Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, June 29, 2011

Vacation : 29 June - 3 July 2011

Phi-phi Island, here we come!

=D

Doakan percutian bulan madu kami lancar 
dan selamat segalanya.

P/s: Honeymoon kami yang ke-7. =)

Friday, June 24, 2011

Hidup Satu Ujian, Mati Satu Kepastian..

Assalamualaikum..

Agak lama aku tak update blog. Nak kata sibuk sangat tu tak pun. Tapi mood tak datang. Biasa lah.. =)

Ok hari ni 24 Jun 2011, Jumaat. Ada tazkirah bulanan pagi tadi. So aku pun ambil la kesempatan pergi dengar. Majlis ilmu kan, berkat.. Alhamdulillah, dewan kuliah pun penuh. Penceramah jemputan Ustaz Hj Mahmud b Haji Mat. First impression, tengok ustaz macam serius je. Tapi rupanya sangkaan meleset. Ceramah best! Sebab ustaz kelakar. =D

Tajuk tazkirah ni.. Dah tulis kat atas. Hehe. Menarik kan tajuk tu. Semua orang akan melalui. Nak atau tak nak, suka atau tak, semua akan diduga dalam hidup dan semua akan menghadapi mati..

Nabi Adam a.s sendiri pun diuji Allah s.w.t. Inikan pula kita anak cucu Adam. Dan, perempuan adalah satu ujian bagi lelaki. Betul kan? Sakit juga satu ujian. Kekayaan, kesenangan, semuanya ujian. Dulu aku pernah terfikir, kenapa ada kawan-kawan aku yang tak pandai pun solat (masa sekolah menengah dulu), tapi dia pandai dalam pelajaran. Rupanya, kebijaksanaan dia tu satu ujian...

Sakit penghapus dosa. Aku pernah diduga dengan macam-macam penyakit. Dan aku tahu itu ujian Allah pada aku. Tapi seperti mana kata ustaz, sakit itu penghapus dosa. "Tiada satu pun musibah yang Allah timpakan, kesusahan, penderitaan, penyakit, hinggakan duri yang mencucuknya, melainkan dihapuskan Allah daripada dosa-dosanya" (Bukhari Muslim). Tapi dengan syarat, kita terima ujian (sakit) itu dengan sabar dan redha. Tak boleh mengeluh.. Jadikan setiap ujian sebagai positif.

Kemudian, bercakap tentang mati, roh kita ada yang roh jinak, ada roh liar. Roh jinak ni adalah roh orang-orang beriman.. Dan roh liar tu sebaliknya. Roh jinak akan keluar bila dipanggil malaikat maut, tapi roh liar degil. Malaikat pukul untuk panggil roh liar keluar. Bayangkan macamana sakitnya kita jika dipukul, kerana saiz sebenar malaikat teramat-amat besar..Jika manusia mendengar suara malaikat maut Izrail, seluruh manusia akan mati. Subhanallah...

Dan lagi satu, sifat kubur adalah menghimpit. Tidak kira amalan kita baik atau jahat semasa di dunia, kubur tetap menghimpit. Tapi untuk orang-orang baik, himpitan kubur tu ibarat dakapan kasih sayang ibu terhadap anak.. Dan pesan ustaz juga, jangan sesekali tinggalkan doa. Sentiasa lah berdoa dalam hidup kita.. InsyaAllah..

Personally, aku sangat percaya pada doa. Sudah terbukti pada diri aku sendiri, doa yang baik akan dimakbulkan Allah. Cuma, cepat atau lambat, hanya Dia yang tahu. Ada sebab kenapa lambat diperkenankan doa kita..

Wednesday, June 15, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Nora Eleena | KL Gangster

Assalamualaikum..

Nora Eleena & KL Gangster. Dua-dua BEST!

Balik kampung Sabtu lepas, Ahad sempat pergi tengok KL Gangster dengan darling husband dan adik ipar. Walaupun seat agak depan, tapi takpe. Sebab movie best. Aku bagi 4.5 bintang. Syabas Shark @ Shamsul Yusuf.

Hehe. Suka watak Malik. Walaupun gangster, tapi tetap ada perasaan kasih sayang pada family.

Nora Eleena dah nak habis minggu ni. Satu je tak suka pasal cerita ni. Waktu tayangan tak sesuai la. Nanti ramai lengah-lengahkan solat maghrib.

Ok that's all. Kurang mood.

Saturday, June 11, 2011

Dapat Anak Buah!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tepat 8:38am 10 Jun 2011, hari Jumaat, lahirlah anak buah pertama aku.. Cucu pertama ma dan abah.. 

Excited!

Nama boboy: Shay Akill

Berat semasa lahir: 2.95kg

 Gambar: Baru berusia 9 jam. 
Gambar kanan: Maaf, Akill seksi Nek Ma tukarkan pampers sebab Akill uk uk banyakkkkk..

Hadiah Akill dah siap. Tapi tak bagi lagi masa melawat di hospital. Nanti kita jumpa lagi ye Akill. Baru Mak Ani bagi hadiah Akill.

