa dengan sempurna..amin..

Mrs Azhar said...

k.izan, insyaAllah.. tq sis!

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D