Yeayy dah boleh upload gambar! =D
Kalau diikutkan, tahun ni giliran kami beraya di Kuantan tanah tumpah darahku. Hehe. Tapi raya ketiga kami suami isteri balik juga ke kampung darling husband di Macap, Johor.. Tak apa lah, aku tak kisah, yang penting raya pertama di Kuantan. Yang tu aku kisah. =)
Raya pertama, kami beraya di beberapa buah rumah. Selepas solat raya, berkumpul rumah parents aku, makan-makan dan bermaaf-maafan. Lepas tu berkonvoi ke rumah Acik di Beserah. Semua berkumpul di sana sebab nenek stay dengan Acik.
Rendang daging in-the-making di malam raya.
Kuih raya aku tahun ni 10 jenis. Yang di atas ni, aku buat adalah sarang semut, biskut makmur, cornflakes madu. Ada lagi satu, biskut arab. Tak letak sebab kedekut darling husband dengan adik aku je tukang habiskan. Owh btw yang tengah-tengah tu adalah potpouri, ada juga budak-budak datang beraya ingatkan itu adalah kerepek berwarna pink. '__'
Ceria di pagi raya sambil main recorder.
Sesi bermaaf-maafan. Tahun ni family aku complete. Ma + abah + 7 anak + 2 menantu + 1 cucu.
Best lah tu cucu tunggal dapat duit raya banyak-banyak.
Haishh Akill.. Akill.. Makin bam bam.
Bersama satu-satunya nenek kesayangan..
Raya ketiga, aku dan darling husband bertolak ke Johor.. Meriah jugak raya kat sana kali ni berbanding pengalaman aku tahun lepas. Sebab ikut family jalan-jalan rumah saudara-mara.
Kami berkonvoi di hari raya.
Melihat keletah anak-anak di desa.
Sebenarnya ada lagi gambar cantik nak masukkan, tapi gambar tu belum dapat lagi dari abang aku. Sibuk sangat Mr Photographer tu..
2 comments:
ha...dapat pun upload...:) meriah betul biskut zana
eka, rupanya gambar2 tu belum compressed. ingatkan dah siap compressed sblm ni. haha. eh zana??
Post a Comment
Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D