Friday, June 10, 2011

Baby :: Aysar Khalis

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bertambah lagi ummat Nabi Muhammad s.a.w..

Nama gigirl: Aysar Khalis bt Mohd Razi

Tarikh melihat dunia: 9 Mac 2011

Kepunyaan: Kak Yat (kawan sebilik diploma - degree)

Si tembam rambut pacak. Dah 3 bulan baru auntie Wani datang jenguk. 
Muka sama macam umi dia. Hehe


Dan ini, mempersembahkan. Hasil percubaan pertamaku, khas untuk Khalis ni auntie Wani buat tau:

Hopefully Khalis suka. Umi Khalis pun suka kan. =)
Sorry lah tak kemas. Macam buat gubahan hantaran je aku rasa buat benda ni. 
Tapi puas hati. =)

Wednesday, June 8, 2011

Terminal Satay Zul

Assalamualaikum..

Dah lama sebenarnya aku teringin nak rasa satay ni. Memang terkenal di Kuantan. Sekarang pun dah ada buka cawangan lain. Orang dah lama makan kat situ, aku baru rasa. Haha. Bukan apa, selama ni setiap kali raya, family aku memang tak pernah miss order satay buatan makcik aku (Makteh). Bagi aku satay dan kuah kacang Makteh paling sedap. Tapi sesekali nak juga mencuba yang lain kan. 

So last Sunday rasa agak malas nak masak untuk makan malam (siangnya tak masak sebab pergi kenduri), ajak darling husband pergi Satay Zul. Ajak adik-adik sekali. Tapi Arissa je join, Ariff tak jadi join sebab mandi lambat sangat, kena bebel dengan kakak dia ni. 

So pergi la kami bertiga.. Ada macam-macam satay. Ayam, lembu, kambing, arnab, rusa, perut. Aku makan satay ayam je dalam 7 cucuk kalau tak silap. Arissa pun lebih kurang la kot, tapi dia makan satay tanpa kuah.  Masa kami sampai ada satay ayam je. Darling husband order nasi lemak. Tapi katanya, nasi lemak dia so-so je.. Dah nama pun Terminal Satay Zul, bukan Terminal Nasi Lemak Zul. Eheheh.

 Nikon tidak dibawa. Guna khidmat Samsung sahaja..

Bagi aku, satay dia sedap. Kuah kacang pun sedap. Lebih kurang macam Makteh punya satay, just kuah kacang makteh lebih pekat kot. Aku pun bungkus la bawak balik sikit untuk family dan Ariff yang kena tinggal tu.

Kesimpulannya, boleh la pergi lagi menikmati Satay Zul ni.. InsyaAllah nak belanja family. Planning next week: ikan bakar! Nyummm!

Tuesday, June 7, 2011

Ke Balai Polis Kerana Student..

Assalamualaikum..

Hari ni tak pasal-pasal aku dan pensyarah-pensyarah department aku masuk balai polis. Alkisahnya pagi tadi, suasana pejabat tenang seperti biasa, dengan ramai yang bercuti. Biasalah pelajar tengah exam, so pensyarah dah tak terikat dengan kelas-kelas. Masa ni la kami gunakan cuti tahunan yang banyak tu.. Tapi aku belum lagi. Tunggu... =)

Ok back to the topic. Ada ayah seorang pelajar datang mencari anaknya. Minggu lepas anaknya balik ke rumah, ada 1 week break before sambung exam semuula minggu ni. So semalam sepatutnya anaknya, si M (pelajar perempuan) ni balik ke Kuantan. Tapi tak sampai pun ke kolej. Dan tak dapat dijejaki oleh keluarga. Ayah dia dapat info, bas yang M naik tu rosak di Karak, dan selepas tu tak tahu anaknya ke mana.

Daripada kolej ke asrama, dengan CEO kolej, Naib Presiden, warden asrama, semua turun. Akhirnya kami ke IPD Kuantan. Lama juga di sana. Cuma membantu apa yang termampu sahaja.. Aku tengok muka ayah si M tu tenang je, walaupun anak dara hilang. Tapi hati seorang ayah siapa la tahu kan. Macam-macam boleh jadi sekarang. Kat balai jugak aku dengar macam-macam cerita, kes membabitkan remaja zaman sekarang ni. Isk isk isk..

Baru tadi dapat berita, M dah ditemui oleh pihak polis di Karak. Alhamdulillah dia selamat. Pastinya ayah M lega sangat walaupun anaknya dakwa dirompak. Kami pensyarah-pensyarah ni masih belum pasti cerita sebenar, cuma setakat ni itu je maklumat yang ada. Yang penting, dia selamat..

p/s: Teringat kenangan kena pergi balai polis masa zaman diploma dulu. Kumpulan aku dituduh mencuri dongle software yang berharga berapa ntah, RM70k kalau tak silap. Sampai sekarang tak tahu siapa yang ambil dongle tu sebenarnya.. Wallahualam..