Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Wednesday, June 2, 2010

Picnic + BBQ Yang Super Best!

Salam..

Sabtu minggu lepas aku ajak keluarga pergi picnic dekat Sungai Lembing. Jumaat tu cuti umum Hari Wesak, so semua orang bercuti (kecuali ada la sorang adik aku ni yang asalnya kena kerja tapi boleh tiba-tiba cancel pergi kerja sebab tengok betapa bestnya kitorang buat persiapan nak pergi picnic tu!). Darling husband pun balik lama sikit dari sebelum-sebelum ni (lebih sehari je pun - itu sangat bermakna bagi aku), so nak la spend masa yang amat-amat berkualiti dengan mereka semua kan..

So bangun pagi-pagi, lepas solat semua, terus la buat persiapan.. Pergi naik trooper dan proton. Kaum-kaum lelaki naik trooper, kaum-kaum perempuan naik proton. Kereta-kereta lain tak rela nak dibawa sebab ngeri mengenangkan tempat picnic tu yang agak mencabar. Hehe..

Dalam pukul 9a.m, bergerak la kami ke Sungai Lembing..

 Ni sebelum sampai tempat strategik untuk picnic lagi.. Berhenti seketika, menumpang pondok orang kampung yang kelihatan tu.. Untuk apa?? 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

*gambar deleted*
Breakfast!! Roti canai tu dah siap dibeli sebelum bertolak lagi, tapi disebabkan tahap keterujaan yang agak tinggi, tapau jelah. Terima kasih la kat pakcik makcik yang benarkan kami menumpang bersarapan di pondok tu. =D
Dah sampai, kena jalan sikit nak pergi tempat tu, sebab proton park kat kawasan darat. Yang trooper je layak masuk kawasan ni dan mengharungi air sungai sejuk paras betis tu..

Oppsss.. Awek seksi!

Air sungai ni sejuuuukkkk yang amat! Memang slowly la kena rendamkan badan. Grrrrr.... Anyway ni area sungai yang bawah, atas tu ada air terjun yang sangat best! Gambar tak dapat nak disiarkan atas sebab peribadi. Hehe..

Sambil-sambil mandi, bakar la segala haiwan makanan laut dan darat yang dibawa.. Ada ayam, kambing, sotong, ikan.. Udang takde sebab pergi cari dekat Carrefour, habisss....

Tengah-tengah syok menikmati nasi dan lauk-lauk sampingan yang menyelerakan tu, datanglah tetamu yang tak diundang ni.. Seumur hidup aku tak pernah jumpa ulat gonggok sebesar ni (berapa belas kali ganda dari ulat gonggok biasa tu!) Eeeeuuuuuu goli den! Eh tapi betul ke ulat gonggok tu?

Dah puas berendam, mandi manda, balik lah kami.. Oh itu aku yang memakai t-shirt 'Just Married'. Darling husband yang snap gambar.. 

Ohh nak jugak berposing secara duet. Mesti la kena ada, dah pakai baju sedondon. Biar la dah 3 bulan kahwin pun, nak jugak mengaku 'Just Married'. Ngeeee~~

Last but not least, jambatan gantung!! Muka semua konon-konon macam 'alah, ok je naik jambatan ni, tak gayat langsung'. Padahal... =D

Hahah nak jugak!! Biarlah! =p

Daa~~

p/s: Tempat mandi tadi tu adalah di Sungai Jin, Sungai Lembing. Recommended!!



3 comments:

nanonano said...

hehe bes kan g mandi ctu,
dlu2 sblm preggy slalu la naik ctu,
bila dah preggy, mandi kat area bwh2 tu je, kat kubur..
skrg dah ada ank kecik,
xberkesempatan lg nk g,
xbrani la bwk budak kecik g tmpat2 gtu lg,
huhu

fikaryna said...

x penah g..nanti ryna balik kuantan..kasi peat ek..dah lama x balik ke kg halaman ku ini..huhu..

Mrs Azhar said...

nanonano: asalnye kitorang pun nak gi kat pasir kubur gk. tp ayah terus je bawak tempat tu. tp lg best! hehe

fikaryna: pegi la.. rehatkan minda.. best lg mandi sungai dr mandi laut. =)

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D