Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, April 18, 2012

Sindrom Carpal Tunnel Semasa Hamil

Assalamualaikumn..

35 minggu - Aku rasa aku dah terkena sindrom ni kot. Dah 3 hari sakit pergelangan tangan kanan. Sebelum tu, bangun tidur rasa kebas jari jemari. Sekarang ni pulak, bangun tidur sakit, sapu minyak gamat. Sebelum tidur pun sapu jugak. Pagi tadi, bila bangun, pergelangan tangan kiri pulak sakit. Ada macam urat timbul and macam ada satu bonjol kecik je. Lepas tu mula la terfikir macam-macam. Dulu aku pernah kena operate kat pergelangan tangan kanan sebab ada macam ketumbuhan yang semakin membesar (ganglion). Masa tu tengah belajar lagi. Sampai sekarang tak cantik jadi tangan sebab parut tu. Tapi syukur, benda tu dah hilang terus. Harap-harap tak muncul lagi dah.

Tu, dalam bulatan merah, parut ganglion. Kenangan. '__' Masa ni slim lagi, baru 4 bulan kahwin. Baby tak wujud lagi.. Ibu & ayah baby pun masih lagi PJJ..

Kali ni, aku mula fikir penyakit apa ni? Salah satu sindrom ibu mengandung ke bukan ni? Dah sarat-sarat ni ada pulak simptom baru muncul. Sampai ke tahap takut kena operate dua-dua belah tangan sebelum bersalin. Uhhh scary!

So terus lah google, hasil yang aku dapat tu bagi kelegaanlah sikit. Tapi stll lagi risau. Sindrom Carpal Tunnel. Dulu pernah baca pasal penyakit ni. Tapi yang aku tahu kalau banyak sangat guna pergerakan tangan. Hari ni baru aku tahu, masa mengandung memang boleh jadi sindrom ni. Kebanyakan kes, sakit tu akan hilang dengan sendiri selepas bersalin nanti. InsyaAllah.. Esok ada checkup di klinik, nak tanya nurse. Next week pulak checkup dengan my gynea, nak tanya jugak. 

Harap-harap tiada yang merunsingkan hati.. Kan baby, kan.. =) Berapa la berat baby ibu sekarang ni ye..

4 comments:

~ NANA ~ said...

i pon ada sindrom ni....sampai skrg still rasa sakit lg...harap2 la lps bersalin nnti dia OK

eMMe said...

ohh... penyakit ibu hamil yea? takut gak, hope takde pape jadi kat saya.. doa2 pada Allah swt..

Unknown said...

festime dgr...

doa2 la takde pape..:)

Unknown said...

Wani, aa..syndrome tu memang namanya Carpall Tunnel Syndrome. Selalu kene utk org yg selalu buat mende repeatative kat tangan..

I pun kene jugak starting from 35 weeks sampai skang ni, sakng dah 37 wks..tangan kebas and sakit skit..lebih2 lagi bila bgn tidur..

I ada post dalam blog i kalau nak tahu lanjut pasal nak kurangkan.. bole la kalu nak baca2..

Jgn riso insyaAllah tak de pape..

http://yantipadli.blogspot.com/2012/04/lanjutan-mengenai-carpal-tunnel.html

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D