Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Tuesday, September 20, 2011

Al-Fatihah..

Assalamualaikum..

Pagi tadi baru masuk pejabat, belum pun sempat duduk, aku terima perkhabaran sedih.. Anak salah seorang teman sepejabat, Kak Rosna meninggal dunia. Innalillah.. 

Kak Rosna baru 13 hari melahirkan. Aku pun belum pergi melawat dia. Selama usia anaknya, hanya di NICU. Masa lahir air ketuban kering, dan bayi tertelan najis. Tak sangka, dia survived hanya untuk 13 hari.

Selepas kelas pagi tadi, aku dan kawan-kawan lain pergi melawat Kak Rosna. Dia nampak tenang, tersenyum walaupun kelat. Gagahkan diri menyambut kami di muka pintu. Aku sebak melihatkan dia, dan aku cuba letakkan diri aku pada tempat dia. Ya Allah, Kau kuatkan lah Kak Rosna untuk menghadapi dugaanMu..

Semoga anaknya tenang di sana.. InsyaAllah, dia menunggu ibunya di sana.. Takziah untuk Kak Rosna..

4 comments:

eKa said...

ya allah kuatnya dia kan...kalu la benda camni jd ke eka...nanges je kejenya...sian.al fatihah

~izan~ said...

Al-Fatihah..hanya 13hari anak kecil itu dipinjamkan.. Semoga si ibu tabah hadapai dugaan ini...

Fiza Z. Abidin said...

takziah....yg pasti anak itu akan menunggu ibu & bapanya di sana :)

rDnA said...

Alfatihah..2 3 hari ni asyik bc citer2 libatkn baby.sedihnya..semoga keluarga kwn wani tu tabah..si kecil dah sedia tunggu parent dia di syurga

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D