Bahagia Hingga ke Syurga. InsyaAllah. Amin..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Anak Solehah. InsyaAllah. Amin..

Sunday, June 20, 2010

20 JUN 2010 :: RAIKAN BAPA

20 JUN 2010 : SELAMAT HARI BAPA, ABAH & ABAH MERTUA..

Kali pertama. Aku meraikan dua orang insan istimewa bergelar 'Bapa' dalam hidup aku. Kedua-dua insan yang aku panggil 'Abah'. Bapa kandung dan bapa mertua. 

MOHAMAD SHAH B ABD RAZAK & MANSOR B ISMAIL

 (Kiri: ABAH, Kanan: ABAH MERTUA)

Selamat Hari Bapa buat kedua-dua abah aku ni.. =)

Orang selalu sebut, kasih ibu membawa ke syurga. Kasih bapa berkorban nyawa. Aku setuju dengan penyataan tu. Bapa mana yang tak kasihkan anak. Mungkin abah tak tunjuk secara terus, yang abah sayangkan anak-anak abah sepenuh hati. Tapi aku tahu, dan aku nampak abah sangat bersungguh dalam apa pun yang dilakukan untuk kami sekeluarga. Bagi aku, abah berpandangan jauh. Walaupun kadangkala banyak sangat arguments bila berbincang (contohnya semasa menguruskan majlis perkahwinan aku), tapi aku sedar semuanya untuk kebaikan.

Abah mertua pula, sangat pendiam. Sangat tidak banyak bercakap. Tapi sekarang aku perlahan-lahan cuba mengenali hati budi abah mertua, megikut suami balik kampung. Rupa-rupanya abah mertua aku kelakar orangnya. =)

UNTUK ABAH & ABAH MERTUA, TIADA APA YANG DAPAT BALAS JASA DAN PENGORBANAN ABAH UNTUK KAMI. TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA. KAMI CUBA SEDAYA UPAYA MEMBAHAGIAKAN ABAH, WALAU BUKAN DENGAN WANG RINGGIT. KASIH SAYANG ABAH TIADA TANDINGAN..

 (Doa untuk ibu bapa)

0 comments:

Post a Comment

Komen anda dialu-alukan.. Terima kasih daun keladi.. Lain kali datang la lagi.. =D