Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Friday, February 8, 2013

Resepi Pasta Kegemaran Hani


Assalamualaikum..

Aku tak pernah share resepi makanan Hani. Esok Hani dah genap 9 bulan. Alhamdulillah Hani semakin berselera makan lepas demam panas hari tu. Setiap hari makanan yang aku bekalkan pada pengasuh, mesti habis licin Hani makan. 

Hani sekarang ni tak suka dah makanan yang lembik sangat, tekstur yang tak perlu dikunyah. Walaupun gigi baru 2 batang, tapi Hani suka tekstur makanan yang sedikit kasar. So ibu Hani ni tak perlu nak blend lama. Kadang tu tak blend pun kalau bubur / pasta dah masak lama..

Cara ibu Hani ni masak pasta:


Aku gunakan tepung atta tu untuk buat white sauce. Tumis bawang besar sikit dengan olive oil,then masukkan tepung atta, gaul sampai bawang diselaputi tepung. Tambahkan air sambil gaul. Sebelum tu dah ada pasta yang siap rebus. Next, bila tepung dah sebati, masukkan pasta dan aku campurkan la puri pilihan. Yang ni aku masukkan puri carrot dan brokoli. Kadang-kadang letak puri salmon, carrot yang dah rebus or letak organic tofu. 

Gambar yang bawah sekali belah kanan tu bila dah masak sebati, aku tabur sikit mix herbs untuk bangkitkan aroma. Sedap... Hehe. Then bila nak suapkan Hani, gaul dengan serbuk ikan bilis sangai yang dah prepare awal-awal buat stok. Sedap sangat!

Mommy Alya, cubalah! =) Nanti u share banyak-banyak resepi solid food Alya ye. =D

4 comments:

Cheyan said...

Hahahaha....ok mana nak beli tepung ALta tu..aissh tak pernah plak den dengar nye..hehehe...

Yang lain lain step ok..bole follow..nak try weekend ni..acane la rasenya..

Mrs Azhar said...

tepung atta lah nama dia. i beli kat giant. kt bhgn tepung2 tu.. tepung ni mamak guna buat capati rsnya. boleh je guna tepung gandum, tp tepung atta ni lg bgs dr tpg gandum..

Ros Anis Rusli said...

nampak sedap! nk try utk airiell.. :)

Mrs Azhar said...

ros anis, try lah. memang sedap! tp kalau tak letak serbuk bilis tu tawar jelah.. hehe

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D